RAMADHAN 9

6.6K 691 57
                                    

Awal pagi lagi Suho dah bersiap , tak sabar nak cari buluh kat hutan . "Korang cepatlah bangun , nanti dah tengah hari panas pulak nak pergi". Bantal dipukul-pukul kena pada badan ahli yang ditugaskan bersamanya . "Lima minit , please". Suara Chanyeol sahaja yang keluar , matanya masih tertutup rapat . Adoii ni tak boleh jadi ni , nampak gayanya Suho kena gunakan taktik yang lain .

Tapak kaki Chanyeol yang terjulur keluar dari selimut digeleteknya Suho . Seperti terkena kejutan elektrik Chanyeol dibuatnya . Mana tidaknya mejoriti tempat sensitif seorang manusia adalah di tapak kakinya . "Yahhh hahaha , yahh hung lepas hahaha . Okay - oka..y aku bangun sekarang . Lepas lah hahaha". Hampir separuh nyawa Chanyeol cuba melepaskan kakinya dari Suho . Suara Chanyeol itu mengejutkan beberapa ahli yang lain . Itulah taktik Suho yang biasanya dia guna kat dorm kalau nak kejutkan ahli yang susah bangun pagi . "Cepat bagun kalau taknak kena kuasa jari jemari dari leader EXO". Dengan sekali lafaz , ahli yang lain bagun lari ke bilik air . Taknak wey kena kuasa jari-jemari dari Suho , boleh menangis kau nanti akibat ketawa .

~~~~~~~~~~~~~~~

Meriah betul suasana dalam bilik air dah macam kat consert . Padahal dalam bilik air tu cuma ada 4 orang jer iaitu Chanyeol , Kai , Tao dan Chen. Bilik air yang dah sama besar dengan bilik air kat asrama tu mampu menempatkan sehingga 7 orang didalamnya . Errr jangan risau dia orang semua mandi pakai baju .

"Gunakanlah sabun carrie junior , baunya yang deabak dan membawa kegembiraan . Anda juga dapat melihat haiwan gajah yang ada rambut warna kuning seperti rambut Tao . So , tunggu apa lagi dapatkan sabun Carrie Junior di kedai yang berhampiran". Sempat lagi Chen promote sabun Carrie Junior dalam bilik air . Nak jadi ala-ala model sabun. "Yahh Chen , siapa rambut macam gajah ? Ha ?!". Tao menyimpah segayung air ke badan Chen . Kesian Chen .

"Yahh Chanyeol , tengok aku dah ada janggut ". Bahu Chanyeol dicuitnya Kai . "Hahaha Atok Kai . Tengok aku buat buih paling besar". Pehh main buih ruoanya budak berdua ni . Bila nak siap mandi kalau macam ni .

~~~~~~~~~

"Wey kita nak buat biskut apa ni ?". Xiumin melentokkan kepalanya dibahu Baekhyun . Mereka semua tidur diruang tamu , sebab malam tadi tengok cerita hantu sampai Tao menangis suruh tukar channel lain . "Biskut semperit dengan biskut Cornflakes je". Wahhh sedapnya biskut semperit . "Semua dah bangun ke ?". Nenek Sal menyapa mereka sambil sebuk membuka tingkap rumah . Tingkap di rumah Nenek Sal tu jenis yang berpintu so, bila dibuka memang nampak suasana luar walaupun korang berbaring or duduk. "Wahh cantinya pemandangan ! , korang tengok tu". Baekhyun menunjuk kearah pemandangan luar yang indah sangat. Ahli yang lain juga terpesona melihat keindahan alam waktu matahari mula hendak keluar . Gunung-ganang yang menghijau dan burung-burung yang keluar mencari makanan diwaktu pagi menghiasi panorama alam . "Wahh deabak ! , kenapa selama ni aku tak perasan indahnya waktu pagi kat sini". Lay , kau tu biasanya lepas buka tidur balik . Mana nak perasan semua tu . "Aku taknak pergi galaxy . Aku nak stay kat sini je". Yeahh akhirnya Kris dah minat nak stay bumi dari galaxy .

