Cerita Kucing

86 4 0
                                    

Cerita pagi tadi.

Ada dua ekor kucing sedang bermain berhampiran dengan pejabat. Ibu dan anak kucing.

Si anak gigih memanjat batang pokok kecil. Ketinggian yang mampu dipanjat hanyalah sejengkal dari tanah. Mungkin masih dalam fasa baru pandai memanjat.

Sebaik sahaja menyedari kehadiran aku, si ibu menepuk-nepuk punggung si anak.

"Turun.. Turun.. Malu orang tengok," Mungkin itu yang dikatakan.

Si anak turun setelah terpandang aku yang berada 1 meter di hadapan. Beberapa saat kemudian, si anak kembali memanjat.

"Alaa.. Biarlah, Mak. Kita nak exercise. " Mungkin juga itu yang dikatakan si anak.

Oh, jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Aku sudah lewat masuk pejabat lalu aku pergi tanpa menghiraukan dua beranak kucing itu lagi.

Si ibu kelihatan kecewa.

Selepas itu, aku tidak tahu apa yang terjadi pada anak kucing yang terlalu leka memanjat tadi. Mungkin selepas aku pergi, dia dimarahi ibunya kerana tidak berkelakuan sopan di hadapan aku. Mungkin juga si ibu membiarkan si anak bermain sendirian kerana kecewa aku pergi tanpa meninggalkan sedikit makanan pun.

"Panjatlah sampai petang!" Marah si Ibu. Mungkin.


Coret Hidup Si Bunga TuhanWhere stories live. Discover now