Chapter 4

142 15 3
                                    

Sampai je kat homestay. Kami menginap di banglo 2 tingkat. Kaum perempuan ambil tingkat atas, meanwhile jejaka-jejaka tidur di bawah. Means ruang tamu lah. Aku masuk bilik terus rebahkan badan atas katil. Aku sebilik dengan Nisa dan Aini. Konon-kononnya nak tidur sekejap disebabkan masa dalam bas tadi si Fahrin tu tak berhenti bercakap, jadi aku pun layankan jela karenah dia. 

Lepas tu, Haidil balik homestay. Dia baru balik dari berjumpa dengan urusetia program. Dia suruh semua berkumpul dekat ruang tamu. Kami semua berkumpul, Haidil terangkan mengenai aturcara sukan. So, game kami team lelaki dan perempuan adalah di stadium yang berbeza. Lepas Haidil terangkan semuanya. Kaum hawa memenuhi ruangan dapur. Okey, now what should I do? Aku pergi dapur, tapi ramainya dekat dapur dan aku ni bukan pandai masak pun. 

Then, aku ambil port dekat depan TV dan duduk atas sofa, duduk sebelah Tina. Tina ni sangat baik dengan aku. Sambil tengok TV, kami bersembang. Lepas tu, Tina bangun. Jadi, aku duduk je atas sofa tu sebab aku tak tahu nak buat apa, nak pergi mana. Lepas tu, Fahim ambil port duduk sebelah aku. Tapi, jarak dia duduk dengan aku sangat jauh. Hahaha. Alhamdulillah, diorang tahu prinsip aku dan tak buat something yang aku tak suka. Lepas tu, dia bangun. Dia pun macam panas punggung. 

Lepas tu Faiz datang, keeper lelaki. Dia suruh aku beralih ke tepi sedikit dan dia duduk. Aku tak selesa time tu tapi aku tak tahu kenapa aku tak pergi. Aku confused. What should I do. Aku dengan muka tak malunya, still duduk situ sebab aku no choice. Takkan lah aku nak naik tingkat atas. Masuk bilik. Memang tidak sopan disitu. Fahrin pula pergi merayau ke mana entah time tu, tinggalkan aku krik krik sorang-sorang kat situ. 

Panjang umur dia, dalam aku duduk fikir pasal dia, dia muncul. Dia memang my truly savior. Dia datang dekat dengan aku, sambil senyum dan tanya aku ok . Waktu tu, hanya dia je yang memahami aku, care pasal aku, semuanya dia. Waktu ni kalau cakap buruk pasal Fahrin pun aku takkan percaya sebab dia terlalu baik terhadap aku. Lepas tu dia berlalu ke bilik, nak mandi katanya. 

Then, Fahim datang semula dekat selepas Faiz bangun dari sofa itu. Fahim datang, dia bertanya, "kau suka Fahrin?". Aku hanya menggeleng kepala. Dan dia berkata, "Kau tak payahlah suka dekat Fahrin tu, sebab kau sendiri tahu kan yang dia di skandalkan dengan Hanim. Kau jauhkanlah diri dari Fahrin tu." Aku pelik. Jujur aku cakap pelik. Takkan lah aku nak jauhkan diri dari Fahrin tu, dia banyak tolong aku. Tanpa dia,mungkin aku krik-krik sepanjang perjalanan ke Kuantan. Jujur aku cakap aku tidak puas hati. Apa salah aku? Bukannya aku nak bercinta pun dengan Fahrin. Fahrin tu sangat baik dan aku tak nak ambil kesempatan terhadap dia. Fahim ni pun satu. 

Apa entah masalah dia. Dah lah waktu training suka train aku. Hit bola kuat-kuat dekat aku, macam bencikan aku pula. Sikit-sikit sebut nama aku. Tahulah nama aku sedap. Eleh, dah lah usya Tina tak dapat. Ada hati nak suruh aku jauhkan diri dari Fahrin. Dia nak aku jadi macam dialah tu, forever alone. Menyampah!

