Melayu Boleh

3K 52 9
                                    

Satu hari ketika aku sedang khayal mendesign laman web Geocities aku, ada kawan aku menepuk bahu aku dan tengok aku tengah design laman web.

"Wow, millennium gila kau design laman web! Kau boleh ajar aku?"

"Macam mana?" tanya aku, pendek.

"Ajar aku nak buat website. Aku nak buat website blue macam Melayu Boleh."

"Melayu Boleh?"

Melayu Boleh adalah website blue Melayu yang klasik di awal dekad ini. Ia datang dari slogan Malaysia Boleh yang dilaungkan oleh Dr Mahathir serta menggaulkan elemen Melayu yang sentiasa ghairah tentang seks. Antara yang popular ialah gambar gadis yang didakwa orang Pahang yang bernama Babyrina.

Babyrina, gadis cun yang duduk atas katil dan pakai baju pom-pom lalu menunjukkan tetek dan pepeknya menimbulkan keghairahan para voyeurist internet untuk melihat tetek perempuan buat pertama kalinya dalam Internet.

Selain Babyrina, ada satu lagi gadis yang bernama Sexy Suraya yang turut serta sama berbogel dan menghilangkan derita seksual Melayu yang dikongkong agama.

Selain itu ada cerpen seks yang bernama Cikgu Suraya, kisah cikgu matematik dari utara yang mengajar Amir lalu satu hari semasa hari hujan, Amir menumpang teduh untuk pinjam pam basikal, kemudiannya siapa yang baca cerita itu, tahulah apa yang jadi.

Sebenarnya aku pernah menulis cerpen seks pada usia aku 17 tahun. Ada lah cerita tu, aku sendiri pun fikir bila aku baca balik cerita blue yang aku tulis tu macam serious bullshit. Tapi masa tu aku buat for fun dengan membantu projek website blue kawan aku yang tadi.

Aku mungkin dah berminat jadi penulis masa kecik, dan pernah cuba tulis novel seawal umur darjah enam, cuma kali ini first time aku menulis cerita yang ada xxx. Macam mana aku dapat pengalaman sedangkan aku masih teruna dan tak pernah sentuh pun perempuan?

Aku belajar seks dari cybersex dengan orang di MiRC. Aku masih ingat lagi first time aku cybersex dengan orang yang nicknamenya eina_pj85. Walaupun dia muda setahun dari aku, tapi ternyata dia cukup berpengalaman. Aku minta dia ajar aku roleplay, sambil aku mula melancap di komputer paling hujung dan tersorok di cybercafe itu.

Start dari situ aku mula menggunakan imaginasi untuk menulis cerpen blue, dan di situlah aku ada baca komen-komen di guestbook yang memuji, tak kurang pula yang mengeji aku. Itulah pengalaman pertama aku menulis dan tulisan aku dibaca orang, walaupun aku menggunakan nama yang tak ada kaitan dengan aku.

Selepas itu, kerajaan satu per satu menutup website blue yang berleluasa di dalam Internet. Alasan kerajaan ialah untuk mengekang gejala laman web lucah yang merosakkan anak bangsa.

Website aku bagaimanapun, tidak kena apa-apa sebab aku berjaya menutup sebarang trace untuk dijejaki. Aku buat di cybercafe, jadi tak boleh dijejaki pada masa tu.

Laman web lucah adalah manifestasi dari depressi seksual masyarakat. Jika super-ego seperti kerajaan, jabatan agama, atau pemimpin cuba mengekang nafsu seksual masyarakat dengan meletakkan syarat yang membebankan untuk hubungan seks, maka di laman weblah mereka meluahkan apa yang terpendam.

Webmelayuboleh adalah manifestasi tekanan seksual masyarakat Melayu pada ketika itu.

Kalau kita tengok sebenarnya negara atau negeri yang paling kuat agamalah yang selalunya kuat tengok video blue berbanding negara yang sekular dan chill terhadap seksualiti.

Tapi, ada satu soalan dari generasi sekarang yang sampai sekarang aku tak boleh nak jawab.

"Bang, masa time tu kan, internet pakai dial up, line telefon. Nak connect Jaring atau TMnet pun makan masa lama gila. Internet masa tu kelajuan dia berapa kilobyte je. Macam mana abang-abang semua boleh bersabar je? Kalau kitorang, lagging sikit pun dah muak dah."

Entahlah, mungkin generasi abang dulu lebih bersabar dari generasi sekarang. Atau pada masa itu kami cuma layan gambar bogel je berbanding video. Cerita video blue cuma timbul bila zaman Nokia sabun, yang akan aku ceritakan nanti.

Mungkin kalau Babyrina itu muncul dalam bentuk video, barulah kita boleh pastikan bahawa dia orang Melayu atau tak. Aku dengar dia tu sebenarnya orang Filipina.

By the way, nasib website Geocities tu pun aku rasa dah tamat riwayat website tu pun. Kerana Geocities sudah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2011.

2000sWhere stories live. Discover now