Bab 5

125 5 1
                                    

Maya membuang pandangannya ke luar. Dia duduk dibalkoni ketika itu. Tanpa dia sedari,mama sedang memerhatikan Maya dari jauh ketika dia sedang merenung ke luar jendela. Maya merenung dengan pandangan kosong. Dia masih cuba mengingati kejadian itu untuk disoal siasat. Tapi malangnya dia langsung tidak dapat mengingatinya walhal kewujudan nama rakan-rakannya juga dia  seperti tidak pernah tahu.

.

"awak pasti awak tak ingat langsung tentang kejadian yang berlaku malam tu?" soal seorang lelaki lingkungan 30-an yang beruniform polis.

"Encik, saya berani bersumpah, saya tak kenal mereka. Malah saya takpernah ada kawan yang nama sama seperti yang Encik sebutkan tadi." Jawab Maya sedikit lantang kerana Lelaki tersebut kerap mendesaknya untuk memberikan jawapan walaupun sudah berkali-kali Maya memberikan jawapan yang sama. 

"Jadi macam mana pula awak nak menafikan tentang gambar ni?" Sekeping gambar mereka 'berenam' dipaparkan betul-betul depan mukanya. 

"tipu. Semua ni edit ! saya tak pernah kenal mereka !!" Maya menjerit sekuat hati. Maya belum mengetahui perkara yang berlaku. Cuma yang dia tahu bahawa dia tidak pernah membunuh siapa-siapa.Itu sebenarnya yang dia pertahankan. 'Dia bukan pembunuh' ! 

"Sudah ! Belum penat lagi ke? Cukuplah menafikan semua ni. Mengaku ajelah. Kami janji, kami akan meringankan hukuman awak. " akhirnya wanita yang sudah hampir 2 jam memerhatikan Maya bersuara.

maya memandang wanita itu. Lama. Wajah maya yang seakan marah kepada perempuan itu bertukar menjadi pasrah. maya seakan berputus asa. 

"Puan, macam mana saya nak mengaku kalau memang saya tak buat semua ni. Bukan saya yang bunuh diaorang." air mata Maya mula menitis.

Wanita itu mula menghampiri maya dan berbisik kepadanya.  "Mungkin ya, mungkin tak. Tapi aku tetap akan buat kau mengaku. " maya agak terkejut. dia sambung berbisik "Belum pernah lagi banduan keluar hidup-hidup bila kes tu aku pegang. Semua dekat sini kenal aku,  Detektif Eyra, aku sorang je yang boleh buat banduan mengaku kesalahannya. Dan kau. Tunggulah nasib kau. Walaupun kau baru 18 tahun. Aku tak kira. Pembunuh tetap pembunuh." Sejurus selepas itu, Detektif Eyra meninggalkan Maya disitu dengan rakan-rakan polis penyiasat yang lain.

"Psikopat" bisik hati Maya.

Detektif beredar setelah hampir 2 jam Maya disoalsiasat tetapi dia terus memberi jawapan yang sama "saya tak bunuh mereka".

Detektif Eyra kembali dengan membawa semangkuk ais kering. Lalu dia mengajukan soalan kepada Maya.

" kau yang bunuh mereka betul?" Detektif Eyra memandang ais kering yang diletakkn dalam mangkuk lama sebelum melontarkan soalan.

"Bukan saya! Siapa yang dengki saya ni? Saya tak buat !"

Ais kering tersebut diletakkan di atas lengan Maya.

"Arrrghh " Maya mengerang kesakitan. Lengan kanannya terasa kebas .

"Aku boleh buat lagi dahsyat dari ni.. kalau kau taknak... senang. Kau mengaku walaupun mungkin kau tak buat. "

"Gila!"

PANGG ! satu tamparan hinggap dipipi Maya. Maya berdengus. Dipandang wanita itu dari ekor matanya.

"Detektif !! Help ! " Kelihatan anggota polis diluar menyerbu masuk ke dalam bilik itu.

"Bagi dia pil tidur . Dia ada bercakap sesuatu yang pelik tadi." Anggota polis tersebut terus menyumbat pil dalam mulut Maya.  Kepala Maya terasa pening. Sekelilingnya seperti terpusing-pusing. Lalu Maya tertidur kerana kesan dari pil tidur tersebut.

Maya membuka matanya. Dia melihat disekelilingnya. Dinding berwarna putih.  Dibilik itu seakan tidak berpintu. Dia baru sedar tangannya diikat. Tapi ikatannya longgar. Lantas maya meleraikan ikatan tersebut.

**


KEHADIRANNYAWhere stories live. Discover now