BAB 1

5 2 0
                                    

LEONTINE bermain kad ditangannya. Kepala diangkat melihat figura itu. Santai bukan kemain sambil menikmati minuman ringannya. Langsung tak ambil peduli yang mereka sekarang ni bertaruh. Macam tahu dia akan menang je.

Rose meneliti kad ditangan. Bibir mungilnya tidak berhenti menghirup Cola. Renungan tajam dari arah depan diendahkan. Tidak menggangu fikiran dan emosinya.

Diam. Namun tangan dan kad tidak berhenti berlaga. Makin berkerut dahi Leontien dibuatnya.

Kau bayangkan dalam Casino mewah ni, ada orang minum Cola lagak dirinya minum alkohol. Bermacam karenah!

"Kau minum Cola tu memang banyak style ke apa?"

Sekejap dituang dalam gelas, tak lama nanti dia tambah susu cair lepas tu gelas dimainkan ditangan.

Rose mengangkat muka. Kening dijongketkan.

"Tak boleh ke?" soalnya polos. Ada masalah ke?

Tarik nafas dan hembus. Jangan marah Leon, macam kau tak kenal budak ni. Makin kau larang, makin dia buat! Keras kepala!

"Sangat boleh!" geramnya.

"Royal Flush!" Leontien meletakkan kadnya di atas mainan semula.

A K Q J 10 kad merah bentuk hati.

Rose sengih. Tanpa berat tangan dia membuat perbankan talian.

Ting! '

Your card balance is Myr 1511009824.14'

Mendengar baki bank membuatkan Leontien senyum lebar. Dia ingatkan budak ni nak lari dari pertaruhan.

Permainan diteruskan.

Tidak sampai lima minit, full house pula keluar. Rose sepi seketika. Ada yang tidak betul. Anak matanya sempat melirik ke arah Leontien. Lebih tepat butang yang di bawah gelasnya.

Casino kian sunyi. Pelanggan yang tadinya entah ke mana. Huh! Dia dah agak, tak patut si Leontien ni ikhlas mengajaknya bermain.

Ada udang disebalik batu!

"Perlu ke macam ni?" soalnya. Bukan dia tidak tahu yang mereka ni nak singkirkan dia. Leontien diam. Dia tahu maksudnya. Dia juga hanya menurut perintah atasan.

"Maafkan aku," tanpa banyak kata peperangan tercetus. Tendangan seribu padu yang datang dari arah depan membuatkan Rose berundur ke belakang.

Kalau bukan terdesak perlukan duit, dia memang takkan terjah masuk dunia ni. Dia ada seorang ibu dan adik yang perlu dijaga dan dirawat. Dek kerana pengajiannya tidak tinggi, tiada yang mahu mengambilnya kerja. Lagi pula kalau dapat pun masa Iv tu orang akan tanya dia pengalaman. Kalau tak ada, harapannya kosong.

Bukan senang cari periuk nasi bila dah dapat tu kerja saja jangan fikir nak tukar kerja kalau belum comfirm di rekrut.

Rose juga tidak mengalah. Botol kaca di atas meja dihempas pada kepala Leontien. Dek tidak sempat mengelak dengan balingan yang tiba-tiba itu, kepalanya mengalirkan darah.

Huh!

Deruan nafas kasar menghempas udara. Anak matanya tajam. Hanya satu sebabnya disingkirkan, iaitu menjadi kambing hitam untuk keluarkan salah seorang pekerja yang di dalam penjara. Dia masih ingat lagi perbualan dengan majikannya.

"Gaji kau akan tetap dibayar, kau duduk dalam tu pun gaji tetap berjalan. Sehari tiga ratus. Kau akan keluar bila mahkamah selesai," ujarnya tanpa rasa salah.

Rose terdiam.

Bukan dia tak nak tolong, sekali kau duduk dalam tu nama kau dihitamkan buat pertama kali. Kalau lebih dari limit, dia akan duduk dalam sana pun paling pendek masa tiga bulan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS LUCAS DECLAN (SU) Where stories live. Discover now