Setahun kemudian.Pintu kamar terbuka dari luar. Suara deritnya disertai dengan aroma tomyam yang menggoda sehingga perut Naail yang tidak menerima sebarang makanan dari pagi hari tergugat dan mengganggu fokusnya pada pembacaan surah Yasin.
Tak lama setelah itu muncul satu figura anggun, berjalan ala-ala model di karpet merah sambil menatang dulang kayu yang digunakan untuk menampung satu mangkuk makanan yang masih berkepul-kepul asapnya seperti baru saja diangkat dari dapur gas dan dihidangkan istimewa buat lelaki itu.
Membiarkan wanita itu meletakkan dulang di nakas kecil di sisi katil, Naail bersungguh-sungguh menumpukan perhatian pada bacaannya dan menghiraukan godaan nafsu yang makin bergelojak.
Setelah melewati beberapa minit penuh gangguan, Naail menutup naskah al-Quran. Dari bersimpuh dia duduk di antara betis. Al-Quran dirapatkan ke dada dan kedua tangan menadah ke langit.
Sementara menanti Naail, wanita itu melabuhkan punggung di birai katil. Tanpa disuruh, dia juga menadah kedua belah tangan dan mengaminkan bacaan doa panjang sang suami.
Tidak dia tahu doa apa yang Naail panjatkan dan mohon pada Sang Pencipta namun dapat ditebak dari bahasa tubuh Naail yang sedang menahan emosi yang hampir meledak. Dari pengamatan dia meneka doa itu dituju khas buat adik ipar dan keluarga mentuanya.
"Amin." Naail mengaminkan doanya dan disahut dari belakang.
"Dah genap setahun peristiwa hitam yang menimpa awak dan adik-adik tapi kenapa awak masih tak boleh terima kenyataan?"
Itu yang menyambutnya. Soalan itu ditanya dengan nada yang sedikit jengkel namun Naail tidak terkesan. Dia masih membelakangi sang isteri.
"Sampai bila nak bersedih dan menyalahkan diri macam ni? Awak sedar tak yang awak ni sedang seksa diri sendiri?" Isterinya menyambung cakap. Kali ini terdengar lirih.
"Saya rasa nak bawa awak jumpa pskitari saya. Bukan saya sorang yang perlukan bantuan, awak juga perlu dibantu."
Naail tersirap. Dia memutar tubuh ke belakang. Si isteri yang sedang bersilang kaki di katil itu direnung tajam.
"Saya tak sakit Syarifah," tolak Naail akan cadangan itu.
Syarifah menjatuhkan siku dipeha lalu menahan dagunya. Membalas renungan Naail tanpa getar. "We both suffered from truama, Tun. Maybe awak tak boleh terima kenyataan tapi awak pun sama macam saya sakit mental. Kalau awak lupa malam semalam awak menjerit-jerit dalam tidur sampai saya dekat sebelah hampir kena heart attack terkejut dengar awak meracau."
Naail menggaru leher. Apa yang Syarifah beritahu itu tidak dapat ia sangkal. Mana boleh dia lupa malam semalam dia macam orang hilang akal. Meracau dan menangis tengah malam gara-gara teringatkan peristiwa ngeri Teratak Kejora.
365 hari sudah berlalu namun bagi Naail kejadian itu terasa bagai kelmarin. Naail masih terseret dalam bayang hitam peristiwa yang hampir merenggut rohnya bersama detik-detik ngeri yang mereka alami.
Bau hanyir darah Niyaz masih berbekas dalam memorinya. Bayangan tubuh Niyaz terbujur kaku dan mengalami henti jantung masih menghantuinya. Keras tulang rusuk Niyaz di bawah telapak tangannya masih terasa dan masih Naail ingat betapa kencang tangannya menompa dada adik kesayangan berharap pada keajaiban dari Allah namun usahanya bagai sia-sia sehingga Daiyan dan Hamza terpaksa menariknya dan memisahkannya dari Niyaz yang tetap tak bergerak dan menyerahkan semua usaha menyelamat pada ahli perubatan yang datang.
"Kenapa senyap? Am I right? Awak masih stuck di memori perit tu kan?"
Naail mengeluh.
Berat untuk Naail akui tetapi itu kebenarannya. Trauma itu masih menghantuinya hingga kini. Kadang-kadang dia akan terjaga lewat malam dengan keringat dingin dan tubuh yang menggigil kerana ingatan kejam itu. Berkali-kali Naail berdoa memohon agar Allah menghapuskan kenangan perit itu dan berdamai dengan takdir indah yang sudah Allah berikan padanya tetapi dia masih lagi gagal melangkah dan tersekat di ujian Allah ini.
YOU ARE READING
C| MANUSKRIP
Horror[PARANORMAL + SLIGHT ROMANCE] Kerana sebuah manuskrip mereka dincar oleh makhluk tak kasat mata yang mahukan keadilan akan kematiannya. Seorang memanggil. Seorang mencari. Dan dia pula... telah lama menanti manusia serakah yang mahu menentang dan...