Bab 30

9.8K 225 0
                                    

Banyak-banyak tempat dari tempat letak kereta yang tersangat sunyi ini kenapa perempuan ini yang harus dia jumpa. Nadzirah cuba berjalan tidak memperdulikan Rina namun Rina terlebih dahulu menegurnya. "Hye loser.. oh ya har tu kau cakap kat aku yang aku ni anak angkat kan? Kalau macam tu kita samalah kan?" Sapa Rina. Nadzirah berhenti melangkah dia mengemaskan dukungan Ruzain.

"Apa lagi yang kau nak dari aku?" Nadzirah merasakan tidak sedap hati ada sesuatu yang akan terjadi. Rina mendekati Nadzirah tidak sia-sia dia mengekori Nadzirah. "Aku nak kau minta cerai dengan Razman. Itu yang aku nak." Ujar Rina.

"Kalau aku tak nak? Kau nak buat apa?" Soal Nadzirah. Rina senyum sinis matanya di kalih melihat Ruzain yang baru berumur dua bulan. "Tau lah apa nasib anak kau." Ujar Rina. "Dah lah Rina. Tak cukup lagi kau hancurkan hidup aku? Kau pun dah dapat Razman." Rina ketawa jahat.

"Aku tak puas lagi sebenarnya tengok kau hancur macam tu. Tu lah aku suruh kau minta cerai dari Razman." Rina melangkah setapak lagi. Nadzirah pula hanya berdiri di tempat yang sama.

"Aku akan minta cerai dari Razman. Tapi tolong jangan apa-apakan anak aku." Rayu Nadzirah. Rina semakin rapat dengan Nadzirah. Secara mengejut Rina merampas Ruzain dari dukungan Nadzirah. Nadzirah sudah terjerit memanggil nama anaknya.

"Rina.. bagi balik anak aku.." Rintih Nadzirah. "Takkan. Sampai aku puas tengok kau menderita baru aku bagi balik anak kau ni. Itu pun kalau hati aku masih baiklah." Nadzirah sudah menangis. Nadzirah segera mendekati Rina. Rina segera mengeluarkan pisau dari poket seluarnya. "Kau jangan dekat kalau tak anak kau ni yang aku bunuh." Rina mengugut.

Nadzirah berhenti melangkah dia melihat sekeliling langsung tidak ada orang. Kenapa masa ni pulak tak ada orang kat sini?. Getus Nadzirah. "Ok..ok kau jangan apa-apa kan anak aku." Ujar Nadzirah. Rina kembali masukkan pisau ke dalam poket seluarnya.

Nadzirah menyerang ingin mengambil Ruzain. Rina sempat menolak Nadzirah menggunakan tangan kirinya walaupun perlahan Nadzirah terdorong ke belakang. Rina segera membawa Ruzain kedalam keretannya. Nadzirah mengekori pintu kereta di tutup. "Kenapa kau degil sangat ni?" Rina meninggikan suara.

"Rina.. anak aku please." Rayu Nadzirah.

"No! Aku takkan bagi kau." Rina kembali mengeluarkan pisau lalu dia hiris tangan kanan Nadzirah. Nadzirah yang memang mabuk darah apabila melihat darah. Akhirnya Nadzirah pengsan di situ. Rina masuk ke dalam keretanya kemudian memecut keretanya laju.

"Zan.." Ayat terakhir Nadzirah.

MATA Nadzirah terbuka sedikit matanya melilau melihat sekeliling bau ubat-ubatan menusuk hidungnya tak perlu tanya lagi dia sudah tahu dia berada di mana. Serentak itu juga pintu terbuka terjengul muka Razman. "Sayang dah sedar? Mama, papa, along Zira dah sedar!" Jerit Razman.

Datin Suraya, Dato' Nasri dan Naufal masuk. "Syukur Zira dah sedar." Ucap Datin Suraya dengan air mata. Nadzirah kemudiannya mencerna dengan apa yang terjadi tadi. Matanya membuntang air mata sudah jatuh menodai pipi.

"Zan? Zan!" Jerit Nadzirah. "Zan? Mana Zan?" Tanya Razman baru dia sedar Ruzain tidak ada. "Zan.. Rina, Rina ambil Zan tadi." Nadzirah sudah tidak terkawal. Naufal segera mendekati. "Zira.. shh.. calm down. Kita akan ambil Zan." Naufal cuba memeluk tapi segera di tepis oleh Nadzirah.

"Mama, papa Zan.." Rintih Nadzirah. "Ya sayang.. kita akan ambil Zan." Pujuk Datin Suraya. Razman ingin menyeka air mata Nadzirah tapi di tepis juga. "Saya nak awak ceraikan saya." Pinta Nadzirah tanpa berfikir panjang kerana dengan cara ini saja dia akan dapat balik Ruzain. Nyata semua yang ada di situ terkejut Razman pula hilang punca dia kelu.. "Dik.. kenapa cakap macam tu?" Naufal memujuk lagi.

Dia ingin mengusap rambut Nadzirah tapi Nadzirah tepis lagi. "Aku bukan adik kau! Adik kau Hana dah mati! Aku bukan Hana! Aku bukan Hana!" Jerit Nadzirah. Mereka semua tersentak mendengar jeritannya. Naufal kaku.

