Bab 30 ::

23.7K 571 31
                                    

Izz mengetuk-ngetuk kepalanya di stereng kereta. Rambutnya diraup kasar.

"Sorry Naura,"

***

Naura memegang tekaknya yang perit. Air sejuk yang dibeli di kafe hospital diteguk. Perutnya terasa mual sekali lagi. Terus dia berlari ke tandas untuk memuntahkan kesemua isi perutnya. Yang keluar dari mulutnya hanyalah air. Mungkin kerana perutnya sudah kosong. Kepala yang tiba-tiba terasa pening membuatkan dia hilang kawalan. Sinki dipegang menggunakam kedua-dua belah tangannya untuk membantu dia mengimbangi badan.

"Cik okay tak?" Tegur seorang perempuan cantik bertudung biru. Naura hanya menganggukkan kepalanya.

"Saya asyik muntah je dari tadi. Pastu kepala ni rasa berpusing,"

"Awak dah kahwin?" Naura memandang wajah perempuan tersebut sambil mengerutkan keningnya.

"Dah,"

"Awak mengandung kut. Cuba check.  Alang,ii dah ada kat hospital ni," Mata Naura membulat memandang perempuan tersebut.

"Tak--" Naura menggelengkan kepalanya. Air matanya makin deras mengalir.

"Awak okay tak?" Risau dibuatnya apabila melihat Naura yang tiba-ii menangis.

"Saya okay,"

"Kalau macam tu, saya keluar dululah. Er bye," Perempuan tersebut terus keluar dari tandas . Naura mengambil sesuatu yang sudah lama disimpan di dalam beg tangannya.

Pregnancy test kit

Selepas selesai mengikut peraturan yang telah ditulis di kotak tersebut, Naura memegang pregnancy test kit itu. Lima minit untuk tahu keputusan. Naura mengeluh.

"Tak mungkin..." Naura memandang dua tanda merah yang terdapat di permukaan alat tersebut.

So I guess, benda tu menunjukkan positif. What? Aii tak pernah guna  eh benda tu 😂.

***

Naura berhenti sebentar di hadapan tasik buatan manusia yang terdapat di hospital tersebut. Mengenangkan perkara sebentar tadi membuatkan air matanya mengalir laju. Perutnya diusap perlahan. Kenapa dia harus hadir di saat Naura tiada tempat untuk bergantung?

"Tahniah puan. Puan dah mengandung 6 minggu! You gonna be a mother. Congrats again!" Ujar doktor perempuan berbangsa Cina yang baru memeriksa Naura. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Naura. Naura menyambut huluran tersebut sambil tersenyum hambar.

"Puan nampak macam tak gembira je?" Tanya doktor tersebut apabila melihat reaksi Naura yang tidak seperti ibu-ii lain.

"Eh, mana ada. Saya cuma tak sangka. Sebab dulu saya pernah datang check up. Saya dan suami dah cuba macam-ii tapi still tak dapat anak. Lepas pergi check up, doktor cakap rahim saya bermasalah. So, it's hard for me to get pregnant,"

"Dah berapa tahun puan kahwin?"

"Er, setahun 7 bulan?"

Doktor tersebut menganggukkan kepalanya sambil menulis sesuatu di atas buku appointment sebelum kembali memandang wajah Naura.

"Next time, bila datang check up, bawaklah suami sekali. Because yea, you know, this is your first child. Mesti husband awak happy," ujar doktor tersebut sambil menghulurkan sebuah buku. Naura menyambut buku appointment tersebut.

***

Naura berbaring di atas katil empuk itu dengan fikiran yang kosong. Bantal disebelahnya diusap. Rindu dengan empunya bantal tersebut.

Kisah Aku Dan Dia! ✔Where stories live. Discover now