HAYYAD & HERRA | 22 |

100 8 0
                                    

TIGA minggu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIGA minggu. Dua bulan tiga minggu adalah tempoh yang sangat lama buat Herra Kaiden. Hari ini dia sampai ke batas kesabarannya. Biliknya tak ubah seperti kapal pecah.

Herra terlalu terseksa dengan semua ini. Hayyad Kasyaf adalah manusia yang kejam. Orang yang zalim terhadapnya.

"Please, Herra! Put the knife down! Kau akan sakit dengan benda tu!" Hayyad sekarang tak berani untuk mendekat kerana ancaman Herra. Selangkah dia mendekat, maka ucapkan selamat tinggal pada Herra.

"KAU LEPASKAN AKU! LEPASKAN AKU, HAYYAD! AKU DAH TAK TAHAN!" Bagai orang kerasukan dia menjerit kuat memaksa Hayyad untuk lepaskan dirinya. Hayyad menggeleng.

Wajahnya dipenuhi air mata dan kesan darah. Bahunya sempat ditikam dan tapak tangannya terluka agak dalam kerana tahan pisau yang hampir terbenam di dada adiknya.

"Aku tak boleh! Aku tak boleh, Herra! Tolonglah... Tolong... Aku merayu... Jangan buat aku macam ni. Letak pisau tu. Jangan seksa aku macam ni, adik..." lirih Hayyad. Rayuan itu berjaya buatkan Herra lengah. Namun, saat dia cuba merampas pisau itu, Herra lebih laju angkat tangannya.

Zap!

"ARGH!" Hayyad memegang pipinya yang tergores pisau itu. Herra undurkan kerusi rodanya. Dia memandang Hayyad lama. Dadanya sesak. Jiwanya terseksa dengan apa yang dia lakukan. Bahkan, perasaannya turut mendera kerana rintihan dan rayuan Hayyad. Air mata abangnya itu kelemahan dia.

"Tolong... Letak pisau tu. Aku takkan sakitkan kau lagi... Aku merayu... Jangan jauh dari aku. Jangan buat macam ni... Tolonglah... Aku ada kau sorang je, Herra... Please..."

Herra menggeleng. Muak. Dia muak dengan janji Hayyad. Semuanya dusta. Masih terngiang-ngiang bagaimana seksanya diri saat Hayyad beri dia minum racun hanya kerana memberontak saat Hayyad ajak makan.

Dia ingat dengan jelas seksa dirinya bagaimana. Isi perut yang seakan dicabik dan rasa panas seperti menelan bara api. Penderitaan itu hanya dirinya yang tahu. Hampir tiga minggu dia tidak sedarkan diri dan dirawat di hospital. Apabila sedar, Hayyad terus membawanya pulang dengan paksaan. Seksaan itu tak hanya di situ.

Kaki yang katanya lumpuh sementara itu kini lumpuh selamanya. Ya, dia lumpuh selamanya. Semuanya angkara Hayyad!

"Aku tak percaya kau! Tolong... Lepaskan aku! LEPASKAN AKU!"

"Come on, adik. Setakut tu ke untuk kau percayakan aku? Aku takkan sakitkan kau." Hayyad membalas. Herra menggeleng lagi.

"Cukuplah. Aku muak dengan permainan kau."

"Kau tak lebih sekadar penipu yang terlalu obses dengan aku. Kau cakap apa? Takkan sakitkan aku? Kau penipu, Hayyad!" Sambungnya lagi. Hayyad perlahan-lahan mendekat dan merampas pisau itu. Herra tak lagi memberontak. Dia pandang wajah Hayyad dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.

"Adik-"

"Kau buat aku cacat! Kau seksa aku separuh mati... Aku merana bila aku dengan kau. Hayyad... Tak cukup ke? Tak cukup ke kau pukul aku? Tak cukup ke kau ugut aku? Tak cukup ke kaki aku cacat? Kau cakap sayang. Berulang kali kau cakap kau sayangkan aku! Kau sayangkan adik kau! Tapi apa?" Potong Herra. Tangan Hayyad ditepis kasar. Dia memandang dalam mata Hayyad.

"Kau seksa aku. Kau kurung aku dalam kandang macam binatang! Kau buat aku macam tak ada malu. Kau buat aku macam tak ada maruah... Kau biarkan adik kau ni menderita. Kau buat adik kau ni telan racun sebagai hukuman! Banyak kali nyawa aku hampir melayang sebab seorang abang. Ini ke sayang pada kau?" soal Herra. Dadanya berombak. Jujur, semua ingatan itu membunuhnya secara perlahan. Sikap Hayyad menyeksa dirinya sampai ke akhir.

"Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau! Aku tak nak kau jauh dari aku, Herra Kaiden! Kenapa kau susah sangat kau nak faham? Aku sayangkan adik aku!" Suaranya meninggi. Herra takut dengan suara tinggi Hayyad. Kerana setiap kali suara Hayyad meninggi, dia yang menanggung sakit.

"Kalau betul kau sayangkan aku, kau lepaskan aku! Biar aku balik pada umi dengan abi! Berhenti buat aku macam patung! Berhenti seksa hidup aku! Biarkan aku bebas! Aku adik kau, bukan peliharaan apatah lagi patung!" Herra membidas dalam takutnya.

"Sampai bila-bila pun aku takkan lepaskan kau. Adik... Tolonglah... Kau ibarat nyawa aku. Aku tak mampu jauh dari kau... Aku boleh gila tanpa kau. Berhenti suruh aku pergi atau lepaskan kau. Aku sayang gila dekat kau..." rayunya. Herra dihurung sesak dan perasaan bersalah.

Rayuan dan air mata Hayyad tak pernah bahkan sekali gagal buatkan dia rasa begini. Serba-salah. Perasaannya sering diseksa begini dan dia tak pernah menang melawan ini. Kelemahannya adalah Hayyad. Andai saja dia mampu singkirkan perasaan tak berguna ini.

"Tolong..."

Lagi dan lagi Hayyad merayu dan menitiskan air mata di hadapannya. Mengapa? Mengapa Hayyad begitu gemar menyeksa dirinya?

"Aku penat, Hayyad... Tengok kau cuma akan buatkan aku makin sakit... Aku penat sangat..." lirih Herra.

"Aku terseksa tapi kau tak nak walau sikit pun cuba untuk fahami aku. Aku sakit... Aku merana... Aku penat, Hayyad... Kalau kau tak mampu lepaskan aku, bunuh aku. Bunuh aku, Hayyad... Aku tak boleh teruskan hidup." Tangan Hayyad dia tarik.

"Bunuh aku... Biarkan aku bebas. Aku lebih rela mati daripada ada dengan kau. Diri kau... Diri kau buatkan aku sakit, abang. Sakit... Sampai bila? Sampai bila kau akan tahan aku? Aku dah naik gila, Hayyad... Tolong... Lepaskan aku! Bunuh aku kalau perlu!" Hayyad menggeleng laju. Tubuh Herra dia peluk dengan erat. Herra tak memberontak. Hanya menangis tanpa suara. Dagu diletakkan atas bahu Hayyad.

"Kau tahu aku takkan buat tu, adik. Aku terlalu sayangkan kau dan aku tak mampu tanpa kau." Herra mengangguk beberapa kali.

"Aku tahu. Aku tahu kau akan terus seksa aku macam ni," gumam Herra tepat ditelinga Hayyad.

"Even kau gila, mati sekalipun aku takkan lepaskan kau. Kau adik aku dan selamanya akan terus jadi adik aku. Tempat kau di sisi aku bahkan sampai kau mati." Tegas suara Hayyad kedengaran. Herra ketawa.

"Ingat, jangan pergi atau cuba sakitkan diri macam ni. Kau nyawa aku."

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] HAYYAD KASYAF: The Craziest OneWhere stories live. Discover now