[Wanita di tangan lelaki yang betul akan mekar seperti bunga berkembangan di pagi hari, harum mewangi dan indah dipandang mata]
*
*
*
Sambung.....
Naila kembali bekerja setelah cuti sakit selama 2 hari. Kini dia sudah sihat. Hari ini dia tersenyum senang kerana amat bahagia dan segar setelah berehat di rumah.
Masuk sahaja ke ruang pentadbiran pejabat itu dia disambut dengan ucapan tahniah yang membuatkan kulit wajahnya panas. Rupanya rakan pejabatnya sudah tahu berita baik yang dialaminya.
"Tahniah Naila, wah tak sangka ye kamu dului akak..." Ucap salah seorang kerani di pejabat itu.
"Terima kasih kak. Tak pe nanti rezeki akak pulak." Balas Naila bersama senyuman bahagia sambil menuju ke meja kerjanya.
Dinda menghampiri Naila.
"Tahniah Naila. Sampai hati rahsia kat aku dan Zack." Ucap Dinda seperti berkecil hati kerana Naila tidak berkongsi berita baik mengenai dirinya. "Kata kami kawan baik kau..." Lanjut Dinda sambil memeluk Naila.
"Habis tu kamu tahu mana ni?" Soal Naila hanya ingin tahu.
"Siapa lagi, Cik Gina lah yang beritahu."
"Oh..." Naila hanya mampu ketawa. Cik Gina atasannya, memang wanita itu tahu lah mengenai hal anak-anak buahnya.
Selepas itu beberapa orang lagi mengucapkan tahniah.
Tiba-tiba Dinda hampiri Naila lagi, "Naila, hari ni birthday kau kan?"
Naila tersenyum senang kerana memang Dinda sahabat yang peka.
"Happy birthday. Tak cuti ke hari ni?"
"Tak..."
"Cik abang tak buat sambutan ke?" Dinda terus mencungkil ingin tahu.
"Adalah majlis sikit. Tapi sebelah malam. Majlis keluarga je. Petang saya balik awal sikit tau..." Balas Naila kerana orang-orang tersayangnya ingin meraikan hari lahirnya untuk pertama kali mereka bersama.
Walaupun ada yang tidak sukakan Naila di pejabat itu seperti Imran dan Haikal, tapi yang senang dengan Naila lebih ramai, termasuk Cik Gina.
Setelah beramah mesra dan berbual, mereka pun kembali bekerja.
Naila terus menjalankan tugasnya. Memeriksa stok barang yang dipesan. Jika masih belum terima, dia akan membuat panggilan ke syarikat tersebut bagi mengingatkan mereka. Dia lakukan dengan lebih giat kerana kerjanya itu bertumpuk disebabkan cuti sakit selama dua hari yang lepas.
Tiba-tiba masuk penyambut tetamu yang bertugas di lobi bawah, membawa sebuah bungkusan sederhana besar. Siap berbalut serta diikat rebe, dan ada kad ucapan ditempel pada kotak itu. Ada sejambak bunga ros segar juga sebanyak 5 kuntum.
"Untuk Naila..." Ujar penyambut tetamu itu.
Semua mata memandang kotak dan bunga yang diletakkan di meja Naila.
"Untuk saya?" Soal Naila tidak percaya.
"Hmm... tadi ada orang hantar."
"Ok, terima kasih ye." Ucap Naila setelah membaca nama pada kotak hadiah dan kad pada bunga itu adalah namanya, Nur Naila Zahidin.
Dinda pun terus bangun menghampiri.
"Ciee... dapat hadiah dari peminat. Nanti mesti cik abang bawah sana marah..."
Naila seperti selalu, senyum sahaja. Dia membaca kad pada bunga dan pada kotak itu.
"Dari siapa?" Tanya Dinda ingin tahu. Mustahil dari Amir fikirnya. Kalau Amir tak kan lelaki itu nak suruh orang lain pula hantar. Padahal boleh je beri sendiri pada bila-bila masa dan di mana saja.

KAMU SEDANG MEMBACA
Tak Ingin Mengulang Rindu(TAMAT)
RomansaAmbisi luar biasa Naila untuk memiliki Johan tanpa mengira kifarah di Hari mendatang. Akan seperti apa kisahnya yang bila rasa tertipu, sakit hati dan kecewa mendominasi dalam diri.