Cerita 3

7.4K 371 31
                                    

Cerita ni berlaku di rumah sewa. Masa tu tengah tahun akhir. Rumah sewa ni aku tinggal dengan kawan-kawan aku cuma masing-masing lain course jer.

Ada 3 bilik dalam rumah sewa ni. Rumahnya tak lah besar mana setingkat jer pon. Tapi kalau malam-malam memang sunyi lah.

Sepanjang setahun aku duduk rumah tu adalah jugak dengar bunyi. Tapi tak lah terlalu mainstream sangat.

Tak silap aku masa tu tengah study week. Aish bila study week lah 'diaorang' ni selalu muncul.

Bilik utama rumah sewa ni ada 4 orang duduk. Aku dengan 2 lagi kawan duduk bilik tengah dan lagi 2 orang duduk bilik dekat dengan dapur.

Kisah seramnye bermula dari kawan aku Ina. Dia ni suka sangat cakap dekat henfon bila maghrib. Entah mcm mana dah rezeki dia hari tu kena kacau. Haha Mula-mula benda tu main-main panggil nama jer. Tapi bila si Ina ni masuk je dalam dia tanya ada tak yang panggil dia masa dekat luar tadi, semua tak mengaku. So dia ingat memang kitaorang sengaja kacau dia. Padahal masing-masing tengah sibuk mandi, ada yang solat.

Esoknya si Ina ni bukak cerita. Diaorang satu bilik memang selalu solat subuh berjemaah. Tapi hari tu Ina ni tengah cuti. So Naim,Shida dan Ain jer yang solat sama.

Si Ina ni jenis cepat terjaga kalau dengar bunyi apa-apa pon. Masa dia terjaga dia tengok budak bilik tengah solat. Sepatutnya 3 orang jer yelah dia kan tengah cuti tapi yang dia tengok ada 4 orang tengah solat.

Tapi disebabkan bilik tu gelap dia tak nampak muka orang yang ke 4 tu. Bila pagi tu dia tanya dekat budak bilik yang 3 orang tu diaorang solat 4 orang ke. Terkejut lah masing-masing. Memang diaorang solat 3 orang je.

Sejak dari tulah setiap sorang dalam rumah tu termasuk aku sekali kena kacau. Kitaorang memang study dekat ruang tamu sampai jam 3 or 4 pagi. Malam tu semua tidur awal sikit, so tinggal 3 kawan aku yang tengah berjuang menghadap nota.

Dalam jam 3 pagi camtu. Kawan aku yang study dekat sofa dengar suara budak-budak bermain dekat tepi sliding door. Lepastu tak sampai berapa minit diaorang dengar bunyi perempuan menangis sayup jer. Bunyi macam jauh sangat. Orang tua-tua cakap kalau dengar jauh maknanya dia dekat dengan kita. Diaorang terus tutup buku dan masuk bilik nak tidur.

Aku pulak tak adalah kena kacau sampai macam tu cuma dengar orang panggil nama dekat tepi tingkap tu adalah. Asalkan jangan muncul depan mata aku sudah. Mahu pengsan gamaknya.

*Jangan lupa komen and vote yer.

SERAM TAK??Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt