Chapter 31

152 17 4
                                    

5 tahun kemudian....

Aku menolak troli bagasi keluar daripada pintu KLIA. Yes! The smell of Malaysia. How I miss you Malaysia. 2 tahun di negara asing, meninggalkan orang yang aku sayangi bukanlah satu perkara yang mudah demi mendapatkan master. Ye! Aku berjaya menamatkan master aku di bumi kangaroo, Australia. Dari jauh aku nampak ada 2 insan yang amat aku rindui melambaikan tangan ke arah aku. Aku menolak troli bagasi dengan lebih laju. Tidak tertanggung dah rasa rindu aku terhadap mereka berdua. 2 insan berkenaan berlari mendapatkan aku. Aku melutut sambil mendepakan tangan.

"Mama....", jerit anak kecil sambil berlari ke dalam pelukan aku.

"Sayang mama. Rindunya mama dekat baby mama ni.", aku memeluknya dengan lebih erat.

Tak cukup dengan itu aku meleraikan pelukan dan mencium setiap genap wajah anak kecil itu. Betapa aku merinduinya. Betapa aku ingin mendengar panggilan mama keluar dari bibir anak kecil ini. Ye, anak kecil ini adalah anak pertama aku. Namanya adalah Bella. Aku tidak dapat menahan sedih, aku mula mengalirkan air mata.

"Bella sihat sayang?", tanya aku dalam tangisan.

"Bella sihat mama. Mama, why are you crying?", jawab Bella dengan petah.

"I'm just too happy to see you, my love.", aku memeluk Bella lagi.

"Ehem-ehem. Bella je ke yang awak rindu?", lelaki yang berada di samping Bella mula berdehem. Aku tersenyum melihatnya.

"Mestilah saya rindukan abang. Sangat-sangat.", kata aku sambil menyalami tangannya.

"Me too. I'm almost crazy missing you.", katanya sambil menarik aku ke dalam pelukannya.

"Me too..", aku membalas pelukan lelaki yang sudah halal buat aku.

Lama kami berpelukan. Melepaskan rindu yang tersisa di dalam hati. Betapa aku merindui anakku, Bella dan suami yang aku cintai sepenuh jiwa raga, iaitu Haidil.

"Papa. Papa lepaslah mama. Bella pun nak peluk mama.", merintih anak kecil itu.

"Hahaha. Sibuk jela anak papa ni. Papa pun rindu mama okey."

"Alah papa ni. Bella nak peluk mama juga."

"Hahaha. Dah la abang. Meh sini sayang mama.", kataku sambil mendukung Bella.

"Jom kita balik.", kata Hidir sambil menolak troli bagasi aku.

"Jom!", Bella menyahut kata papanya dengan menjerit.

Tangan kanan Haidil menolak troli, manakala tangan kirinya memeluk bahu aku. Betapa aku merindui suami aku.

"So, how Australia?", tanya suamiku.

"Fun! Macam biasalah. Nothing special.", jawabku bersahaja.

Sampainya di kereta. Haidil memasukkan bagasi ke dalam bonet. Aku memasuki kereta dengan Bella.

"Mama, Bella nak duduk dengan mama dekat depan.", merengek Bella.

"Tak boleh sayang. Bahaya!", tegur aku.

"Alah, mama... Bolehlah", Bella mula merengek.

"Nampaknya Bella betul-betul rindukan awak", kata Haidil.

"Bella. Nanti dekat rumah, mama peluk Bella puas-puas. Jangan Bella lari sudahlah."

"Betul? Mama janji?"

"Betul sayang. Sayang pakai seat belt.", arah aku,

"Okey mama!", jawab Bella dengan ceria.

Suamiku, Haidil memulakan perjalanan ke rumah. Tangannya mula merayau mendapatkan tangan aku. Lalu digenggamnya erat. E eh! Tadi kata Bella yang rindu. Ni apa kes, papa Bella pula yang beria. Haha. Comel betul suami aku ni.

"Papa!", jerit Bella.

"Ye, kenapa sayang?", tanya Haidil.

"Papa.. Mana boleh bawa kereta dengan satu tangan.", kata Bella.

"Hahaha.", aku hanya mampu ketawa.

"Papa tak apa. Papa kan terror bawa kereta.", kata Haidil.

"Okey.", jawab Bella.

Haidil memandang aku sambil tersenyum. Dia membawa tangan aku ke bibirnya lalu dikucupnya. Aku tersenyum memandangnya. Aku dapat menangkap bibirnya mengatakan "I love you". Hehe. Sweet jer suami aku ni.

Masih aku ingat di awal pernikahan kami. Aku terkejut apabila diberitahu mak aku yang aku dipinang orang. Aku solat istikharah. Akhirnya, aku tekad untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. Alangkah terkejutnya aku pada hari akad nikah bila mendapati lelaki yang menyalami tangan tok kadi adalah Haidil. Senior hoki aku di universiti. Ternyata selama ini dia menyimpan perasaan terhadap aku. Apabila kewangannya mula stabil, dia masuk meminang aku. Nampaknya jodoh aku memang dengan dia dan Alhamdulillah aku bahagia dengan dia. Sangat bahagia. Rupanya Haidil lah jodoh aku yang selama ini aku cari. Nampaknya, aku dengan hoki memang ada chemistry.

TAMMAT!!!!

My Love StoryDonde viven las historias. Descúbrelo ahora