HAYYAD pulang ke rumah dalam keadaan yang teruk. Bajunya basah kuyup dan dipenuhi dengan lumpur. Lebam sana-sini. Darah juga membasahi tubuh.
Brak!
"Abang!" Herra menangkap tubuh Hayyad yang lebih besar darinya. Dia acuh dengan bau busuk dan tubuh kotor abangnya. Yang dia tahu, abangnya sedang tidak baik-baik sahaja.
Bilik air tingkat bawah itu dituju. Dia dengan hati-hati masukkan sang abang ke dalam tab mandi. Air dibuka dan pakaian sang abang dia buka. Mulut ditekup. Tubuh abangnya banyak luka. Darah banyak merembes keluar dari luka di bahunya.
Herra keluar untuk buat panggilan pada umi dan abi. Buku nota yang tergantung dicapai. Nombor telefon abi dia lihat dan mendail.
Panggilannya terhubung.
"Abi!"
"YaAllah... Anak abi ni menjerit kenapa? Hm? Lapar?" soal Harraz dalam talian.
"Bukan... Abang! Abang banyak darah! Abang pengsan! Abi baliklah!" Mendengar itu, Harraz tentu saja terkejut.
"Adik tenang dulu. Banyak tak luka abang?"
"Banyak... A-abang Hayyad sakit... Adik letak dalam tab mandi. Baju abang basah. Busuk macam longkang... Adik nak mandikan abang..." Terang Herra. Mengucap panjang Harraz mendengar itu.
"Adik mandikan abang elok-elok tau. Abi gerak balik sekarang. Nanti abi bagitahu umi. Adik jangan panik. Muka abang jangan siram. Takut lemas." Herra mengangguk dan talian ditamatkan. Dia kembali ke bilik air dan tutup pili air. Tandas pula yang dituju. Dia ambil gayung dalam baldi tempat dia main dengan itik getah miliknya sebelum keluar dan melihat sang abang tadi.
Dengan hati-hati dia mandikan Hayyad. Gayung digunakan untuk bersihkan rambut abangnya yang melekat dengan sisa. Abangnya ini jatuh dalam longkang ke?
HARRAZ dan Anis mengusap lembut kepala Hayyad yang terbaring atas katil hospital dengan branula yang terpasang dilengan. Hayyad kekurangan cairan dalam badan. Sejak sedar dari pengsan, Hayyad banyak kali muntah.
"Abang... Cerita dengan umi. Kenapa sampai macam ni?" soal Anis. Ibu mana yang tidak sedih melihat keadaan sang anak begini. Wajah Hayyad sangat pucat.
Hayyad pandang Herra. Dia ukir senyum. Dia memanggil Herra mendekatinya. Ragu-ragu Herra mendekat dan Hayyad duduk memeluk Herra dengan sebelah tangan yang bebas dari jarum.
"Abang salah... Abang patut dengar cakap adik. Abang takut..." Herra leraikan pelukan sang abang dan berlari ke arah Harraz. Dia peluk abi dengan erat.
"Kenapa?" soal Harraz seraya mendukung si bongsu. Herra sembunyikan wajah diceruk leher sang ayah.
Hayyad menunduk. Dia pandang umi dan abi yang menatapnya meminta penjelasan.
YOU ARE READING
[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest One
Random"Kau takkan pergi mana-mana! Aku dah cakap ia berulang kali! Kau adik aku, terus bergantung pada aku, terus setia dengan aku tanpa jauh sedikit pun!" - Hayyad Kasyaf "Kasih sayang kau sebagai seorang abang untuk aku terlalu beracun. Kau seksa aku, H...