"Seohyun! Seohyun! Seohyun-ahh!!" Panggil Hana sambil menampar-nampar kecil pipi milik Seohyun, si maknae.Seohyun membuka matanya perlahan-lahan. Wajah pertama yang dilihatnya ialah Hana kerana Hana yang berada paling dekat dengannya.
"Unnie?" panggil Seohyun, lemah.
"Nae?" jawab Hana.
"Seohyun-ahh, apa yang berlaku sebenarnya hah?" tanya EunQa yang baru sahaja tiba. Dia mendekat kearah Seohyun sambil membawa ubat dan makanan yang masih panas.
"Maksud unnie?" tanya Seohyun kembali kepada EunQa.
"Ehh budak ni. Kita tanya dia dia tanya kita balik," bebel EunQa sambil meletakkan tangannya pada dahi.
"Tadi kan Seo pengsan. Kenapa? Seo tak makan ke sebelum fanmeet tu? Bukan kita siap pesan pizza ke tadi?" soal Jungli selaku omma kepada YEOGI.
"Pengsan? Really?"
Nampaknya, Seohyun memang tak ingat apa-apa selepas pengsan. Dia kelihatan benar-benar bingung.
Flashback
"Hahahaha!"
Seisi taman dipenuhi gelak tawa dengan kelakuan lucu dari Taeyeon.
"Dah lah tu.." arah Mijoo, malu.
"Entahlah. Janganlah kau buat hal kat sini Taeng oii!" marah Hyoyeon pula.
"Biarlah. Salah ke nak korek hidung?" Taeyeon melawan.
Kukk!!
Kepala Taeyeon diketuk.
"Tak senonoh betul lahh!" marah Hyoyeon.
Taeyeon menjeling kearah mereka. Baru sahaja dia mahu membalas, perhatian mereka teralih.
"Seobaby!" jeritan Seolkid membuatkan ahli YEOGI terperanjat.
"Kenapa?" tanya Shin Ka.
"Seohyun pengsan!" jerit Seolkid, cemas.
Hana selaku leader dan Taeyeon selaku fake leader segera bangun dan bergerak kearah Seohyun.
"Taeyeon! Pergi panggil manager-nim!" arah Hana
Taeyeon mengangguk dan segera turun dari pentas. Dia mencari-cari Manager-nim mereka.
"Seo! Seo! Seohyun! Seo Juhyun!" Hana memanggil nama Seohyun berkali-kali untuk menyedarkan maknae itu.
Tetapi Seohyun tetap tidak bangun. Wajahnya nampak pucat.
Clickk!!click!!
Wartawan mengambil gambar sewaktu Seohyun pengsan.
JungLi selaku Omma kepada YeoGi segera melindungi Seohyun dari wartawan.
"Kenapa ni?" tanya Manager-nim aka Lee Hong Ki.
"Oppa! Seohyun pengsan!" jerit MinAh dengan cemas.
"Mwo? Tepi! Biar oppa yang angkat dia!" arah HongKi lalu mengangkat Seohyun masuk ke dalam kereta.
Kesemua ahli YeoGi turut sama masuk ke dalam kereta dan yang terakhir ialah Hana.
Sewaktu Hana ingin masuk ke dalam kereta, dia ternampak seorang lelaki berambut pelangi tersenyum sinis kearahnya.
Dia pelik dengan kelakuan lelaki tersebut tapi dia endahkan saja. Apa yang penting sekarang ialah dongsaengnya yang paling dia sayang.
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
VampireSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...