Angkasawan Negara

1.4K 49 7
                                    

Apabila Dr Mahathir nak bersara pada tahun 2003 dulu, dia ada membeli beberapa jet Sukhoi dengan Vladimir Putin semasa dia melawat Moscow. Dan dalam pembelian jet Sukhoi tu, ialah dengan melatih seorang rakyat Malaysia untuk menjadi pelancong angkasa ehem!, angkasawan.

Aku masih ingat pada sekitar tahun 2003 ramai juga yang memohon nak jadi angkasawan ni. Tak silap aku cecah ratus ribu orang jugak lah. Dan acara pertama untuk memilih jadi angkasawan negara ini ialah marathon, dan pada akhirnya diambil secara berperingkat-peringkat.

Dan proses memilih nak jadi angkasawan ni berlanjutan sampailah empat tahun, dan pada tahun 2007 ini - tinggallah dua orang - Dr Sheikh Muzaphar yang hensem kacak jambu, dan Faiz Khaled yang short dark handsome.

Dan memilih tahun 2007 sebagai tahun untuk angkasawan negara ini bertepatan dengan 50 tahun merdeka - jadi memanglah supaya dapat meletakkan pencapaian itu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

Maka pada hari-hari sebelum roket Soyuz dari Rusia nak berlepas dari Baikonur, iaitu stesen angkasa lepas Rusia yang berada di Kazakhstan, maka pelbagai perkara yang dibincangkan oleh rakyat Malaysia tentang angkasa.

Isu macam mana nak bersolat di kapal angkasa, atau apakah kita patut bawak teh tarik, roti canai, nasi lemak, ketupat dan segala jenis makanan di Malaysia untuk dibawa ke angkasa lepas.

Pada masa ini aku dah mula rasa program ini adalah program yang mengarut dan merepek. Semasa Yuri Gagarin naik ke angkasa atau Neil Armstrong naik ke bulan, mereka tak berbincang nak bawak shashylk atau burger McDonalds untuk ke angkasa.

Dan tentang isu solat di angkasa lepas, aku bertanya juga, macam mana kau solat dalam keadaan anti-graviti dan dalam keadaan kau mengorbit bumi, kau masih nak menghadap Kaabah?

Lepas tu tiba-tiba JAKIM pun keluar garis panduan dua tiga hari sebelum kapal angkasa nak melepas. Kata boleh solat begini begitu.

Apasal je lah dorang tak tanya Arab Saudi ke UAE pasal isu ni sebab sebelum Malaysia, diorang dah pergi angkasa dulu. Ke dorang tak ambik pot pasal solat, cuma kita Melayu je yang sibuk.

Lagipun kalau kita di angkasa lepas, dan mengorbit bumi - macam mana kita nak tentukan waktu solat? Solat Subuh dengan Solat Maghrib mungkin sangat dekat sebab dengan berkelajuan tinggi itu.

Tapi sementara masyarakat saintifik melihat itu sebagai non-issue, tapi Melayu memikirkan tentang itu serius gila babi, walhal kalau kita shopping raya sikit kita langsung lupa Asar, kita cuma ingat Maghrib kerana nak buka puasa tapi lepas tu kita sambung shopping sakan sampai lewat malam buta tapi kita langsung tak ingat Isyak.

Jadi, apakah solat di angkasa lepas ini satu exhibition kepada semua rakyat Malaysia?

Anyway, apabila Sheikh Muzaphar naik ke atas dan seronok melancong di kapal angkasa ISS, dan pulang ke Bumi, dia pulang dan disambut sebagai wira di negara ini. Kemudian dia pergi ke sekolah-sekolah bagi ceramah motivasi. Dan terbit buku "Reaching For The Stars".

Tapi namakan satu kajian saintifik dia di angkasa lepas tu pun berguna untuk masyarakat di negara ni? Apa je yang dia buat di atas tu selain demo solat di kapal angkasa dan menjamu angkasawan lain dengan ketupat dan rendang (kerana pada hari itu adalah Hari Raya).

Tapi, selepas itu dia kini menjadi model sebuah syarikat perabut serta dikatakan ada ura-ura mengatakan dia menjadi 'penyedap' kepada seorang chef terkemuka di negara ini.

Nasib Faiz Khaled (kini Major) tidak pula diketahui apa nasibnya.




2000sWhere stories live. Discover now