Bab 8

738 11 4
                                    

Matahari sudah berdiri tegak di atas kepala. Aku memutarkan pen yang berada di tangan. Aku mengeluh sambil melihat kertas yang berselerak diatas meja. Aku memandang jam di hujung meja yang berada dihadapan aku yang bewarna merah. Jarum pendek jam menunjukkan pukul 1 bermakna waktu tengah hari. Aku menyusun kertas yang tak terurus itu lalu aku keluar dari pejabat.

"Syaf. Jom makan. Akak belanja" Aku mengajak Syaf yang sedang menyusun bekas pasu di hujung kedai.

"Tak apalah Kak Aliya. Banyak lagi ni. " Syaf menyambung menyusun bekas pasu.

"Sekejap je. Lepas makan kita balik. Awak sambunglah lepas tu. Bukan senang akak nak belanja awak ni." aku melemparkan senyuman kepada Syaf yang sedang memandang aku.

" Tak apa ke kak?" tanya Staf

"Tak apa. Jom." Syaf meletakkan bekas pasu ditepi rak bunga orkid yang lawa disusun.

"Kak Liya nak naik apa ni?" Syaf memusingkan badannya sambil meletakkan jari telunjuknya di dagunya.
"Naik apa lagi, naik kereta akaklah. Takkan nak jalan kaki pula." balasku sambil mencari kunci kereta di dalam tas tangan ku yang berwarna dark brown.

Aku menghidupkan enjen kereta. Syaf meleparkan muka serba salah itu tidak beranjak dari tepi kereta aku.

"Masuk jelah Syaf. Jangan nak segan. Akak tak makan orang akak makan nasi je. Mari sini." Aku membuka pintu kereta dari dalam lalu menepuk-nepuk kerusi itu. Nasib kereta kecil. Kalau besar aniaya aku.

Syaf yang teragak-agak itu masuk ke dalam kereta.

******

"Kak Liya thanks tau sebab belanja Syaf. Tak tahu nak balas dekat akak macam mana." Syaf memandang nasi goreng kampung.
"Takde hallah. Akak belanja awak ni sebab Syaf ni macam adik akak sendiri. Lagipun adik akak sebaya dengan awak. Rindu ka dia pulak. " Syaf mengangkat mukanya. Aku melemparkan senyuman kearahnya.
"Akak tak telefon dia ke?" tanya Syaf.
"Entahlah. Berat tangan nak telefon dia." aku menayangkan gigiku.

Ketika kami sibuk berborak, aku terdengar suara yang amat dikenali arah belakang aku.

"Aliya buat apa kat sini? Tu siapa?" dia menarik kerusi sebelah aku lalu melabuhkan punggungnya. Aku membuat muka meluat. Syaf yang duduk dihadapanku itu memandang aku dengan menghantar isyarat 'siapa tu Kak Aliya'
"Saya makan. Tu pekerja saya. Syaf jom kita balik." aku bangun dari rempat duduk aku. Aku pergi kearah kaunter untuk membayar.

"Biar saya bayarkan untuk awak Aliya." Danish menghulurkan not rm 50.
"Tak perlu." aku menolak tangannya lalu menghulurkan beberapa not rm 10 kepada pelayan untuk membayar makanan yang kami pesan.

Selapas membayar aku terus membuka kereta lalu masuk ke dalam kereta. Syaf yang memandang aku bertanya
"Siapa dia tu Kak?"
"Kawan suami akak. Dia selalu ganggu akak." aku.mengeluh.

******
Aku duduk bertentang dengan gambar dengan sahabat karibku. Rindu betul dekat diorang. Almaklumlah semua dah berkerja jauh pula tu. Hanya mesej dengan panggilan sahaja menemani rasa sunyi yang berkumandang di hati ni.

Aku mengambil telefon pintar yang berada di sebelah gambar. Aku mencari chat group yang bertajuk the moment.(note:saya buat macam chat ye.. :))

Aliya: korang... Rindulah
Nalbila: tahu pun nak rindu kitaorang. Ingat x rindu kitaorang
Maziah: betul tu. Ingat nak berkepit je dengan hubby dia ja
Rozana:setuju sangat
Fatin: *thumb*
Aliya: lemaknya korang. Malas lepak dengan korang lepas ni
Wani: kalau ko tak nak lepak dengan kitaorang siapa nak bayar makanan dengan minuman kitaorang :(
Aliya: memang aku je ke yang wajib bayar ye. ㄱ.ㄱ
Wani: tak boleh ke?
Fatin:Sudah sudahlah . Aku cekik sorang sorang baru tahu.
Nalbila: macam sampai sangat nak cekik diorang.
Wani: betul tu. Sep sikit aliya
Aliya: tak mo
Wani:jahat.. :(
Syafikah : apahal ni? Riuh na grup ni
Maziah: lambatlah pikah ni. Nak dekat habis cerita dah.
Syafikah : oh yeke? My mistake. Aku kena jaga anak aku. Dia demam. Tu yang lambat baca tu..
Nalbila: patutlah lambat. Aliya Syafikah ada anak dah. Kau bila lagi.
Rozana: tahu tak pe. Nak juga tengok anak ko dengan dia.. Mesti comel.
Fatin:betul betul. Nanti bila kau sibuk bolehlah auntie auntie auntie dia jagakan.
Aliya: ermmm.. Korang tak sibuk ka. Dah pi buat kerja tu.
Syafikah: baru nak join. Takkan nak halau. Payung muka sedih muka sedih
Aliya: malamlah pulak. Ado kojo ni. Bye

Aku menggelengkan kepalaku. Begini jikalau kami bergaduh bak kata orang gaduh gaduh sayang. Aku memandang kearah telefon bimbitku.

Aku memandang jam tangan di tangan kiriku yang berwarna hitam keemasan. Jarum panjang sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aku mula mengemaskan barang-barang yang berselerak. Aku mengemas dengan ala kadar tetapi kemas. Aku mencari kunci keretaku didalam beg. Aku mencari Syaf yang sudah siap menyusun pasu bunga.
"Kak Aliya. Saya balik dulu ye" syaf melambaikan tangannya bersama sama dengan kunci motosikalnya.
"Hati hati bawa motosikal tu"
-----------
Hey.. Sebenarnya nak update cerita ni bulan lepas. Disebabkan kita kerja+busy+jaga koperasi maka susahlah nak update..

Tahun ni kita 17 tahun.. Maka susahlah sikit nak update. Insya-Allah kalau tak sibuk kita update ye.. :)

(Sorry tak terupdate. Haritu dah publish pada awal bulan lepas tapi tengok-tengok tak berpublish.. Sorry guys. Salah saya tak tengok. Serius tak tipu. Awal bulan lepas sepatutnya publish but error. Sorry)[16/02/16]

Hanya Dia Sahaja-discontinued-Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang