Bab 12

8.6K 372 4
                                    


Aku berjalan selaju mungkin.
kalau dulu,orang lelaki yang lambat..
tapi,sekarang...aku yang terlambat!!!
Maigad!!!..setelah beberapa minit,
aku sampai ke destinasi.aku pergi ke
meja yang telah asma' beritahu..
seorang lelaki berkaca mata...

"Ehem2!!!"

Lelaki itu memandang.

"Dipersilakan duduk.."

Aku duduk.kepalaku tertunduk.aku taknak mulakan perkenalan ni..

"Nama saya...Mohd Luqman...bekerja di syarikat kawan awak,Asma'..."

Aku mengangguk.

"Nama saya Ayrien Wardiatul Asyfa..
bekerja sendiri di bakeri arwah ibu saya..."

Aku rasa tak sedap hati.aku pandang ke hadapan.lelaki tadi...tengah renung aku....errrr...

"Cantik nama awak..",katanya dengan suara yang menggoda..

Aku menelan liurku..Asma',
kawanku...kau kata dia ni jenis 'nerd'..mana 'nerd'nya...tak nampak pun!!! Aku memandang ke bawah semula...stop2 la pandang aku camtu,lelaki!!!

"Ayrien..."

"Huh?"

Aku memandang dia.dia laju membuka kaca matanya lalu mengenyitkan mata...mak aii!!!..main
kenyit2 mata la pulak!!!..bibirnya di basahkan lalu dia menggigit bibir bawahnya...terbuntang mata aku dibuatnya...ni nak goda aku ke apa ni?!!!.

"Cantik tangan awak...boleh saya sentuh???"

Gulp!!!.mati aku kali ni...aku
ligat memikirkan cara untuk loloskan
diri daripada terus berada dihadapan
lelaki ini...

"Maaf encik Luqman...tapi,kita kan ada agama...jadi,encik seharusnya faham yang status kita masih bukan muhrim..."

"Owh..kiranya tak boleh la ni???",laju dia bertanya..

Aku menghela nafas.

"Encik boleh fikirkannya sendiri..."

Aku lihat dia mengangguk.jelas
diwajahnya sebuah perasaan bengang.lelaki ni....nampak je 'nerd'..
Kalau dah keluar perangai dia ..Ya Allah,tergadai maruah hawa!!!..nasib
baik iman aku masih 'sado' lagi....
kalau tak....haish!!!!

"Alaa~ awak...sekejap je...please!!!"

Nafasku bagaikan terhenti.ah,
sudah!!!..mendesak la pulak!!!...laju
tangannya cuba menggapai tanganku.
Namun,oleh kerana kelajuan tahap dewa aku melarikan tanganku terlebih dahulu...dia gagal berbuat begitu...

"Mohd Luqman!!!..jaga kelakuan kau!!!",marahku lantaran rasa terancam yang makin mencengkam jiwa...

"Kenapa???..takut orang ramai tengok eh???..alaa~...takpe,kitakan couple!!!"

Nafasku sekali lagi bagaikan terhenti.
dah bila masa pulak aku couple dengan mamat nih?!..

"Ke....awak nak keadaan yang lebih privasi???..kalau camtu,jom ikut saya balik rumah..."

Katanya lalu mencengkam
pergelangan tanganku.okey,aku dah
bersabar sehabis mungkin.

PANGG!!!!

Satu tamparan yang cukup kuat
mengenai pipinya.suasana di restoran
itu menjadi sunyi sepi dan semua pelanggan dan pelayan memerhati
kan tingkah laku kami.

"Sial!!! Kau buat aku macam betina
takde maruah!!!..wei kalau kau nak
perempuan macamtu,kat luar tu berlambak la weyh!!!..jantan sial!!!
Pergi MAMPUS!!!!"

Aku melancarkan 'serangan'ku
lalu berlalu pergi dari situ.

"Ayrien wardiatul asyfa"

Aku berpaling.