"Wey korang dah bangun , lipat selimut pastu susun bantal ni . Dah pagi dah ni". Suho memberi arahan bila nampak ahli yang lain masih berselibung dengan selimut tak reti nak bangun . "Hung ! . Kita orang dah siap dah ni . Jom pergi". Chanyeol berlari mendapatkan Suho . Seluar panjang yang bercorak askar , baju hitam lengan pendek dan topi dikenakan Chanyeol . Kai pula mengenakan seluar hitam dipadankan dengan baju lengan pajang bewarna putih. Tao , seluar pendek bewarna coklet dan baju tidak berlengan . Chen simple je , dia hanya padankan seluar panjang dengan baju lengan pendek warna merah . "Okay jom gerak sekarang".

~~~~~~~~~~~~~

Awal-awal lagi Atok Aki dah tunjukkan contoh dan jenis pokok buluh kepada mereka . Supaya diaorang tak tebang pokok yang salah pulak . Nanti tak pasal-pasal habis dah takada pokok kat hutan tu . "Wey , kau ada bawak peta tak ?". Spontan je Kai tanya kat Suho . "Peta ? Wey kita nak pegi cari buluh bukan nak pergi travel". Orang tanya Suho bukan kau Tao . Sebuk je dia ni .

Mereka dah mula meredah hutan , bukan tebal pun hutan tu . Hanya dibekalkan dua bilah parang . Yang pegang paran tu Suho si leader dan Tao si panda . "Aku harap nyamuk kat Malaysia ni tak membunuh kita". Err tu nasib kau lah Chanyeol , kalau tak kena gigit dengan nyamuk edis kemungkinan kau akan bernafas lagi .

Dekat 20 minit dalam hutan , nyamuk pun dah serang secara beramai-ramai. "Wey ! Wey ! , ni kan pokok buluhnya . Yeahhhh dah jumpa . Yoohooo !". Suho berlari pergi kearah pokok buluh yang tinggi lebih dari tinggi Chanyeol . "Kita tebang , kita tenang !". Seronok betul Kai . "Suho tepi sikit , biar aku wushu buluh ni". Errr Tao , lebih baik jangan sebab takut bukan buluh yang patah nanti.

"Tao jangan Tao , tak pasal-pasal keluar newspaper 'EXO Tao patah kaki akibat buluh". And aku tak rela nak jaga kau kat hospital nanti". Kesian Tao , Suho taknak jaga dia . Parang dihayunkan keudara , bersiap sedia untuk mendarat di badan buluh . Dengan 5 kali libasan , pokok buluh tumbang . Dapat lah sebatang buluh yang panjang , cukup dibuat lemang dalam 4-5 batang . "Dah jom balik . Aku tak sanggup kena kiss dengan nyamuk-nyamuk ni". Gatal-gatal badan Chanyeol dibuatnya . "Jap , wey laluan mana yang kita guna tadi ? Aku dah tak ingat ni". "Suho ! , kau jangan wey . Aku nak balikkkkk !!!". Chen dah tak sedap hati . "Sebab tulah aku suruh bawak peta , ni dah sesat siapa nak jawab ha". Betul apa kata Kai tu , lepas ni kalau nak jelajah hutan pastikan bawak peta.

"Semua jangan risau , yahh Tao jangan nangis . Chen aku nak kau guna high note kau paling power". Nasib Suho ada kalau tak mereput diaorang kat dalam hutan tu . "Okay aku try ........ TOLONGGGGGG !!!!". Memang ni high note paling awesome yang Chen pernah ada . Naik pekak telinga masing-masing . "Anak ... anak ....?". Suara sayup-sayup kedengaran. "Hantu ke tu ?!". Tao mana ada hantu siang-siang ni . "Wey tu suara Atok Aki kan". Kai meneliti betul-betul suara tu . "Anak ... anak kat mana ?". Sekali lagi suara itu sayup-sayup kedengaran . "Ha ! Betul lah Atok Aki tu . Atok !!!! ,kita orang kat sini !". Akhirnya ada juga penyelamat datang.

"Mujurlah takda apa-apa yang terjadi . Tulah lain kali jangan pergi sendiri , kamu tu belum pro lagi bab-bab masuk hutan ni . Dah jom balik , Nenek kat rumah tu dah risau dah".

~~~~~~~~~~~~~~~
Hi real__r.d . Nampak gayanya macam tak sempat je nak publish bab akhir malam ni . Tinggal lagi 2 bab guys . Apa-apa pun admin nak ucap selamat hari raya , maaf zahir dan batin . Maaf kalau story tak ikut cita rasa korang , maaf kalau ada kesilapan tatabahasa dalam novel ni dan maaf kalau tak berapa nak lawak sangat . Maaf ye semua .

Selamat hari raya real__r.d .

EXO RAMADHAN✔                         (FINISH !)Where stories live. Discover now