SW-Part 6

7.3K 301 10
                                    

"KALAU awak tak datang, saya akan redah ofis awak dan buat kacau macam gengster minta hutang!" Itu ugutan yang aku bagi kepada bakal suami aku.

Geram pula aku dibuatnya. Ada ke patut dia pandai-pandai pergi serahkan surat peletakan jawatan bagi pihak aku? Pagi-pagi lagi aku tension bila dapat berita itu. Entah apa yang tidak kena dengan kerja aku ini.

Aku bukannya melacurkan diri. Ini kerja halal aku. Walaupun jawatan aku sebagai keran, tetapi itu sudah cukup untuk aku menyara diri. Tindakan dia memberikan surat peletakan jawatan bagi pihak aku memang mengundang kemarahan aku. Itu belum lagi jadi suami aku. Kalau jadi suami aku, entah apa pula yang dia buat selepas ini.

Aku menunggunya dengan sabar di kafe yang sama. Walaupun aku tak pasti di mana pejabatnya, tetapi aku pasti dia kerja di tempat berdekatan. Walaupun dia tak beri kata putus dia akan datang, aku pasti dia akan muncul punya.

Hampir satu jam aku menunggu, akhirnya dia muncul di depan aku. Namun dia tidak duduk. Dia hanya pandang aku seperti biasa. Bila aku hendak buka mulut, dia berlalu ke kaunter kafe. Aku hanya memerhati dari jauh sambil tertanya-tanya kenapa dia pergi ke kaunter pembayaran. Bukankah senang panggil pelayan saja kalau nak pesan minuman?

Bila aku nampak dia hulurkan duit kepada penjaga kaunter, barulah aku faham. Tanpa berlengah lagi aku terus menghampirinya. Sekali lagi, belum sempat aku nak berkata apa-apa, dia terus tarik tangan aku sehingga aku terpaksa mengekorinya keluar dari kafe itu.

Dia jalan begitu laju sehinggakan aku yang ditariknya terpaksa menggandakan langkah untuk mengikut rentaknya. Kami tiba di sebuah restoran makanan barat. Masuk sahaja ke dalam, aku dengar dia berkata sesuatu kepada pelayan restoran itu. Tidak sampai beberapa saat, aku ditarik lagi sehingga sampai ke sebuah meja yang sudah terhidang dua pinggan. Salah satunya makanan kegemaran aku, chicken grill. Nampak macam menyelerakan.

Nanti dulu! Ini bukan sebab utama aku datang nak jumpa dia. Aku inginkan penjelasan, bukannya nak minta makan. Tapi... perut aku dah tak tahan lagi. Macam perut aku ni nampak saja makanan kegemarannya. Mmm... apa salahnya kalau makan dulu. Bukan senang aku nak dapat makanan sedap begini. Maklumlah, jadi bakal pengantin ni memang banyak dugaannya. Lebih-lebih lagi terpaksa berpisah dengan makanan yang aku gemari.

Aku terus makan tanpa pandang kiri kanan lagi. Begitu juga dengan Syazwan. Hampir setengah aku makan, perut pun hampir penuh, aku ingin memulakan mukadimah. Namun, belum sempat aku nak bersuara, Syazwan dah bersuara dulu.

"Masa makan jangan bercakap." Dia menegur. Tegas suaranya.

Terus aku terdiam. Adui, aku belum lagi bercakap. Macam mana dia tahu aku nak bercakap ni? Macam ahli nujumlah pula.

"Habiskan dulu makanan tu. Lepas tu kau nak tanya apa pun tanyalah." Dia bersuara lagi.

Aku pun, apa lagi. Terus makan dan makan.

"Boleh tak makan perlahan-lahan? Aku takkan lari ke mana pun." Dia sudah marah.

Hampir tersentap aku. Akhirnya, perlahan-lahan aku kunyah makanan. Aku tak faham. Apa hal dengan diri aku sekarang ni? Kenapa aku ikut sangat arahan dia? Agak-agak dia pakai bomoh kut supaya aku tunduk dengan dia. Habis aku. Habis! Payahlah kalau aku tunduk dengan dia. Nanti senang-senang dia boleh pijak kepala aku.

Atau... selepas kahwin nanti dia akan dera aku macam dalam novel yang aku baca malam tadi? Betullah. Selalunya bila kena kahwin paksa ni, lelaki kuat memberontak. Habis perempuan yang lemah dikerjakan. Tak nak! Aku tak nak jadi begitu. Walau betapa handsomenya atau sweetnya jalan cerita dalam novel tu, tapi aku tak nak kena dera.

Adui, apa yang patut aku buat ni? Boleh ke aku tolak perkahwinan ni? Apa pula alasan aku nak tolak? Barang-barang perkahwinan semua sudah dibeli. Kad kahwin juga sudah diedar. Dayah, kau jangan buat hal.

SUAMIKU WORKAHOLICWhere stories live. Discover now