4

234 3 1
                                    

"Baba...."

"Hurm."

"Putih atau hitam?"

Usapan lembutnya di kepala ku yang diriba pahanya terhenti. Dia merenung ke dalam lautan mata ku. Mencari kata kunci di sebalik soalan sambil kepala ligat mencari solusi.

Nafas ditarik lembut sebelum dia mengungkap jawapan berhiaskan senyuman.

"Hitam."

Aku diam. Wajahnya yang beriak tenang aku pandang.

"Kenapa hitam? Bukankah putih itu lebih mengindahkan."

Aku bangun lalu menghadapnya. Mengharapkan satu penerangan darinya.

Mengapa memilih hitam yang kelam sedang putih melambangkan keamanan. Mengapa hitam yang suram sedang putih mencerahkan pandangan. Bukankah hitam menggusarkan sedang putih menenangkan.

Bagai tercatit setiap butir fikiranku di awangan. Ayat dirangka memberikan solusi setiap pertanyaan.

"Putih memang melambangkan keamanan, namun dalam masa yang sama sayang, putih menandakan tewasnya perjuangan seseorang di medan peperangan hidup. Benar putih mencerahkan pandangan, namun silaunya putih mengaburkan pandangan insan. tidak dinafikan putih itu membawa ketenangan, namun ia mudah dinoda dengan warna kegusaran. Bagi Baba putih itu tidak selalu cantik, dan hitam itu tidak bererti kotor. Kerana putih kain kafan itu menakutka sedangkan keambu Ka'abah yang hitam itu menyenangkan pemandangan."

Solusi yang diberi penuh dengan maksud yang mendalam. Memerlukan seribu satu penghayatn bagi mengurai jawapan.

Belum pun sempat aku menuntut lanjutan jawapan, satu suara membantut harapan.

Suara yang sebelum ini mendamaikan, namun hari ini entah mengapa suaranya menghasilkan getaran ketakutan.

Baba senyum melepaskan pandangan ke arah empunya suara yang bertandang. Aku hanya merenung matanya dalam ketakutan.

"Pergilah sayang. Hilangkan ketakutan dengan satu penjelasan. Baba tahu Iman datang membawa penerangan dan Balqis juga harus damaikan hati Iman.

Kenapa harus aku damaikan hati dia sedang aku dalam ketakutan(?)

"Selami lautan pandangan Iman dan jawapan untuk Balqis akan terbentang."

***********************************************************************************************

***********************************************************************************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Sulaiman)

Hanya jemari runcingnya yang melekap di tirai itu mampu ditangkap mataku. Apa sudah terlalu benci untuk dia menatap lagi wajah ini(?). Apa tidak sudi untuk dia mengizinkan lagi mataku ini meliarkan pandangan ku, menyampaikan hasrat hati yang tidak terniat untuk dipendam ini. Bukankah perbicaraan kita melalui pandangan mata yang menyampaikan suara hati, bukan suaramu yang jiwa ini rindui, tapi bicara jiwamu yang aku tuntuti.

Figuranya keras tanpa berdiri, bersembunyi di sebalik kaburan tirai, namun aku tahu, hati lembutnya menuntut sesuatu. Aku hanya menikmati waktu itu. Mempersiapkan senjata kata untuk aku redahi lautan hatinya. Insan seistimewa Balqis pasti menuntut sesuatu yang mungkin tidak pernah terfikir oleh manusia. Kenapa manusia(?) Kerana aku tahu dia istimewa.

Nafas ku tarik sedalam dalam supaya tidak nanti aku lemas terdampar di dasar tanpa ku temui jalan keluarnya. Lalu aku hembus dengan niat agar tirai hati dapat ku selak meskipun hanya sedikit.

"Balqis Adam. 

Pemilik hati sedalam lautan. Pemegang jiwa setenang malam. Semua ditempuh tanpa getaran. Tembok yang dibina berjaya aku tempuh tanpa merobohkannya agar yang lain tidak akan melepasinya sewenang wenangnya. Saat aku berdiri di atas tembok itu, ku renung lautan yang saujana di pandangan, merenung dalam untuk mentafsirnya. Aku hanya berdiri tanpa berani mengusik lautan yang damai itu. Namun langkahku tergelincir dan aku tejatuh ke lautan itu, mengganggu ketenangannya, menghasilkan ombak yang memhempaskan diri ke bibir matamu, sehingga ia mengalir menodai suci wajahmu.

Namun ketahuilah ombak itu bukan sengaja aku hasilkan. Labuhkanlah layarmu Balqis. Ikutlah angin. Hanyutkanlah kapalmu wahai Balqis, kemana pun mungkin. Pejamkanlah matamu Balqis, dan luahkan aku. Disetiap kuntum bunga, aku tidak pandang warnanya, aku pilih yang harum baunya seperti kamu Balqis. Di hari nanti, andai engkau ingin aku pergi, aku mohon agar usah engkau berduka lagi.Namun aku harap sehingga nanti engkau setia menanti, seperti aku menanti untuk engkau bukakan hati.

Cubalah Balqis, tenung ke mataku, seperti selalu. Tafsirkan jiwa aku. Semoga engkau menembusi pintu hatiku. Pejamkan mata dan mulakan langkah perjalananmu dengan harapan agar bertemu jawapanmu. Jauh pun mana aku pasti di situ. Walau dah terputus jalan pencarianmu, bukalah mata kerana aku pasti disitu. Hulurkan tanganmu unntuk aku gapai kembali kerana meski kau pergi, aku sebenarnya ada, kerana aku sentiasa ikut sama di belakang mu. Palinglah untuk menuntut pendamai hati. Percayalah jawapanku pasti tersiap di sisi."

***********************************************************************************************

Jawapan diperlukan bagi menyembuhkan luka yang dititip. Jika tidak mahu luka itu membekas abadi dan menumbuhkan akar akar liar, sembuhkanlah dan jangan sekali kali kau lukainya lagi.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 14, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

B.U.N.I.A.NWhere stories live. Discover now