[194] Sebenarnya masih sayang

710 96 33
                                    

[Kadang-kadang kita perlu alami kekecewaan untuk menyedari bahawa kita layak untuk mendapatkan yang lebih baik]

*

*

*

Sambung....

Ramai yang tersenyum sinis dengan apa yang dialami oleh Naila. Entah kejahatan apa yang telah Naila lakukan pada mereka sehingga mereka tidak merasa sedih dengan apa yang dialami Naila.

Penduduk kampung tempat kelahiran Naila juga sama. Mereka percaya pada kata bekas ibu tiri Naila.

"Memang patut dia jadi macam tu. Dia tu degil. Anak derhaka. Sombong dengan orang kampung." Bekas ibu tiri Naila mencanang akan hal itu. Walaupun dia sudah berbahagia dengan bekas ketua kampung yang kaya itu, tapi dia tidak dapat terima Naila bakal berkahwin dengan lelaki berdarah bangsawan.

Maka dengan berita pembatalan pernikahan itu, dia merasa senang hati yang luar biasa. Malah meninggalnya ibu Naila pun tidak menimbulkan rasa kasihan di dalam hatinya.

Bekas abang tiri Naila juga sama. Dia ikut senang seperti ibunya.

Bapa tiri barunya pula bermenung memikirkan sesuatu yang indah sambil menghisap rokok tanpa henti. Apa dia ingat dia boleh meraih Naila semula? Kali pertama mungkin dia hanya masuk penjara. Kali kedua jika dia nekad, takut masuk kubur.

Di tempat kerja lama Naila juga sama. Mereka terus bergosip tentang kes Naila. Mengatakan Naila sombong dan berlagak bila mana Naila berhenti kerja tiba-tiba, padahal baru bertunang sahaja.

"Konfiden lebih sangat dia tu. Baru bertunang terus berhenti kerja. Tup tup tak jadi. Aku rasa sekarang mesti dia masih meraung. Jangan-jangan dia dah jadi gila... ha ha ha..." Rozana amat senang hati kerana dia juga cemburu dengan pencapaian Naila yang berstatus janda itu.

Di syarikat itu ada 4 orang yang berdukacita dengan kejadian yang dialami oleh Naila. Mereka adalah Cik Gina, Zack, Dinda dan Amir, kerana mereka tahu peribadi Naila itu bagaimana.

"Agak-agak kalau aku masuk meminang dia, dia terima tak, Mal?" Haikal tiba-tiba bertanya kepada Ikmal kerana merasa inilah peluang dia. Mungkin dalam keadaan kecewa Naila perlukan tempat bersandar lalu menerima dia tanpa berfikir lagi.

"Eh kau ni, biar betul. Aku ada dengar orang kata dia gila." Ikmal berbisik perlahan takut didengar oleh orang lain.

"Ye ke? Mana kau tahu?"

"Aku terdengar cik Gina bercakap di telefon. Masa tu aku nak masuk bilik dia. Kan Cik Gina rapat dengan abang si Naila tu..."

Haikal pun mendadak lemah dalam membuat keputusan.

Dan, yang terakhir adalah Maya dan keluarga Maya. Mereka yang merasa amat tidak percaya semasa mengetahui berita Naila dipinang lelaki bangasawan, kini barulah boleh bernafas lega. Bagi mereka Naila adalah perosak hubungan Maya dan Johan selamanya. Orang jahat tak layak untuk mendapat lelaki berkelas begitu.

Tidak dapat dipastikan siapa yang mula mendedahkan kisah silam Naila kepada keluarga Tengku Mukhriz. Tapi yang pasti, ada orangnya.

"Terima kasih atas info yang you beri. Majikan saya ucapkan terima kasih."

"Sama-sama."

"Setelah perkara ini reda, majikan saya akan memberi hadiah saguhati sebagai penghargaan kerana telah menyelamatkan maruah keluarga mereka."

"Terima kasih. Saya lakukan dengan ikhlas. Saya cuma harap dikemudian hari saya tak disalahkan pula."

"Jangan risau. Semua ditangani dengan baik. Apa pun saya ingatkan, padam semua hal yang terkait antara kita."

Tak Ingin Mengulang Rindu(TAMAT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang