HAYYAD & HERRA | 18 |

108 6 0
                                    

HERRA meringis sakit saat dia gerakkan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HERRA meringis sakit saat dia gerakkan tangan. Lengannya terasa pelik. Dia duduk dan bersandar pada kepala katil. Luka jahitan itu dipandang lama.

"Kau dah buktikan pada aku Hayyad... Kau dah buktikan yang aku salah. Aku salah tempat dan waktu masa tu... Aku tak patut cuba untuk percayakan kau. Aku tak patut cuba untuk temankan kau, Hayyad... Aku tak patut simpan harapan supaya kau berubah... Kau dah buktikan yang aku salah. Aku benci kau, Hayyad... Aku benci kau." Air mata tak pernah berhenti mengalir apabila dia terseksa begini.

Pintu kedengaran dibuka. Dia memandang ke arah pintu itu. Hayyad masuk dengan senyuman. Ada juga dulang makanan ditangan Hayyad.

"Wah, dah bangun. Kau kenapa menangis? Hm? Ada rasa sakit?" soal Hayyad. Herra tak tahu harus bereaksi bagaimana. Dia takut, namun juga benci.

"Adik?" Herra mengangguk.

"Sakit dekat mana? Meh aku tengokkan." Herra menggeleng.

"Tak payah... Tangan aku rasa sakit. Rasa pelik..." Hayyad ketawa kecil dan mengusap lembut kepala Herra. Herra terkaku. Dia kemudian menunduk dan tangan Hayyad turun.

"Kau takut dengan aku ke? Maaf... Aku terlalu kasar dengan kau. Aku betul-betul minta maaf, adik. Aku tak sengaja. Aku cuma takut kau pergi tinggalkan aku..." Herra hanya diam.

"Tangan kau tak apa-apa. Aku cuma letak cip pengesan. Jangan risau, dua tiga hari kau akan okay. Maafkan aku sebab buat kau sakit." Mendengar itu, Herra laju memandang Hayyad.

"Cip?" Hayyad mengangguk.

"Aku tak nak kau hilang dari sisi aku. Herra Kaiden adik aku. Jangan pergi lagi... Aku tak nak hilang kau..." lirih Hayyad berkata. Herra menggeleng.

"Pulangkan aku dekat umi dengan abi. Aku tak nak dekat sini!" Hayyad menggeleng.

"Tak boleh! Umi dengan abi akan pisahkan kita! Kau adik aku, Herra! Aku boleh gila kalau kau tak ada dengan aku! Umi dengan abi jahat! Diorang tak faham perasaan aku dan diorang jauhkan kau dari aku! Diorang nak pisahkan kita!" Hayyad membantah.

Dia takkan bawa adiknya itu kembali ke sana. Herra adiknya dan selamanya harus berada di sisinya. Kerana hal itu, dia sengaja pasangkan cip pengesan di dalam tubuh sang adik. Dia yakin cip itu takkan dapat dibuang kerana dia tanamkan itu jauh di dalam.

"Kau cakap kau sayang aku... Kau cakap aku adik kau... Tapi permintaan aku pun kau tak boleh nak tunai. Itu ke sayang?" soal Herra. Dia cuba memancing. Hayyad duduk di birai katil menghadap Herra.

"Betul. Aku sayangkan kau dan kau adik aku. Tempat kau di sisi aku je, Herra. Aku abang kau. Aku nak kau tetap dengan aku. Aku tak nak sesiapa pun pisahkan adik aku dari aku. Sampai mati. Aku sayangkan kau dan apa pun yang kau minta aku akan tunaikan. Cuma bukan permintaan yang akan jauhkan kau daripada aku." Herra kembali menunduk.

"Maafkan aku... Permintaan kau akan sakitkan aku," ujar Hayyad.

"Kau pentingkan diri. Kau tak sayangkan aku tapi kau taksub dengan aku. Kau tak sayang aku tapi kau takut aku pergi! Kau takut tak ada lagi yang percayakan kau! Itu bukan sayang, Hayyad Kasyaf! Tolong lepaskan aku! Tolonglah! Aku merayu!" Hayyad menggeleng. Mangkuk bubur ayam diambil. Dia tersenyum.

"Tengok, aku ada masak bubur ayam favourite kau. Kau makan ya?" Herra hanya diam. Hayyad tiup perlahan bubur di atas sudu. Takut mulut adiknya melecur. Kemudian dia suap Herra makan. Namun, Herra tak membuka mulut.

"Jangan buat aku hilang sabar, adik. Makan." Lambat-lambat Herra menerima suapan Hayyad.

"Jadi budak baik dan kau akan okay. Aku sayangkan kau dan aku tak nak berkasar lagi. Bagi kerjasama ya? Aku tahu adik aku faham maksud aku." Herra mengalirkan air mata lagi. Hayyad acuh dan tersenyum gembira menyuap adiknya makan.

"Nanti kita turun bersiar-siar dekat laman." Herra tak memberi balasan. Dia hanya diam dan mengalirkan air mata. Jiwanya terseksa.

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now