BAB 19

392 10 0
                                    

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Daniel terus menghantar Shaf balik ke rumah dan dia terus pulang ke rumahnya. Shaf masuk ke dalam rumah dengan perlahan-lahan.

"Ehem...kau pergi Cameron Highland buat ape dik?" Kak Rossa menegurnya. Shaf yang sedang berjalan terus terberhenti dan memusingkan badannya menghadap Kak Rossa.

"Eeh ude...tak pergi kerja ke hari ini? Tak buat apa pun pergi sana, macam mana ude tahu adik pergi sana?" Shaf duduk disofa berhadapan kakaknya.

"Harini kan hari jumaat. Mana ude kerja. Daniel yang telefon ibu bagitahu yang korang pergi sana." Kak Rossa melipat majalah dan memandang kearah Shaf. Namun, beberapa saat kemudian dia kembali membuka majalahnya.

"Owwhh. Okay lah ude. Ude pun tengah busy baca majalah tu. Adik naik atas dulu lah kalau macam tu" Shaf bangun dan ingin menuju kebiliknya.

"Eeh...ude tak cakap pun yang adik boleh naik. Meh sini duduk balik" Kak Rossa menyuruh Shaf duduk semula. Shaf menelan liur dan perlahan-lahan kembali duduk di hadapan Kak Rossa. 'Habislah..confirm ude jadi polis tak diiktiraf kejap lagi' Hampir 2 jam sesi soal jawab Shaf dan Kak Rossa berlangsung.

"Okeylah. Itu je yang ude nak tanya, adik dah boleh naik atas" Shaf menarik nafas lega apabila kakaknya menyuruhnya naik ke tingkat atas. Laju sahaja kakinya melangkah meninggalkan kakaknya.

Nana terjaga dari tidur petangnya apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Nana melihat pada skrin telefonnya. Keningnya terangkat sedikit.

"Daniel? Kenapa pula dia telefon aku ni?" Nana mengangkat telefonnya.

"Hello..Assa" Belum sempat Nana menghabiskan ayatnya Daniel sudàh memotong.

"Aku tunggu kau dekat Old Town tempat biasa, datang sekarang" Daniel terus mematikan talian.

"Takde adab punya mangkuk. Aku tak sempat nak bagi salam dia dah potong. Lepas tu nak suruh aku pergi Old Town. Haah yelah, memang ade satu je Old Town dekat KL ni. Tempat biasa.. Tempat biasa.. Aku hempuk juga budak ni nanti." Nana mengetuk jari telunjuknya pada dagu sambil memikirkan Old Town di mana yang dia harus tuju.

"Aha! Aku tahu Old Town mana" Nana segera turun dari katil dan bersiap untuk pergi berjumpa Daniel.

Nana menghela nafas lega apabila dia melihat kelibat Daniel yang duduk di meja yang berdekatan dengan pintu kedai itu. Nana mengetuk meja sebelum duduk dihadapan Daniel.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Daniel mengangkat muka apabila mendengar soalan Nana.

"Tell me everything about Shaf" Daniel tidak memandang kearah Nana. Nana yang mendengarnya masih cuba mentafsir apa yang Daniel perkatakan.

"About what?" Nana bertanya semula pada Daniel. Daniel mengeluh kecil.

"Kau rapat dengan Shaf kan.." Daniel bertanya pada Nana. Nana hanya mengangguk.

"So..kau mesti tahu kehidupan Shaf macam mana kan." Lagi sekali Nana mengangguk.

"So...aku nak tanya kau. Shaf tu dulu macam mana perangai dia, aku yakin yang Shaf yang sekarang bukan macam Shaf yang dulu" Daniel bertanya sambil merenung Nana. Nana mengeluh perlahan.

"Kenapa kau nak tahu sangat?" Nana masih enggan bercerita kepada Danial.

"Because she is my future wife. I need to know everything about her."bDaniel menghirup airnya.

BENCI ATAU CINTA?Where stories live. Discover now