Bab 13 ::

25.1K 779 8
                                    

"Abang!!!!!" Jerit Naura sekuat hatinya. Kakinya menolak-nolak kucing parsi berwarna putih di hadapannya. Geli!

"Kenapa sayang?" Tanya Izz apabila mendengar suara merdu isterinya di ruang tamu.

"Siapa punya kucing ni? Macam mana boleh ada dalam rumah? Buang cepatttt!!!!" Jerit Naura lagi. Kini dia melompat di atas sofa pula.

"HAHAHAHAHAHAHA" Izz memegang perutnya akibat terlampau banyak ketawa. Kucing parsi itu diangkat dan didukung. Tangannya mengusap kepala kucing itu.

"Saya tak buat lawak lah!" Naura mengambil bantal di atas sofa lalu membalingnya tepat ke arah kepala Izz. Namun Izz sempat mengelak sambil menjelirkan lidahnya.

"Ni kucing jiran sebelah rumah tu. Dia tak de 2 hari ni sebab pergi Indonesia. Comel kan kucing ni? Nama dia Snow Ball. Sebab bulu dia tebal sangat kot sebab tu lah tuan dia bagi nama tu. Cutenyaaa!"

"Sejak bila abang jadi penyayang ni? Dan sejak bila pulak abang jadi jiran yang prihatin ni?"

"Eh,abang memang penyayang tau! Sebab tu la sayang suka kat abang kan?" Izz menjongketkan keningnya.

"Euww~ Please lah" Naura sudah buat gaya nak termuntah hijau.

***

Knock! Knock!

"Ish siapa datang memalam ni. Mengacau betul lah," Rungut Naura.

"Sayang,pergi lah bukakan pintu," Naura buat muka menyampah. Izz hanya tersenyum. Dia kembali mengusap kucing yang seperti bola salji itu. Naik jealous Naura dibuatnya.

"Ye nak cari siapa malam-ii ni?" Kata Naura selepas membuka pintu. Dia memandang perempuan yang lebih kurang seusia dengannya. 'Cantik duhh' Desis hatinya.

"Saya cari Abang Izz. Dia ada?" Ujar perempuan itu sambil tersenyum manis. Naura mula pasang muka meluatnya. Amboi,malam-ii cari laki aku. Kacau je!

"Eh,Awani. Nak ambik Snow Ball ke?" Kata Izz. Entah dari mana dia datang -_-

"A'ah. Abang ada dera dia tak? Kalau abang ada dera dia siap Awani kerjakan abang. Lama tak bagi makan penumbuk kat orang ni," Perempuan itu ketawa. Menyampah Naura dengar ketawanya tu. Ketawa gedik!

"Eh,abang jaga dia elok tau. Tak percaya tanya isteri abang. Kan, sayang?" Izz menguis bahu Naura.

"Hurm," Naura menganggukkan kepalanya.

"Yalah,Wani balik dulu la kalau macam tu. Takut ummi risau,"

"Kirim salam dekat ummi," pesan Izz.

***

"Patutlah tetiba jadi jiran yang prihatin. Sudi jagakan kucing orang. Tuan dia cantik rupanya. Siap berabang-abang lagi. Macam lah awak tu suami dia," Naura berikan jelingan maut kepada Izz.

"Sayang jangan salah faham. Tu sebenarnya kucing ummi dia. Ummi dia bela kucing tu lama dah. Ummi dia suruh abang jagakan sebab diorang nak pergi Indonesia untuk rawat abah si Awani tu. Takkan jealous kut,"

"Hurm. Nak buat macam mana kan dah nasib saya dapat suami penipu macam abang ni,"

"Ya Allah . Sumpah sayang,abang tak nak pun kat dia. Abang nak sayang je~" Naura senyum. Ah~ Sweet betul laki ni. Laki sapa la kan?

"Dah,jom tidur."

"Jom," kata Izz sambil mencium pipi isterinya.

***

"Assalamualaikum!" Naura bergegas ke pintu. Ish,monyet mana yang ganggu pagi Ahad aku ni?

"Eh,Awani. Buat apa datang sini?" Kata Naura sambil tersenyum. Pergh, dia punya soalan. Macam tak bagi orang datang rumah dia.

"Ni Awani ada buat cheese cake untuk abang Izz. Saja nak bagi dia rasa," Awani menghulurkan satu bekas tupperware ke arah Naura. Kuajaq!!! Dia buat cheese cake ni untuk Izz je. Aku tak de? Huh --"

"Terima kasih lah ye. Buat susah-ii je."

"Eh tak pelah" kata Awani sambil mengintai ke dalam rumah. Cari laki aku la tu. Getus Naura dalam hati.

"Abang Izz tak de. Dia pergi jogging,"

***

"Weh,sedap gila cheese cake ni! Rasa macam kat Secret Recipe wey!! Pergh,heaven!" Izz menyuap potongan terakhir cheese cake itu ke dalam mulutny. Tak sangka betul dia yang Naura pandai buat kek.

"Sedap la kan. Bakal bini no 2 yang buat~ Kita ni mana mampu nak buat kek sedap macam dia tu~" Naura mengelap tangannya yang basah selepas mencuci pinggan. Ingin saja dia baling pinggan mangkuk ini di kepala Izz. Menyakitkan hati!

"Siapa buat? Awani ke? Lah,ingatkan sayang yang buat,"

"......." (A/n: Haha!)

Kisah Aku Dan Dia! ✔Where stories live. Discover now