Malam tu aku bersiap untuk keluar makan. Laparnya sampai tahap perut aku masuk angin. Serius tak tipu! Sampai aku terfikir idea tahap genius gila iaitu aku nak cucuk perut aku guna jarum .. Biar meletup macam belon, baru aku puas hati. Ha ha ha. Ye, nampaknya kelaparan tahap kebuluran ni telah menjadikan aku tidak siuman. 

Dalam bas, macam biasa Fahrin ambil seat depan aku. Dia tanya lapar ke tak. Gila tak lapar. Sebutir nasi pun tak masuk dalam perut aku ni. Aku makan jambu yang aku beli dekat RNR je harini. Tolong jangan tanya soalan yang boleh membuatkan aku K.O dekat situ juga. Sampai je dekat kedai makan, tanpa melengahkan masa, aku order Nasi Goreng Ayam dan air laici susu. Meja makan kami dicantumkan dan menjadi meja panjang. Boleh diibaratkan seperti meja makan di istana. Kononnya. Aku duduk tengah-tengah, antara Aini dan Nisa. Depan Fahrin. Hujung meja Zuhal. Zuhal dari hujung meja tu suruh kami pandang ke kamera dia untuk ambil gambar. Pergh. Confirm! Aku malu gila! Aku tak pandang pun. Aku fokus pada makanan. 

Lepas tu, naik bas terus perut aku sebu. Sah! Perut aku masuk angin. Sakitnya dan tak selesanya. Lepas tu, boleh pula bas tu main pusing-pusing sekitar Kuantan, aku memang rasa sakit hati time tu. Lepas tu dia berhenti dekat kedai runcit, waktu tu jam menunjukkan pukul 11 malam. Semua pakat keluar dari perut bas, aku pelik. Lepas tu, Fahrin ajak aku turun beli makanan untuk breakfast sebelum game esok. Aku pun ikutlah dia turun. Seriously, aku tepu. 

Aku tak tahu nak beli apa. Aku ikut jer budak-budak perempuan shopping, diorang beli barang masak untuk spagetti. Aku malas nak follow diorang. Aku ambil roti dan air mineral, bayar, lepas tu terus keluar dari kedai tu. Konon-konon nak pergi ke bas, tapi sekalinya aku tengok dalam bas semua lelaki. Aku terus tak jadi naik bus, aku tunggu depan kedai. Tunggu someone keluar dari kedai dan bolehlah aku naik atas bas. 

Tunggu punya tunggu. Muncul Fahrin depan kedai. Dia tanya apa aku buat depan kedai ni. Pergh, malunya. Dalam ramai-ramai orang, kenapa si Fahrin yang muncul. Aiyoo. Fate ke ni? Aku tak nak percaya okey. Aku pun cakaplah dekat dia yang aku tunggu someone untuk naik bas. Dia buat muka pelik dan terus senyum. Lalu, dia mengajak aku beriringan dengan dia untuk menaiki bas. 

Alhamdulillah, dia sentiasa ada untuk aku. Jadi, aku pun beriringan dengan dia menaiki bas. Naik jer bas. Pewwiiittt!!! "amboi Fahrin,mentang-mentanglah ada budak baru, terus mengayat." Aku tak pasti suara siapa, tapi malu dia hanya Allah jela yang tahu. Waktu tu aku lihat Fahim memandang tajam ke arah aku. Sungguh aku cakap, aku cuak. Tapi kenapa aku nak cuak? Dan sejujurnya aku tak selesa dengan keadaan tu. Aku terus duduk, Fahrin suruh aku ignore je cakap budak-budak tu. Aku hanya mampu tersenyum. 

Bas berjalan setelah semua orang menaiki bas. Aku pejam mata, perut aku sakit sangat sampai aku hanya mampu bersandar, tambah pula dengan malu yang aku alami tadi. Aku rasa macam ditenung, lalu aku membuka mata dengan penuh paksa. Alangkah terkejutnya aku tengok Fahrin tengah ambil gambar aku. Melihat aku terjaga, dia tersengih macam kerang busuk. Aish, nak kena ni. Saja la tu nak kenakan orang. Benci. Terus aku buat muka, geram!


My Love StoryDonde viven las historias. Descúbrelo ahora