Chapter 5

140 16 0
                                    

Hari pertandingan hoki telah tiba! Malam tadi aku tak boleh tidur, cuak punya pasal. Lepas breakfast, kami semua turun bawah. Malam tadi, ladies team adakan meeting. Jadi , kat situ aku cuba dan minta tolong diorang supaya main betul-betul dan defend dapat defend goal dengan selamat. Sulli, kapten kami beri semangat kepada aku dan walaupun aku takut dan cuak tetapi aku yakin aku boleh kalau ada sokongan dari team. Sulli kata main ni for fun, cari pengalaman, tak nak stress dan untuk dedahkan kami dengan game hoki yang sebenarnya. Sulli ni bekas pemain Malaysia, dia sama umur dengan aku. Dia pesan kita main dengan bermaruah dan cuba elakkan dari pihak lawan score lima goal dan kalau kalah sekalipun kita tak perlu malu sebab inilah permulaan bagi segala-galanya. Kata-kata dia membuatkan aku bersemangat dan cuba untuk menyelamatkan goal. In Shaa Allah, aku boleh buat. Hwaiting!!

Setelah habis game, kami terus menuju ke stadium game budak lelaki. Aku malu tetapi tiada apa yang memalukan sebab kata Sulli aku improved. Game pertama, kami kalah dengan 5-0. Game kedua, kami kalah dengan 4-0. Dan aku ada defend bola. Dan aku improved dari game pertama ke game kedua. Well, walaupun aku tahu aku tak sebagus mana. Tapi kata-kata Sulli tu seolah-olah menaikkan semangat aku. Dia yakin yang aku mampu memperbaiki diri dengan lebih baik lagi next time. Aku harap aku mampu melakukan seperti apa yang Sulli cakap. I'm hoping so. 

Sampai dekat stadium, seperti yang aku jangkakan. Mesti diorang akan tanya score, tapi semua memberi feedback positif, kecuali Faiz keeper lelaki. Geram pula hati kita. Nak ajak gaduh, badan dia lagi besar dari kita. Tak jadilah. Simpan dulu amarah tu. At least orang save bola hokeyh! Wei, jangan riak boleh tak. Ni first game untuk kau sejak kau berhenti time sekolah rendah dulu. Okey, aku sedar diri. Fahrin duduk sebelah aku. Aku nampak Fahim bercakap dengan seorang wanita. 

Johan cakap, "Eh, kepada gegirl-gegirl, meh sini salam dengan mak cik ni. Kot-kot lah boleh jadi menantu. Ni mak cik Fahim." Fahim diam seraya memandang ke arah aku. Okey, korang jangan fikir yang aku ni perasan tahap tujuh petala langit okey! Pada mulanya, aku pun tak nak perasankan diri aku ni. Tapi aku tak mampu. Sebab dia memang pandang aku. Waktu aku salam dengan mak cik dia pun, dia tengok aku. Dan yang paling lawak kat sini adalah mak cik dia nak bersembang dengan kami kaum hawa. Tapi macam tiada siapa yang perasan. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, lalu aku pun menawarkan diri untuk bersembang dengan dia. Dia tanya macam-macam soalan termasuk game tadi. Fahim senyap sahaja. Aku yakin dia lihat aku, tapi aku harap aku just perasan je. Lepas tu mak cik dia balik. 

So, aku boleh duduk dengan amannya. Haidil tanya dekat kami, team ladies, nak air tak? Kalau nak, dia nak ambilkan. Semua mengangguk dan dia berlalu. Kemudian, Fahrin tanya aku nak air tak. Aku cakap okey jer. Fahrin ambil air oren yang disediakan. Waktu tu, Haidil dah kembali dengan tangan yang full dengan air. Aku pun tolonglah dia. Awkward tapi kesian kat dia. Dia bagi aku satu cawan. Kemudian, Fahrin pun bawakan air untuk aku. Aku pun terima. Aku cuba untuk tidak terlalu perasan atau ada penyakit princess sick di sini. Cuma, aku terharu sebab senior-senior aku sangat baik.