"Kau ingat semudah tu aku lepaskan kau???"

Aku tak mengerti.namun,setelah
melihat dia mula mengorak langkah..aku terus berlari...semakin lama,semakin laju...aku lihat kebelakang...dia kejar aku!!!!

Aku berlari selaju mungkin.
cuba menyelamatkan diri daripada
jantan durjana itu...lututku semakin lemah dan larianku semakin perlahan.sedangkan dia semakin laju
mengejarku selaku habuan nafsunya
kali ini....aku rasa dah tak mampu.
tapi...aku tak boleh berhenti...kalau aku berhenti...aku 'MATI'!!!

Sebuah kereta berjenama Honda Civic berwarna hitam berhenti dibahu jalan.tingkap dibahagian sebelah seat pemandu diturunkan lalu kepala milik seorang lelaki menjengah keluar..wait2...aku
kenal dia...adik Hakim!!!

"Masuk dalam cepat!!!",teriaknya.

Aku terus membuka pintu di bahagian belakang lalu bergegas masuk.sebelum sempat lelaki tadi menghalang,aku laju menutup pintu dan pintu tersebut dikunci oleh si
pemandu.lelaki berkenaan sempat mengetuk kuat tingkap kereta sebelum kereta yang aku naiki meluncur laju meninggalkan lelaki tadi jauh dibelakang...aku tersandar
lalu air mata mengalir membasahi pipi...syukur padaMu,Ya Allah...

"Ayrien??"

Aku membuka mata lalu melihat gerangan yang memanggil.

"Hakim??.."

Pemandu kereta tersebut mengangguk.kaca mata hitamnya ditanggalkan.

"Oh God...syukur kau datang tepat pada masanya,Kim.."

"Kenapa lelaki tu kejar kau tadi?? Kau buat apa jumpa dia???..bukan ke kau sepatutnya ada kat bakeri kau ke sekarang ni???",tanya Hakim bertalu2...

"Chop2...kau boleh relaks tak,along??
kawan kau tu baru je lepas lari pecut..
degupan jantung dia tak normal lagi
tu!..so,bagi dia relaks dulu...bagi keadaan dia okey dulu and then kau tak sempat tanya pun dia dah cerita
kan segalanya,okey???",pintas Hafiz
seraya menepuk bahu abangnya itu.

Hakim mengangguk.

"Kau relaks la dulu,Ayrien....nanti dah
okey,kau cerita balik apa yang dah berlaku...",pinta Hakim sambil
memandangku melalui cermin pandang belakang keretanya...

"Sekarang ni...kita pergi ke bakeri kau dulu,okey???",tanya nya.

Aku mengiyakan saja kata2nya.
Penat.takut.serik.trauma.semua tu tengah menyelubungi diriku saat ini...
Perlahan2,aku terlena di dalam kereta itu...

Hakim's POV

Aku melihat Ayrien melalui cermin pandang belakang kereta ku.
Sedang terlena.mungkin penat agaknya.argh,takpe...nanti dah sampai aku kejut dia...

"Along.."

"Hurm"

"Kawan along tu tertidur la..."

"Abaikan...dia penat tu..."

"Dia tak kahwin lagi kan???"

Aku tergelak.

"Apesal kau tanya camtu???..hurm..
tak lagi..."

Hafiz disebelah memandang sinis ke arahku...

"Ade chance tu..."

Aku mengerutkan dahi...

"Chance ape pulak??"

"Jadi bini kau.."

Aku tergelak kecil.

"Ade2 je kau ni,Hafiz..."

"Aku tukang bagi pendapat je..kau
taknak ikut takpe..."

Aku terdiam dan teruskan memandu...sesekali,aku mengerling ke arah Ayrien melalui cermin itu...
Tuhan dah temukan aku dengan dia sekali lagi sebagai peneman setia..tapi
kenapa aku masih bertangguh???

Cinta Si Gadis Bakeri✔Where stories live. Discover now