7

398 22 11
                                    

MIRA POV

Sesekali , aku menjeling ke arah Auni yang sedang lena diulit mimpi . Entahla , malam ini aku memang tidak boleh tidur . Mungkin terlalu teruja . Tetapi , untuk apa ?

Aku benar² tidak boleh melelapkan mata . Lebih baik aku menonton televisyen . Ya ! Televisyen ! Boleh lah aku tengok ulangan Doctor Stranger yang aku dah terlepas siang tadi .

Aku pun menoleh sekali lagi ke arah Auni . Ya , dia masih lagi nyenyak tidur . Aku perlahan-lahan mengalihkan selimut di tubuhku .

Selepas memastikan keadaan Auni , aku pun memulakan langkah ke ruang tamu . Aduhai . Aku menempuhi perjalanan yang gelap di rumahku . Apabila waktu malam , hanya lampu depan rumah yang bernyala . Jadi , dalam rumah memang gelap gelita .

Grkk , grkkk . Bunyi pintu . Rasanya , semua pintu tertutup . Tiba - tiba aku dapat dengar pintu rumah di tingkat bawah diketuk . Aku seperti dipukau , terus ke arah pintu utama rumah tanpa memikirkan risiko seperti penculik atau apa-apa sahaja ?

" Kak Mira , boleh saya tumpang tandas ? " Rupanya dia hanyalah seorang budak perempuan yang berbaju basah . Kerana kesian , aku pun membenarkan dia menumpang tandas di rumahku . Aikk , mana dia tahu tandas rumah aku dekat mana ? Erhhh , biarlah .

Betul-betul aku kesian dengan budak perempuan tu .

" Apa nama adik ? " Aku asalnya memang tak suka budak - budak . Tapi kali ni , budak ni memang betul - betul patut dikasihani. Mana mak ayah dia ? Dia buat apa sorang - sorang ? Basah pulak tu baju dia .

" ADRIANA . Nama saya Adriana " Adriana rupanya nama dia . Aku dan dia sedang duduk di ruang tamu . Televisyen yang sedang galak bersiar tidak aku hiraukan . Mataku hanya tertumpu pada rambut dan tubuh Adriana yang basah .

" Ikut akak " Aku menarik tangan budak kecil itu . Dia hanya menurut .

" Akak , berhenti sini " Dia suruh aku berhenti ? Aku pun berhenti . Tepat - tepat di depan pintu bilikku . Dengan selambanya , dia menapak masuk ke dalam bilikku. Bukan itu sahaja . Dengan spontan , dia mengeluarkan sesuatu dari bawah katil .

" Adriana nak buat apa ? " Aku bertanya hairan .

Dia hanya diam . Terdapat beberapa pasang baju dan seluar . Buruknya . Iewww .

Dia membawa keluar baju itu dan menyalin pakaian di bilik sebelah .

Peliknya budak ni . Haishhh . Eh , eh ... Banyaknya soalan dalam kepala aku sekarang ni . Nk biarkan dia tinggal sini ke ?

████████████████

Terlambat berapa hari ya ? Saya sibuk dengan exam :) And projek berkumpulan . Haishh . Lepas periksa ni , kerja lagi banyak . Takpalh . At least , bukan kerja sekolah math , dalam buku kotak-kotak or karangan dalam kertas kajang .
Maaf ya :D
BTW , terima kasih 1.06 K pembaca . Tak sangka boleh sampai ada K .
Huhuhu terharunya . Teruskan membaca tau ! ;)

AIR [ Hiatus ]Where stories live. Discover now