1

790 18 7
                                    

Semua sama.. Manusia.. Dari atas sampai ke bawah, semua sama. Hanya satu yang berbeza. Hatinya..

Aku senyum. Memerhati teman lain, bergelak ketawa, bergurau senda. Tanpa sedar, satu sama lain mengata.

Macam mana aku tahu? Bukan sudah aku cakap aku bukan manusia.

Memang.. Memang kau nampak aku sama. Tapi aku bukan manusia. Mungkin mata, wajah, suara, badan kita serupa. Tapi kejadian kita.. berbeza.

Aku senyum lagi. Manusia.. Kitaran hidupnya sama. Setiap tahun bertambah umurnya. Semakin hari semakin tua. Namun tidak bagi aku. Kenapa?

Sekali lagi aku bilang, aku bukan manusia. Memang aku seperti manusia, namun aku cuma mirip mereka.

Aku dan mereka, memang tidak jauh berbeza. Namun ada satu jurang yang membezakan kami. Jurang yang memisahkan dimensi kejadian kami.

"Qis, jauh termenung. Ingatkan aku ek?"

Aku cuma membalas sapaannya dengan senyuman.

Sulaiman.. Entah bila dia datang. Menawarkan diri untuk menjadi seorang teman. Alasan? Katanya aku sering berseorangan.

Seorang? Aku senyum. Siapa cakap aku berseorang? Di keliling aku, ramai yang ingin menjadi teman. Hanya.. Mereka tidak kelihatan.

Kenapa? Kerna mereka juga seperti aku.

Ya, kau dapat lihat aku. Kerana aku campuran. Tak faham? Takpe, semua kuasa Tuhan.

"Apa termenung lagi tu? Dah jom. Nanti tak sempat nak makan."

Lengan bajuku ditarik, menggesa aku supaya cepat. Aku hanya menurut.

Jarang sekali aku membunyikan suara membalas kata. Bisu? Tak... Aku tak bisu. Cuma lebih senang berdiam diri.

Sampai di kantin, dia bawa aku ke tempat biasa. Jauh dari yang lain, sebelah tingkap.

Huhh... Keluhan panjang aku lepaskan. Aku bencikan kebingitan. Suara suara nyaring bercampur dengan kesesakan bangunan kecil ini, melemaskan aku.

Aku melemparkan pandangan ke luar. Kelihatan satu pohon besar. Aku gemar memerhatinya. Dapat kurasakan, ia punya kehidupan.

Kehidupan yang tidak sama dengan manusia...

Kenapa aku sering membandingkan sesuatu dengan manusia? Tidak. Aku tidak membenci mereka. Aku juga sebahagian dari mereka.

Namun tidak sepenuhnya. Kejadianku tidak sempurna.

Memang..Memang tiada manusia yang sempurna. Namun sudah ku bilang bukan, aku bukan manusia.

"Qis, nah."

Tanpa kata aku menyambut pinggan hulurannya.

"Qis, petang ni kita balik sama sama boleh? Iman ada game petang nie. Kalau boleh Iman nak Qis tengok Iman main. Boleh?"

Aku hanya memandangnya tanpa kata. Diam...

"Erm, kalau tak boleh takpelah."

Hampa.. Itu yang dapat aku baca dari hatinya.

"Iman."

Aku lemparkan senyuman setelah dia mengangkat muka.

"Boleh? Betul boleh? Thank you Balqis!"

Gembira mula terukir di hatinya.

Aku meneruskan makan.

Ya. Namaku Balqis...

***************************

Manusia. Kesenangan seseorang membuatkan mereka keresahan.

Padahal sudah dinyatakan, jangan dicemburui nikmat pemberian Tuhan.

Sulaiman yang sentiasa di sisi, sering mengundang kebencian. Mengapa?

Kerana mereka tidak senang aku mempunyai teman.

Benci? Mungkin.. Mungkin kerana aku sering memencilkan diri.

Aku lebih senang menyendiri.

Pelik? Ya. Mereka juga begitu. Aku dianggap pelik kerana aku..

Aku sering menyendiri, jarang sekali suaraku dapat didengari.

Dan kesimpulan yang mereka simpulkan buatku,

"Ya, Dia BUDAK PELIK."

Aku sering dibuli.
Selalu dikhianati.
Selalu disakiti.

Namun. Malas hendak ku ambil peduli. Kerana ku anggap, mereka hanya dengki.

Hati hati...

Dengki kau mungkin makan diri..

***************************

"Qis, tunggu Iman kat sini. Nanti habis game, kita balik sama-sama."

Dia berlari menuju ke arah teman temannya.

Aku melabuhkan duduk di bawah pohon rendang berdekatan padang bola sekolah.

Aku hanya melepaskan pandang ke arah mereka. Sekumpulan manusia, berkejaran merebut sebiji bola. Aku lepaskan ketawa.

Kenapa(?) Entah, bagiku ianya lucu. Mungkin kerana aku pelik.

Sedang aku melayan angin yang menghembus lembut mukaku, satu suara memanggil namaku. Entah arahnya dari mana. Seperti dibawa angin bayu.

"..qis.."

Sayu..Perlahan sahaja..

"..qis.."

Aku toleh ke kiri.. Kanan juga..

Senyum. Tiada manusia berdekatan...

"Balqis.."

Akhirnya jelas..

"Ya.."

Sahutku..

Hembusan angin bayu kembali menyapu pipi, menggugurkan sehelai daun tepat ke riba..

Sehelai daun. Hitam warnanya..

"Balqis! Jom,kita balik!"

Aku masukkan daun tersebut ke dalam poket. Bangun,dan sapu sedikit seluarku.

Aku dan dia, berjalan beriringan. Tanpa sebarang kata dari aku. Dia terus berbicara menceritakan permainannya.

"Balqis!"

Elok sahaja aku berpaling ke arah empunya suara, satu hentakan kuat mengenai muka.

Sakit..Pijar rasanya..

Kepala berpinar akibat hentakan tersebut.

Seperti yang dirancang, bola yang ditendang tepat mengenai sasaran. Mereka bersorak keriangan.

"Balqis! Ok tak?!"

Aku hanya menoleh memandang dia. Riak terkejut jelas kelihatan.

"Qi Qis..darah.."

Baru tersedar, ada sesuatu mengalir di hidungku.

Aku sapu dengan jari..

Hitam...

Darah hitam...

Aku pandang mereka yang semakin mendekat. Ternyata mereka juga tersentak..

Hati mereka masing masing berbicara.

"Da Darah.."

"Hi hitam.. Da darah ke tu?"

"Er er er.."

Aku hanya senyum, bola ku hulur kepada mereka. Salah seorang cuba meraih,namun keputusannya ditarik balik..

Aku unjukkan pada mereka. Akhirnya salah seorang memberanikan diri.

Sebelum pergi, aku tinggalkan pesan berserta senyuman.

"Hati-hati."

Tanpa perlu menoleh, dapat ku rasa, masing masing pucat lesi..

Aku terus berlalu pergi...

B.U.N.I.A.NWhere stories live. Discover now