"M.. macam mana Zira bolegh tau?" Tanya Naufal gagap. "Banyak lagi ke rahsia yang korang semua simpan? Aku nak kau keluar. Aku tak nak nampak muka kau lagi. Hipokrit!" Nadzirah menyeka air mata sambil memandang Naufal. Dalam sekelip mata pipi kirinya terasa pedas akibat tamparan dari Naufal.

"Along!" Jerit Dato' Nasri dan Datin Suraya serentak. Serentak itu juga pipi Naufal ditampar oleh Datin Suraya. "Apa kamu buat ni?" Naufal bagaikan tersedar dengan tingkahnya yang spontan. "Zira.. along minta maaf.." Pinta Naufal. "Keluar.." Suara Nadzirah sudah perlahan. Razman dari tadi hanya diam seperti berfikir sesuatu.

"Along.. keluar dulu nak.. bagi Zira sejuk dulu." Kali ini Dato' Nasri memujuk.

Naufal tiada pilihan lain selain keluar dari wad Nadzirah. Dato' Nasri juga ikut keluar. "Zira.. abang nak pergi kejap." Tiba-tiba Razman bersuara. Nadzirah segera memandang muka Razman kali ini dia sudah benar-benar tewas. "Abang nak pergi mana? Jangan tinggalkan Zira bang.." Rintih Nadzirah.

Razman senyum dengan perubahan Nadzirah dia mendekati Nadzirah lalu di peluknya. "Abang takkan tinggalkan Zira. Abang cuma nak ambil Zan. Abang pergi dulu ye.. I love you." Bisik Razman di telinga Nadzirah lalu melepaskan pelukan kemudian Razman mencium kepala isterinya. Nadzirah mengangguk. Dia hanya melihat kelibat Razman hilang dari pandangan. Tinggal Datin Suraya yang berada di situ.

Melihat Datin Suraya berjalan mendekatinya segera dia berakata. "Mama pun anggap saya macam Hana kan?" Soal Nadzirah perlahan. Datin Suraya pantas menggeleng. "Tak.. mama sayang dengan Zira. Sayang sangat." Ujar Datin Suraya.

"Mama takkan ambil Zira kalau muka Zira tak sama dengan Hana kan?" Soal Nadzirah lagi. "Sejak bila kamu tau semua ni?" Soal Datin Suraya. "Betulkan?" Tanya Nadzirah menatap mata Datin Suraya. Datin Suraya mengalirkan air mata lalu di peluknya Nadzirah . "Ya.. mama mengaku muka Nadzirah sama dengan Hana tapi mama sayangkan Zira juga. Sayang sangat macam mama sayangkan Along, kak Nera dan arwah Ha..na." Ucap Datin Suraya di eratkan lagi pelukannya.

Akhirnya Nadzirah juga membalas pelukan itu. Seketika kemudian pelukan itu semakin terlepas. Datin Suraya melepaskan pelukan itu dia terkejut apabia melihat Nadzirah sudah pengsan di pelukannya. Air mata Datin Suraya semakin deras segera dia memicit butang 'emergency'.

NAUFAL mengusap mukanya dia duduk di kerusi berhadapan dengan wad Nadzirah. Bahunya di tepuk oleh Dato' Nasri. "Sabar long.. along kenal Zira macam mana kan?" Pujuk Dato' Nasri. Naufal mengangguk.

"Along sayang sangat kat Zira papa.. tapi pa.. macam mana dia boleh tahu tentang Hana?" Soal Naufal. Dato' Nasri menarik nafas kemudian di hembus.

"Sebenarnya hari yang mama dengan papa balik dari kubur hari tu.. mama dengan papa bincang pasal kamu dengan Hana.. papa cakap yang korang semua anggap Zira adalah Hana. Papa tak tau pun Zira dah balik waktu tu. Tak sengaja Zira.." Dato Nasri jeda sebentar.

"Zira dah dengar semua tu. Dia berdiri kat balik tangga. Masa papa nak naik papa nampak dia berlari naik papa ingat itu cuma halusinasi papa saja tak sangka pulak tu Zira.. papa masuk bilik dia.. da cakap jangan bagi tau korang yang dia dah tahu semua tu." Ujar Dato' Nasri. Naufal mendengus.

Mereka berdua diam. Tiba-tiba mereka mendengar Datin Suraya menjerit memanggil nama Nadzirah. Serenta itu juga beberapa jururawat dan doktor masuk ke dalam wad Nadzirah. Datin Suraya keluar dari wad. "Mama Zira kenapa?" Soal Naufal. "Tadi tiba-tiba je dia pengsan." Naufal mengeluh.

"Macam mana keadaan Zira?" Tanya Datin Sukma yang baru sahaja sampai bersama suaminya Dato' Yusuf. "Doktor tengah check keadaan dia. Tiba-tiba je dia pengsan." Ujar Datin Suraya dengan tangisan. "Astaghfirullahalazim.. sabar ya." Ucap Datin Sukma.

Beberapa minit menunggu doktor tadi keluar dari wad Nadzirah. Dato' Nasri terus menerja. "Macam mana dengan anak saya doktor?"

"Tekanannya terlalu tinggi. Saya sarankan jangan bagi tekanan terlalu banyak menyebabkan pesakit sering sakit dan risiko untuk mendapat penyakit terlalu tinggi." Nasihat doktor kemudian doktor itu berlalu. Datin Suraya menekup mulut.

Siap. Best tak? Tak best kan? Keep vote and komen tau. Thank you

Jodoh KitaWhere stories live. Discover now