Kami kalah tapi kami have fun seolah-olah kami menang. Lepas isyak, kami pergi ECM. Plan kami nak tengok wayang. Sampai sana, semua bersepakat nak tengok Avengers. Hip hip hurrey! Sebab akulah antara orangnya yang semangat nak tengok Avengers. Fahrin pujuk aku tengok cerita hantu. No way man! Tidak akan sesekali aku rosakkan experience aku yang first dengan melihat cerita hantu! Aku tak pernah tengok wayang sebelum ni. So, it's my first experience. 

Disebabkan cerita itu bermula agak lewat. Kami bersepakat nak main boling. Boling dengan aku memang tidak sehaluan. Titik! Diorang ajak aku join, tapi aku tolak dengan baik. Aku memang tak pandai langsung main boling. Langsung! Sama sekali tidak. Jadi aku hanya menjadi pemerhati. Fahim suruh aku pegangkan wallet and phone dia. Begitu juga dengan Fahrin. Haidil, Zuhal dan lain-lain tak ikut kitaorang. Diaorang buat hal diorang sendiri. Lepas tu, sepanjang diorang bermain. Fahim tak habis-habis suruh aku main under nama dia. Tak cukup Fahim, Fahrin pun suruh. 

Disebabkan Fahim begitu beria menyuruh aku bermain boling, aku terima jela. Tukar kasut. Well, orang lain pelik kenapa aku gantikan Fahim. Seperti yang aku dah jangkakan. Permainan aku sangat sangat teruk! Haha. Benda apa jer game yang aku pandai? Lepas tu, Johan ajar aku cara main. Fahrin pun sama. Nisa otai gila! Lepas tu, aku dengar Hakim cakap, "Eh, sejak bila Fahim jenis share benda dengan orang ni. Siap suruh budak baru ni main boling atas nama dia lagi." Aku tercengang, lalu aku memandang ke arah Fahim. Dia lihat aku sambil bercakap, "Aku malas nak main, biar dia je la main". Heol! Apakah ini? Aku senyap dan main jela boling tu tanpa bercakap banyak.

Kemudian, Nisa ajak pergi toilet, aku tanpa banyak bunyi, aku ikut je Nisa. Kembali semula ke tempat boling, tengok mereka semua sudah tiada. Nisa telefon Hakim bertanyakan di manakah mereka berada. Hakim cakap mereka dekat depan KFC. Ok, memang mall tu kecil je pun. Memang jumpa pun diorang dekat dalam Mall yang kecil tu. Lepas tu, Hakim suruh kami pergi dekat pintu utama, dia tunggu kami dekat sana. Aku dengan Nisa pun pergi ke sana. Aku ingatkan Hakim je yang tunggu. Rupa-rupanya Fahrin pun ada di situ. Dari jauh aku boleh nampak dia senyum dekat aku. Aku? Erk, perasan lagi ke ni? Sikit jer tak pe kan nak perasan. Hehe. 

Lepas tu, kami terus menuju ke KFC beli makanan, makan. Aku memang kelaparan waktu itu. Waktu kami pergi dekat meja diorang. Full. Meja panjang tapi dah full. Maka, terpaksalah aku, Nisa, Fahrin dan Hakim duduk dekat meja empat kerusi. Meja tu kecil. Pada mulanya aku ingatkan Nisa yang akan duduk tepi aku. Alih-alih dia duduk depan aku. Adoi, geramnya rasa! Lepas tu, Fahrin duduk sebelah Nisa. Means, Hakim akan duduk sebelah aku. Yang lawaknya, boleh dia minta izin nak duduk sebelah aku. Lepas tu, dia tarik kerusi jauh dari aku sebab dia kata dia tak nak buat aku rasa tidak selesa. Aku tersenyum dan terima kasih sebab memahami diri ini. 

Kami habis makan agak lewat dan rushing ke panggung wayang, kumpulan kami yang lain dah gerak ke panggung wayang. Sampai di sana, tinggal 4 kerusi dekat hujung. Hakim masuk dulu, kemudian diikuti oleh Nisa, then Fahrin. Lepas tu siapa lagi? Akulah... Aku target lepas Hakim masuk, Fahrin akan masuk. Tup tup Nisa pula yang masuk. Nak kena budak seorang ni. Sakit pula hati kita. 

Aku duduk. Fahrin hulur popcorn kepada aku. Aku tolak dengan baik. Dia kata ambillah. Aku ambil dan kemudiannya dia kata, ambillah lagi sambil meletakkan popcorn tu dekat stand kerusi. Aku risau kotak popcorn tu jatuh, jadi aku pun pegang pop corn tu, dia asyik gagau tangan dia dalam kotak tu nak ambil popcorn. Aku memang fokus dengan cerita Avengers. 

Pergh, Kapten America sangat hot! Walaupun mata aku fokus dekat skrin, tapi aku perasan mata Fahrin tertancap pada wajah aku. Aku tak selesa, aku tak tahu nak buat reaksi macam mana. Aku hanya mampu fokus ke skrin. Aku mula rasa tidak selesa, aku toleh ke arah dia dan dia masih lagi fokus pada muka aku. Aku bertanyakan dia kenapa tak tengok cerita tu. Dia kata dah tengok, baik tengok awak. Oh my! Ayat jiwang ke tu? Aku tak boleh adapt dengan keadaan tu. Aku biarkan je dia, aku sambung lihat semula cerita Avengers tu. 

Keluar dari panggung, semua membebel cakap cerita tu boring. Aku like what!? Best kot cerita tu. Fahrin tanya aku. "seronok tak layan cerita tu. Fokus je saya tengok awak tadi". Aku membalas, "Of course lorh.!" Lepas tu, aku ceritakan dekat dia pasal movie tadi. Dia tersenyum. Dia tanya aku, adakah ni wayang pertama yang aku tengok. Oh man! Mana dia tahu ni? Memang pun. Haha. Aku mengiyakan jela. Dia cakap. "First wayang awak adalah dengan saya." Dia senyum. Apakah? Aku buntu.

Hari ini adalah hari last kami dekat Kuantan. So, semua orang packing barang. Kami semua tunggu pak cik bas datang ke homestay kami. Aku lepaklah depan TV. Kali ni aku tak boleh duduk atas sofa, sebab lelaki dah conquer. Jadi, aku pun duduk depan TV. Dekat Nisa dan Syamil. 

Syamil suruh aku kalihkan TV ke cerita lain. Aku pun kalihkan TV ke saluran lain, tapi aku mengalami kesukaran sebab TV tu tiada remote dan aku kena tekan button dekat decoder Astro. Aku dah lah tidak pandai bab-bab ni. Lama juga aku tengok dan cari button yang aku patut tekan. Bila aku tekan, dan-dan suara nakal muncul, cakap, "Ha. Ha. Ha nak tekan apa tu?". Malunya! Lepas tu, Syamil suruh aku berhenti dekat channel kartun. What! Syamil yang master ni layan cerita kartun. Haha. Sumpah lawak!. 

Dan dan time aku berhenti kalih siaran, Faiz hentam aku. "Asal buka cerita kartun? Tukar siaran lain". Aku muka cuak gila, tak tahu nak buat apa. Aku tersepit antara Syamil dan Faiz. Syamil suruh biarkan je. Lepas tu, bila aku nak tukar siaran. Faiz kata. Saja jer nak gurau dengan kau. Haaa... Ini mendatangkan kemarahan yang mahakarya hebat! 

Bas pun sampai. Nisa pakaikan aku lipstick sebab dia kata bibir aku kering. Aku pun ikutkan jela. Dekat depan rumah, Zuhal tegur, "Awak pakai lipstick ke?". Aku jawab, "Hehe. A ah. Nisa yang pakaikan. Nampak sangat ke?". Aku terus padam lipstick guna tangan aku. Dia kata, "Eh, kenapa padam? Biar jela. Saya saja je tegur." Aku jawab, "Tak pelah. Tak selesa.". Dia tersenyum. Argh, malunya! Kenapa tegur? Sakit pula hati kita. Aigoo..

My Love StoryWhere stories live. Discover now