Snippet: 2005

1.5K 45 6
                                    

Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.

Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2005.

1. Liverpool muncul juara Eropah kali kelima selepas menewaskan AC Milan menerusi sepakan penalti dalam final paling epik dalam sejarah, di Istanbul, Turki.

2. Pope John Paul II meninggal dunia dan selepas pemilihan Pope berlangsung, dan para archbishop memilih Joseph Ratzinger sebagai Pope baru, dengan nama Benedict XVI.

3. Hurikan Katrina telah melanda selatan Amerika Syarikat, dan bandar paling terjejas ialah New Orleans, dimana mengakibatkan kejatuhan populariti parti Republikan yang diterajui George W Bush.

4. Filem Chicken Little filem kartun dengan CGI bersiaran pada tahun ini. Lagu celaka Numa Numa yang menjadi lagu tema filem ini pun turut naik ketika ini.

5. Turut popular pada tahun ini ialah muzik sampah Eurodance, Crazy Frog.

6. Kumpulan indie Hujan ditubuhkan pada tahun ini dan mula bermain di gig-gig, sebelum bermain di Layar Tanchap dan terus menjadi popular pada dekad ini.

7. Kebangkitan Indopop sejak akhir dekad 90an ini berada di kemuncaknya apabila kumpulan Peterpan dengan album Bintang Di Surga mendapat populariti epik di negara ini. Bagaimanapun, pada ketika ini Indopop mulai jatuh dengan persaingan baru dengan muzik indie di Indonesia dengan kemunculan The Upstairs, The Changcuters serta revival dangdut melalui Inul Daratista.

8. Isteri Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, Endon Mahmood meninggal dunia pada tahun ini.

9. Blackout seluruh utara Semenanjung pada bulan Jun kerana kerosakan kabel elektrik di Serendah, Selangor.

10. Star Wars Episode III: Revenge of the Sith ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada tahun ini. Penulis dan girlfriend menonton filem ini tiga kali di Mid Valley sebelum dia ke luar negara.

11. Turut popular pada tahun ini ialah filem Mr and Mrs Smith yang kemudiannya menjadi jodoh kepada Brad Pitt dan Angelina Jolie.

2000sWhere stories live. Discover now