Part 20

2.6K 226 13
                                    


Mereka memandang sekeliling dengan perasaan yang cemas. Kapak emas setia di pinggang mereka. Peluh berani menitik diatas dahi.

Bunyi burung gagak berkicauan membuatkan mereka sedikit cuak. Dipandang matahari yang hampir terbenam dari arah barat. Sebentar lagi, sahabat matahari akan tiba. Namanya Sang Bulan Mentari indah purnama. (abaikan saja..Author gila)

Biarpun tadi ialah waktu siang, namun cahaya matahari bagai susah untuk masuk ke dalam planet Lyoxo. Siang boleh disangkakan malam. Malam pula memanglah malam. Apa kau mengarut ni?

Eaakk eakkkk

Bunyi yang tidak menyenangkan itu membuatkan enam ahli YEOGI yang telah mengambil haluan masing-masing cemas. Mereka bukannya pernah mengalami perasaan sebegini. Ini kali pertama mereka berdepan dengan hutan yang menyeramkan. Kalau ada ahli EXO, ketakutan itu dapatkah dikurangkan sedikit..

Frogg frogg

Seekor katak betina Afrika melompat di hadapan Minsya. Terkejutnya mak aihh, sampai melatah si Minsya.

"Eomona! Omma! Katak-katak! Geli!" teriak Hana. Dia pulak yang melebih walhal Minsya yang terlebih dahulu melihat katak hijau itu melompat di hadapannya.

"Unnie! Janganlah jerit. Nanti kalau ada rimau ke singa ke datang, kan nanti susah." Mulut si Seolhyun terus ditonyoh dengan cili. Entah dari mana cili tu datang pun author tak tahu.

"Haa..amik kau..Mulut celupar sangat.. Kau ni! Geram akuuu..Kita kat tempat orang, kau jangan nak buat hal!" marah Eunqa.

"Kim Seolhyun. Stop calling me 'unnie'. Kitakan sebaya. Kau tak habis-habis nak berlagak macam maknae. Menyampah tahu?" Hana menjeling Seolhyun. Seolkid atau Seolhyun hanya menayangkan giginya yang putih.

"Erm. Korang diam sekejap boleh tak?" pinta Mijoo takut-takut. Dia memandang sekeliling dengan serba-salah.

"Wae?" tanya Seobaby. Awal-awal lagi dia sudah berpaut pada lengan Mijoo. Digenggam erat tangan Mijoo.

"Aku rasa.. Ada orang ikut kita lah," kata Mijoo dengan suara yang perlahan. Keenam-enam ahli YEOGI terdiam. Mereka mengesot perlahan-lahan kearah Mijoo dan duduk dekat-dekat dengan Mijoo. Tiada jarak seinci pun dibiarkan.

"Kyaa, biar betul kau ni?" tanya Seohyun. Mijoo mengangguk. "Okey semua.. Malam ni jangan ada sesiapa pun berpecah. Aku—"

Srett srett

Bunyi dari semak berdekatan mengganggu perbualan keenam-enam ahli YEOGI. Mereka memandang kearah semak berkenaan.

Tiba-tiba mereka disergah oleh sesuatu sehingga mengejutkan mereka

"ARGHHHH!!!!"

-------------------------------

"Kini, kita menyaksikan.. matahari sudah mahu melabuhkan tirainya.. bersama-sama lah kita menyaksikan keindahan alam ini." Jongdae memecahkan kesunyian diantara mereka.

"Dah-dah lah tu Chen. Dari tadi lagi asyik kau aje yang bercakap. Naik bernanah telinga aku dengar kau potpet potpet tak berhenti," rungut Sulli. Jongdae mengeluh.

"Habistu? Yang lain tak nak bercakap. Aku boring laa. Dah lah perjalanan ke gua alah tu lambat lagi nak sampai. Ni hah! Ketua korang pandai-pandai buat keputusan melulu.. shiroyo!" rungut Jongdae atau Chen itu.

"Suka hati kau lah nak benci dia pun. Dah dia buat keputusan macam tu. Aku pun tak boleh nak halang," balas Sulli.

"Weh Kai, betul ke apa yang Chen cakap? Lambat lagi kita nak sampai ke gua yang ada Batu Mutiara Biru tu?" soal Hyoyeon. Kai mengangguk.

"Ha'ah. Tapi kau nak tahu satu rahsia tak?" soal Kai. Hyoyeon mengangguk laju sambil tersenyum sehingga menampakkan eyesmilenya. Kai termangu seketika sewaktu melihat kecantikkan Hyoyeon.

"Kai? Kai? Kai!" panggil Hyoyeon sambil menggoncangkan badan Kai yang tiba-tiba sahaja kejung.
"Mengelamun pulak dia," kata Hyoyeon perlahan.

"Mian. Okey aku sambung eh? Sebenarnya, perjalanan nak ke gua tu hanya mengambil masa dua hari.Tapi disebabkan hutan ni terkena sihir nenek kebayan, ia telah berubah sepenuhnya."

"Nenek kebayan telah mengubah masa dan menyebabkan pengembara kena mengambil masa lama sehingga mungkin bertahun untuk sampai ke gua tu..Tapi--"

"Tapi apa? Tapi apa?" Hyoyeon sudah tidak sabar hendak mengetahui kisah selanjutnya.

"Tapi..ada satu kelemahan yang semua orang tak tahu. Dengan adanya kuasa cinta sejati, perjalanan yang diambil hanya akan memakan tiga hari.." sambung Kai. Hyoyeon terkebil-kebil memandang Kai.

"Cinta sejati? Kenapa cinta sejati? Tiada benda lain kah?" Soal Hyoyeon lagi. Tak suka betul dia bila semua nak dikaitkan dengan cinta.

"Manalah aku tahu. Orang kata kalau pasangan tu saling mencintai, senang je mereka nak sampai ke gua tu. Katanya, kuasa cinta tu akan lindungi mereka," jawab Kai. Dia pun tak berapa percaya sebenarnya.

Mitos yang dia dengar daripada pengawal penjara itu membuatkan dia ketawa besar. Macam manalah benda seperti cinta boleh buat sampai macam tu? Tak logik.

"Oh. Dah tu, moh ler kita fall in love. Lagi cepat sampai sana," cadang Hyoyeon. Terus dahinya ditunjal kuat.

"Itu mitos sajalah! Senang sangat kena tipu. Haduh.."

"Lain kali cakap awal-awal!"

"Astaga.."

-bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now