Part 31

2.6K 190 45
                                    

Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam gua, mereka disapa dengan cemasnya oleh member EXO. Masing-masing berdiri tegak sebaik sahaja melihat Chanyeol dan Hana.

"Yang lain mana?" Tanya Kyungsoo. Kepalanya bergerak memandang ke belakang Chanyeol. Mana tahu yang lain terlindung di belakang Chanyeol yang badannya besar bak gergasi.

"Yang lain ada dengan monster tu," jawab Chanyeol. Mereka semua mengeluh. Rasa macam tak berguna pun ada.

Sedangkan mereka ada kuasa. Tapi tetap tak boleh lindungi pasangan mereka. Semuanya sebab mereka cuai.

"Dahtu, macam mana kita nak selamatkan diorang? Benda tu terlalu bahaya. Aku risau dia cederakan ahli yeogi.." Baekhyun bersuara.

"Takpe. Biar aku dengan Hana pergi ekori dan perhatikan diorang. Kalau ada yang nak ikut, dipersilakan. Yang lain boleh tunggu sini," cadang Chanyeol.

"Okey aku ikut,"kata Kai.

Kemudian diikuti oleh yang lain. Nampaknya mereka semua tak akan berdiam diri. Kalau terjadi apa-apa pada pasangan mereka, mereka tidak akan dapat memaafkan diri sendiri.

×××

"Seo, dah kenapa kamu tarik tangan unnie ni?" Tanya Sulli, pelik kerana Seohyun menariknya untuk masuk ke dalam tandas bersama-sama dan terus mengunci pintunya

Wajah maknae juga terlihat cemas.

"Unnie! Takkan unnie tak nampak apa benda yang diorang semua makan tadi tu?" Soal Seohyun, takut. Tangan Sulli dia genggam kuat. Matanya berair.

"Nampaklah.. Ada krab, ada shrimp, ada ayam. Kenapa?" Jawab Sulli. Bingung juga dia melihat Seohyun seperti ini.

"Unnie! Kenapa Seo je yang dapat tengok? Makanan tu kan semunya ulat! Lepastu ada shit lagi. Kenapa unnie semua makann?" Seohyun jatuh terduduk dan menangis.

Sulli pula yang cemas buat kali ini.

"Apa yang Seo merepekkan ini? Tak mungkin lah. Itu cuma khayalan je. Seo mungkin penat sangat sampai berhalusinasi," pujuk Sulli. Dia mengusap belakang Seohyun untuk menenangkannya.

Seohyun berhenti dari menangis serta-merta. Dia memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Kemudian dia berdiri dan menuju kearah tingkap.

"Unnie. Khaja? Kita lari. Seo akan buktikan yang semua itu bukan halusinasi," ajak Seohyun. Tanpa menunggu jawapan daripada Sulli, tingkap kecil itu dibuka. Sulli dia tolak keluar terlebih dahulu.

"Perlahan lah Seo. Sakitlah," rintih Sulli. Punggungnya ditolak kuat oleh Seohyun. Macam manalah dia nak keluar kalau macam ni? "Oh mianhae unnie. Tak sengaja."

Sebaik sahaja mereka berdua keluar, Seohyun menarik Sulli menyorok di belakang sebuah pokok besar yang tidak jauh daripada rumah mereka itu.

"Unnie tak nampak ke benda hitam dekat sekeliling rumah tu?" Tanya Seohyun. Sulli cuba mengamati apa yang dikatakan oleh Seohyun namun gagal. Rumah mereka nampak seperti biasa sahaja di matanya.

"Wae unnie tak nampak? Tak mungkinlah." Seohyun bermonolog sendirian. Tiba-tiba, bahunya disentuh oleh seseorang.
"Kyahh--"

"Shuuu--- jangan menjerit. Ikut sini." Sehun menekup mulut Seohyun dan membawanya pergi ke belakang semak. Sulli juga turut sama terkejut. Matanya membuntang memandang Jongdae.

"Annyeong!" Sapa Jongdae, mesra. Sulli memarahi Jongdae namun sedikit pun Jongdae tidak faham kerana mulut gadis itu masih ditekup. Sulli menolak tangan Jongdae menjauh daripada bibirnya. Dia kembali memandang kearah 'rumah'.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat rumah tersebut tiba-tiba menjadi buruk. Kelihatan unnie-unnienya yang sedang memakan benda yang menjijikkan tanpa menyedari tentangnya langsung. Sulli kaku.

"Jangan tengok. Ikut sini." Jongdae memegang tangan Sulli dengan erat dan membawanya ke belakang semak juga.

"Kita kena cari jalan macam mana nak keluarkan diorang daripada situ." Kedengaran suara Suho berbincang sesama EXO. Masing-masing menyuarakan pendapat namun semuanya idea yang tak berbaloi.

Seohyun mendekati Sulli yang masih terkejut dengan apa yang dilihatnya. Belakang Sulli diusap.

"Unnie dah nampak," kata Sulli perlahan. Seohyun mengangguk.
"Kan Seo dah cakap. Kejap, macam mana unnie baru boleh nampak?" Soal Seohyun. Mereka merenung antara satu sama lain.

"Tadi..lepas Jongdae sentuh bahu unnie, unnie terkejut dan lepastu unnie pandang belakang. Unnie boleh nampak lepas unnie 'ter'kejutkan diri sendiri.." jawab Sulli.

"Seo pulak nampak lepas terbersin waktu kita mula-mula nak masuk dalam rumah tu. Jadi, kalau kita kejutkan diorang, diorang mesti akan tersedar!" Kata Seohyun. EXO yang mendengar perbualan Seohyun dan Sulli mula mendekati mereka berdua.

"Kalau macam tu, Kyungsoo boleh gunakan kuasa dia untuk buat gempa bumi palsu. Mungkin itu boleh sedarkan mereka," kata Yixing dengan sungguh bijaksana. EXO akhirnya setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Yixing.


"Oh ya, Chanyeol mana?" Tanya Luhan. Kelibat Chanyeol tiba-tiba sahaja hilang tadi.

"Dia baru jalan pergi rumah tu beberapa saat tadi," jawab Kai, selamba.

"Mwo?"

×××

Kyungsoo bersedia di hadapan rumah khayalan tersebut untuk menggunakan kuasanya. Member EXO, Seohyun dan Sulli berpaut kuat pada pohon agar mereka tidak tercedera.

"Kyungsoo! Mulakan!" Jerit Suho.

Kyungsoo mengangguk faham. Dia mula menghentakkan kakinya ke tanah dengan kuat. Seketika, burung-burung dan haiwan-haiwan lain bertempiaran lari. Gegaran tadi terus meruntuhkan rumah khayalan itu dan menyedarkan member Yeogi yang lain.

Salah satu pokok dibaling dengan kuat entah dari mana sehingga menghempap badan 'Hongki'. Member Yeogi yang masih terkedu dengan apa yang berlaku langsung tak berganjak.

"Kyah! Palliwa! Keluar!" Jerit Kyungsoo kearah mereka. Entah dari arah mana Hana dan Chanyeol datang. Mereka terus menolak member Yeogi keluar dari rumah yang sudah hancur tersebut.

Member EXO pergi mendapatkan pasangan masing-masing dan terus melarikan diri daripada kawasan tersebut.

Kyungsoo menghampiri Chanyeol dengan tanda tanya. Terus disoal Chanyeol tanpa banyak berdalih.

"Kau pergi mana tadi?"

"Tak pergi mana-mana pun. Aku pergi selamtkan diorang lah," jawab Chanyeol selamba.

-bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now