Cerita 7

5.5K 269 14
                                    

Kisah kali ni diceritakan oleh kawan baik aku sendiri, Maya. Maya ni jenis yang hati kental sikit. Dia susah nak percaya benda-benda mistik ni. Sampai lah kena dekat diri sendiri baru lah dia percaya.

Maya ni kerja dua tempat. Siang kerja office malam pulak part time tutor dekat tempat tuisyen. Selalu habis tuisyen dalam jam 10 mlm. Rumah dia dengan tempat tuisyen tak lah jauh mana tapi disebabkan jalan yang nak dilalui tu tak ada lampu dan sunyi.

***

Malam tu kelas habis lambat dalam jam 10.30 sebab ada test. Masa turun dari tempat tusiyen tiba-tiba aku rasa angin kuat sangat lalu depan aku. Kebetulan kedai-kedai berdekatan tempat tuisyen tu semua dah tutup. Malam tu rasa sunyi sangat. Selalu nya mesti ada orang lalu naik motor ke tapi kali ni sunyi saja. Orang lalu lalang pon tak ada.

Aku fikir positif je lah. Terus masuk kereta dan drive balik rumah. Tengah dalam perjalanan balik tu radio yang aku pasang tertiba terpadam sendiri. Tapi disebabkan radio aku ni selalu macam tu, aku ignore jer. Tak sampai berapa minit radio on sendiri. Lepastu off on off on sendiri. Aku dah rasa cuak lagi-lagi jalan sunyi jer. Kereta aku saja yang ada di jalan raya. Nak hilangkan takut aku terus pasang cd yasin. Tak sampai berapa minit dengar macam ada orang ketuk tingkap belakang.

Masa tu memang cuba ignore lagi tapi kali kedua dengar lagi macam orang ketuk tingkap tapi bukan dekat belakang tapi dekat tepi tingkap aku saja. Aku pon terus kuatkan lagi bacaan cd yasin dekat radio yang aku pasangkan tadi.
Makin kuat cd yasin yang aku pasang makin kerap bunyi ketukan dekat tingkap.

Masa tu nak saja drive laju tapi disebabkan jalan gelap tak ada lampu jalan buat aku batalkan niat nak drive laju. Rumah aku tak lah jauh sangat dalam 15 minit perjalanan. Tapi malam tu rasa nak dekat sejam aku lalu jalan yang sama. Rasa jalan yang aku lalu tu panjang dan jauh tak ada penamat.

Baru jer aku nak baca ayat qursi tiba-tiba dengar suara perempuan ketawa. Sayup-sayup jer suara. Masa tu dah rasa nak terkencing pon ada. Tapi kuatkan diri ni jugak baca. Aku kuatkan bacaan cd yasin dan baca ayat qursi dan 3 qul. Masa tulah tiba-tiba aku ternampak ada perempuan duduk dekat seat belakang. Berpakaian serba putih tapi tak nampak muka. Dia tunduk saja. Masa tu dah tak fikir apa dah, terus drive laju nak sampai rumah cepat. Alhamdulillah tak sampai berapa minit jer dah sampai rumah. Masuk jer rumah terus jerit panggil ayah aku. Menangis-nangis aku cerita dekat ayah. Ayah aku terus keluar pergi dekat kereta tapi tak ada siapa pon dekat seat belakang. Pelik kemana perempuan berbaju putih tu pergi.

Lepas mandi dan solat isyak aku terus baring dekat katil rasa macam nak demam pon ada. Memang betul esoknya aku tak pergi kerja sebab demam. Tapi alhamdulillah tu lah first dan last aku kena kacau. Selepas tu setiap kali balik kerja dari tempat tuisyen mesti ayah atau adik aku yang ambik. Dah tak sanggup nak drive sorang malam-malam lalu jalan tu.

SERAM TAK??Where stories live. Discover now