Bab 20

8.2K 201 3
                                    

Semua yang berada di rumah Dato' Nasri terkejut mendengar berita yang baru disampaikan oleh Razman kecuali Nadzirah. Hanya Nadzirah kelihatan tenang sambil mendukung Ruzain.

"Kamu dah gila ke Razman? Isteri kamu baru je bersalin." Ujar Dato' Yusuf.

"Zira baru keluar dari hospital.. masih dalam tempoh pantang. Kamu tak fikir ke Zira perlukan kamu." Kali ini Datin Sukma bersuara. Datin Suraya dan Dato' Nasri hanya berdiam diri.

"Pa, ma Zira pun ok je kalau Man kahwin dengan Rina." Ujar Razman. "Itu kata Zira.. kata hati Zira?" Sampuk Dato Yusuf.

"Kami dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Nak nasihat pun tak ada guna." Dato' Yusuf malu kepada besannya. Nera menusap belakang badan Nadzirah. Khairi ada bersama Elman yang duduk berdekatan mereka.

"Papa.. Man datang bukan nak dengar nasihat tapi nak minta restu mama dengan papa." Kata-kata Razman sedikit menyentap perasaan Nadzirah dia cuba menyibukkan diri melayan Ruzain.

"Restu?" Datin Sukma senyum sinis.

"Nak sangat kahwin dengan perempuan tu kan? Pergi! Tapi jangan harap mama akan restu." Datin Sukma meninggalkan mereka diruang tamu lalu mendekati menantunya.

"Bila kamu nak kahwin?" Tanya Dato' Nasri.

"Hujung tahun. Ada lima bulan lagi." Datin Suraya juga sudah berdiri mendekati Nadzirah diikuti Dato' Yusuf. Tinggal Dato' Nasri dan Razman yang tinggal.

"Papa tak kisah kalau kamu nak kahwin asalkan Razman boleh berlaku adil pada Nadzirah dan juga Rina." Razman hanya diam.

"KENAPA nak kahwin lagi?" Soal Elman yang baru sahaja keluar dari rumah banglo Dato' Nasri.

"Tak ada kena mengena dengan abang lah." Ujar Razman. "Apa? Tak ada kena mengena?" Elman tersenyum sinis.

"Yalah abang tak ada kena mengena."

"Man tak kesian ke dengan Zira? Dia lahirkan anak Man tu." Ujar Elman.

"Abang boleh tak jangan masuk campur urusan rumah tangga Man."

"Aku tak akan masuk campur kalau kau bukan adik aku. Nasib baik Naufal kat luar negara Kalau tak memang habis dia kerjakan kau.

Kau tau kan? Naufal paling pantang kalau ada orang yang buat Zira sakit. Aku malu ada adik macam kau!" Sambung Elman. Dia sudah tidak membahasakan dirinya 'abang'. Elman menggeleng lalu masuk kedalam rumah.

Razman menarik nafas panjang. "Aku ada sebab buat macam ni." Bisik Razman kecil. Dia melihat langit yang hanya diterangi bulan dan dihiasi bintang. Telefonnya berdering Razman melihat nama yang tertera di skrin telefonnya dia melihat kedalam rumah kemudian menjwab panggilan itu.

"Macam mana?.. aku nak kau ikut je mana dia pergi. Aku akan bayar kau berapa je kau nak tapi ingat hal ni antara kita berdua je. " Ujar Razman perlahan lalu menamatkan panggilan tanpa di sedari Seseorang telah mendengar perbualan Razman tadi.

ELMAN memandang isterinya yang dari tadi hanya mundar-mandir di tepi katil mereka. "Sayang kenapa ni?" Tanya Elman.

Nera berhenti lalu memandang suaminya kemudian mendekati Elman. Elman mengangkat keningnya. "Abang masa Era nak keluar ambil barang kat kereta Era dengar Razman berbual dengan seseorang." Adu Nera.

"So? Masalahnya apa?"

"Peliklah."

"Pelik? Apa yang pelik?" Soal Elman.

"Era dengar dia cakap pasal ikut, bayar, dan hal antara mereka berdua sahaja." Ujar Nera. "Mungkin dia berbual dengan kawan dia lah tu. Dah sekarang sayang tidur esok kita dah nak balik Sabah. Goodnight sayang." Elman mencium dahi isterinya kemudian meletakkan kepalanya di atas bantal.

Nera memikirkan kata-kata Razman tadi. Aku rasa ada apa-apa. Tapi apa ye? Soal Nera dalam hati. "Ya Allah masih fikir hal tu ke? Dah tidur cepat." Elman menjerit kecil. Nera tersentak segera dia baring di sebelah Elman.

KINI dua bulan sudah berlalu tempoh pantang Nadzirah juga sudah habis tapi hubungannya dengan Razman masih sama. Terdengar bunyi deruman kereta digaraj rumah mereka Nadzirah memandang sekilas jam menunjukkan pukul 10 malam.

Melihat Ruzain sudah terlelap. Nadzirah segera menuruni tangga. Saat itu juga pintu rumah terbuka luas. Razman masuk kemudian menaiki tangga Nadzirah yang berada di situ tidak dipedulikan.

"Abang." Panggil Nadzirah. Razman berhenti tapi masih berdiri membelakangi Nadzirah. "Abang dah makan? Kalau belum Zira siapkan makanan untuk abang."Ujar Nadzirah.

"Tak perlu. Aku dah makan dengan Rina." Tiba-tiba terdengar suara Ruzain menangis. Razman berpaling melihat Nadzirah. "Tu anak kau dah nangis." Sambung Razman kemudian menaiki tangga. Nadzirah juga mendaki satu persatu tangga. Dia memasuki bilik yang bersebelahan dengan Razman kemudian mendekati Ruzain yang berbaring di atas katil.

"Anak mama kenapa nangis ni sayang?" Nadzirah mendukung Ruzain kemudian mencium dahi anaknya dengan air mata yang masih jatuh di pipi. Ruzain kini berhenti menangis sebaik sahaja dalam dukungan ibunya. Perlahan-lahan Ruzain terlelap kembali.

"Mama minta maaf sayang.. tak apa kan kalau tak ada papa dengan kita? Mama janji akan dapatkan papa untuk Zan." Ujar Nadzirah lalu mengucup dahi anaknya lama.

"ABANG nak pergi mana?" Soal Nadzirah apabila melihat Razman berpakain santai dan membawa kamera Nikonnya.

"Tak payah sibuklah. Kau pergi urus je anak kau tu." Tempik Razman. "Sampai hati abang cakap macam tu. Dia anak abang." Razman tersenyum sinis muka Nadzirah yang hambar tidak di pandangnya.

"Itu anak aku ke?" Soal Razman. Nadzirah tersentap lidahnya kelu untuk berkata-kata. Razman segera keluar dari situ.

Iphone 5 Nadzirah berdering. Melihat nama yang tertera dia segera mengangkat.

"Assalamualaikum mama.." Ujar Nadzirah memulakan bicara.

"Waalaikumsalam.." Jawab Datin Sukma.

"Ada apa ma?"

"Zira okey tak?" Soal Datin Sukma.

"Okey.." Ringkas jawapannya.

"Baguslah kalau macam tu. Ni mama nak bawa Ruzain keluar boleh tak?" Lembut sahaja suara Datin Sukma. "Boleh.. bila mama nak ambil Zan?

"Mama dah on the way pergi rumah kamu ni.."

"Kalau macam tu Zira siapkan Zan dulu." Ujar Nadzirah dia sudah berkira-kira hendak menamatkan panggilan.

"Zira tak nak ikut ke?"

"Tak naklah mama.. Zira nak keluar sendiri nak tenangkan fikiran." Ujar Nadzirah. "Tak apalah kalau macam tu.. nanti mama bawa Zan je lah." Panggilan ditamatkan.

NADZIRAH berjalan di sekitar Putrajaya. Kenangan bersama Razman kembali menerjah fikirannya.

Dalam berjalan matanya tertancap kepada dua orang yang sangat di kenalinya ada lagi seorang lelaki tapi Nadzirah tidak mengenali lelaki itu.

Nadzirah memalingkan mukanya daripada melihat lelaki yang sedang mengambil gambar seorang perempuan. Dia segera berjalan menuju kerusi yang disediakan berdekatan dengan masjid Putryajaya.

Hatinya tersangat kecewa melihat adengan itu. Dia kembali teringat janji yang lelaki itu pernah lafazkan, kata-kata yang pernah diucapkan oleh lelaki itu. Air matanya mengalir.

Sorry sebab lambat update. Handphone rosak. Sorry kalau ada typo. Comment and keep vote. Thank you so much.




















Jodoh KitaWhere stories live. Discover now