SW-Part 17

10.5K 339 18
                                    

HAMPIR tiga bulan aku bergelar seorang isteri. Pantas sungguh masa berlalu. Selama tiga bulan ini, tak banyak perkara yang berlaku antara kami berdua. Dia tetap dengan perangai mabuk kerjanya. Pagi petang siang malam dia asyik bekerja. Kadangkala hari Sabtu dan Ahad pun dia bekerja. Aku yang duduk di rumah dilanda kesunyian.

Jadi suri rumah sepenuh masa memang membosankan hidup aku. Kerja rumah tu tetap ada, seperti membasuh, memasak dan mengemas, tapi aku tetap bosan. Yalah, aku tak ada kawan untuk bergurau senda. Kalau masa bekerja dulu, walaupun gaji sikit, tapi dapatlah aku bersosial sikit dengan kawan-kawan ofis. Kini, tiada lagi.

Kalau aku ingin bersosial pun, hanya Facebook dan laman sosial lain tempat aku bersosial. Itu pun tak beberapa menyeronokkan kerana kebanyakan kawan-kawan aku sedang bekerja pada ketika itu. Jadi, bila sudah bosan di alam maya, aku akan melepak sambil goyang kaki di depan televisyen. Macam-macam cerita aku tengok.

Daripada cerita Melayu zaman P. Ramlee sampailah cerita merata pelosok negara. Kalau dulu aku tak layan sangat sinetron Indonesia, tapi kini aku layan. Nak hilangkan bosan punya pasal. Kalau sudah bosan tengok televisyen, aku layan novel pula. Tapi kebanyakan novel di dalam rumah ini sudah habis dibaca. Mana tak habis, baru saja beli, dalam sehari aku boleh habiskan. Masa terluang banyak.

Bagaimanapun aku bersyukur sebab dia boleh layan hobi aku baca novel. Jadi, setiap bulan dia akan bagi duit untuk aku beli novel. Khas untuk beli novel tau! Kalau dikira-kira cukup 10 novel untuk satu bulan, tapi aku bukan jenis akan beli sampai 10 novel sebulan. Aku pilih juga yang mana yang berkenan dengan selera aku. Selebihnya aku simpan untuk kemudian hari.

"Ah, nak buat apa ni?" keluhku seorang diri.

Aku pandang sekeliling. Suamiku sudah lama pergi kerja. Rumah sudah siap dikemas. Pinggan mangkuk memang sudah habis dicuci. Pakaian pun begitu. Sudah habis dicuci, dikeringkan dan dilipat. Sekarang aku kebosanan seperti hari-hari biasa. Nak keluar, area kawasan rumah aku semuanya pergi bekerja.

Di sini suasana kejiranan memang cukup hambar. Yalah, tak ramai orang lalu-lalang. Sesiapa yang nak masuk, kena daftar diri di pondok penjaga di hujung jalan masuk. Oleh itu, keselamatan di sini agak terjamin. Senang kata, ini kejiranan golongan profesional.

Tak ramai yang aku kenal di sini, cuma dulu adalah berbual dengan pembantu rumah di sebelah rumah. Pertama kali berbual, dia ingat aku ni pembantu rumah. Aduhai, aku ni nampak macam pembantu rumah ke? Bila aku beritahu yang aku dah berkahwin dengan pemilik rumah ini dia mula buat muka. Lepas tu bila nampak aku, jelingnya macam nak keluar biji mata.

Bila aku bertanya kepada suamiku, dia hanya pesan satu, "Kalau dia hantar apa-apa makanan, terus buang. Jangan makan."

Tegas lagi suaranya. Di situ aku boleh agak. Ini mesti nak membomohkan orang. Bahaya juga pembantu rumah sekarang. Sekarang, aku dah tak nampak dah pembantu rumah itu lagi. Dengar kata dah dihantar balik Indonesia sebab cuba menggoda anak lelaki jiran sebelah pula. Huh, punyalah dahsyat. Anak lelaki jiran sebelahnya baru habis SPM kalau tak silap aku. Dia pula umur lebih kurang macam umur mak aku. Cuma muda beberapa tahun saja. Memang minatnya ke arah orang muda kut.

Ding! Handset aku berbunyi. Pantas aku mencapainya. Mesej daripada Haryati, kawan sekelas aku dulu. Aku mengeluh. Jangan haraplah suami sendiri akan mesej aku ketika dia sedang mabuk kerja.

Dayah, kau pergi tak majlis cukul jambul anak Nita?

Tak kut. Tak ada kenderaan.

Suami kau?

Dia sibuk kerja. Ada projek besar katanya.

Amboi, bertuah kau.

Bertuah? Dia kata aku bertuah? Adui, kau tak tahu betapa terseksanya aku kebosanan di rumah yang besar ini. Tapi aku layan saja. Ibu dah pesan banyak kali. Rumah tangga sendiri jangan cerita kepada orang, lagi-lagi bercerita dalam Facebook. Jangan main-main, ibu tahu apa yang orang muda buat bila ada masalah. Disebabkan itu, aku tutup mulut pasal rumah tangga aku.

SUAMIKU WORKAHOLICOnde histórias criam vida. Descubra agora