Bab 3

453 30 6
                                    

"Aku taknak join la." Maya mengundur. Sudah menjadi kebiasaan pada mereka, ditolak mentah-mentah oleh Maya daripada bercerita tentang sesuatu yang dia tidak mahu masuk campur.

"Laa..kau ni, hari ni je." Fely mula menunjukkan riak muka negatif.

"Fely, tak payahlah kacau Maya. Kalau kau nak bercerita, cerita jelah..aku dengan Maya taknak masuk campur." Trisya menolak ajakannya dengan berhati-hati. Tidak mahu fely terusik dengan penolakkan yang kasar.

"Korang ni dah kenapa!! " jerit Fely. Mereka berlima tersentak. Manakan tidak, Fely tidak pernah meninggikan suara dengan mereka.

"Ehh,..sorry..sorry.. aku tak bermaksud nak tengking korang. Yah, aku just nak melepaskan bosan." Fely menunduk.

"Oh..kalau macam tu, aku joinlah.." Maya yang sedang menyandar di katil menghampiri mereka.

"Mayaa.." Trisya seakan-akan tidak percaya dengan tindakan Maya. 'Takkan lah..Maya tak tahu!' Maya melemparkan secebis senyuman yang hambar pada Trisya.

Sebaik sahaja Maya melabuhkan punggungnya di atas lantai, lantas Ariana beredar seolah-olah hatinya menyimpan beribu dendam terhadap Maya. Maya tahu, Ariana membencinya. Tetapi, bukan niatnya juga hendak rapat dengan izwan. Ini adalah kerana Izwan memintanya untuk mengajar mata pelajaran Matematik. Hendak tolak, karang di cop 'kedekut ilmu' sudah terima, begini pula.

"Trisya,...join ah.." Fely mengajak.
"Tak best. Malas." jawab trisya. Bukan tak tahu, trisya tu kalau dia kata tidak mahu..tidak mahu lah. Melainkan...

" Trisya,.. main jelah." Jeng..jeng..jeng.. Maya memujuk trisya. Apa lagi, trisya memang mudah menerima ajakkan Maya. Itulah kelemahan Trisya. Maya!

Krekk.....

Ariana menolak daun pintu dengan perlahan lalu melangkah masuk. Dia berjalan mendekati mereka berlima selangkah demi selangkah sambil menundukkan kepalanya. Maya dan Trisya sedar perubahan Ariana. Mereka juga pasti itu bukanlah Ariana!

Ariana melabuhkan punggung dan duduk bersebelahan antara Maya dan Trisya. Kepalanya masih belum diangkat. Dari sisi, Maya melihat tangan Ariana seakan pucat. Kedinginan tubuh Ariana juga dapat dirasa.

"Siapa nak mula dulu?" Fely bertanya. Tapi, kesemua mereka hanya berdiam diri dan saling memandang antara satu sama lain.

"Kenapa memasing senyap? " Fely mendiamkan diri seketika sebelum menyambung lagi. "Macam aku je yang kena cerita ni. Ok la. Aku first. " Fely mengalah. Jika tidak, maka tiadalah yang ingin memulakannya. Penakut agaknya mereka semua ni. Fikirnya.

Fely memulakan ceritanya..

"Dulu, ada seorang pelajar perempuan nama dia ALYSSA..(fely tidak menyebut nama Alyssa hanya mengunakan pergerakkan bibirnya sahaja.) Dia seorang pelajar yang sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai pelajar lelaki. Tapi, dia selalu kena buli dengan rakan sebiliknya. But dia tak pernah pun amik port. Sampailah suatu hari, dia dapat tahu pelajar yang satu bilik dengan dia ni bersepakat dengan kawan baik dia sendiri untuk mengorat boyfriend dia.
Dia yang dulunya penyabar dan lemah lembut mula berubah. Dia telah membunuh kesemua rakan sebiliknya. Kawan baik dia dibunuh dengan sangat kejam. Ada yang kata dia siat-siat kulit kawan dia tu hidup-hidup. Lepastu dia p sumbat kepala dekat lubang jamban. Lepas je dia buat semua tu,.. dia terus gantung bunuh diri dengan sangkut tali dekat kipas. Masa dia gantung tu,..kipas tengah bergerak ligat. Putuslah kepala dia kat situ. Darah memenuhi ruang bilik tu. Dengan darah kawan-kawan sebiliknya lagi. Lepas je kejadian tu, cikgu terus tutup kes tu dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi, setiap kali pelajar form 3 stay dekat bilik tu, mesti akan ada tumpahan darah yang berlaku. Mereka membunuh sesama sendiri sebelum cuti akhir tahun. Aku dapat tahu, bilik tu satu tingkat dengan kita. Ramai yang kata inilah biliknya. Tapi, aku pun tak berapa pasti,kalau korang check kat bawah tilam ke katil ke ada sisa-sisa darah, betullah bilik yang kita stay ni biliknya.

Tiba-tiba lampu terpadam. "Aaaa..." mereka menjerit kerana terkejut. Kesemua lilin yang mengelilingi mereka dalam bulatan kini menyala. Giliran Ariana pula berceritaa..

KEHADIRANNYAWhere stories live. Discover now