Bab 8

803 21 0
                                    

"Alamak dia ni, tinggal telefon pula ..."

Hafeez membuat pusingan U untuk memulangkan telefon Aireen. Semasa dia sampai, dia buntu kerana tidak tahu tingkat rumah Aireen.

"Tingkat berapa ah?"

Dia menekan butang lif. Semasa lif itu turun, wajah Aireen terpampang di hadapannya. Wajah sayu itu menyebabkan Hafeez simpati.

"Kenapa ni?"

"Ibu halau saya ..."

"Jom!"

Hafeez menarik lengan Aireen dan menekan butang lif.

"Rumah awak tingkat berapa?"

"Empat."

Pintu lif terbuka.

"Mana rumah awak?"

"Sini."

Hafeez mengetuk pintu rumah Aireen. Puan Maria membuka pintu dengan tenang.

"Cari siapa?"

"Saya Hafeez Mikail. Bakal suami Aireen Aileena."

Puan Maria terkedu. Dia menjemput Hafeez masuk ke dalam rumah.

"Buat apa datang sini?"

"Ini mak Aireen?"

"Ya."

Puan Maria tidak pandang langsung wajah Aireen yang duduk bersebelahan dengan Hafeez.

"Makcik, Aireen tak bersalah dalam hal ini. Saya yang nak kahwin dengan dia."

"Makcik tak marahkan kamu, anak makcik tu. Nak sangat dengan orang kaya."

"Makcik, saya ikhlas mencintai dia."

Puan Maria menjadi serba salah.

"Kalau macam tu, ikut kamulah. Kalau dah kamu sayang sangat dekat dia. Makcik kena setuju juga dengan perkahwinan ni."

"Makcik tak jadi halau Aireenlah ni?"

"Tak ..."

"Terima kasih, panggil apa?"

"Ibu."

"Terima kasih, ibu."

Hafeez berborak sedikit dengan Aireen sebelum pulang.

"Kita kena terus dengan rancangan mummy. Kita kena kahwin."

"Tapi ..."

"Kenapa?"

"Saya ..."

"Awak ada teman lelaki?"

Aireen mengangguk.

"Nanti bawa saya jumpa dia, okey sayang?"

'OMG OMG! Dia main sayang dengan aku pula!!!'

Hafeez berjalan ke arah lif.

'Pusing belakang, pusing!'

Hafeez toleh ke belakang dan melemparkan senyuman yang manis kepada Aireen.

'Argh ya Allah ... Astaghfirullah! Zina woi zina!'
---------------------------------------------
"Aku terima nikahnya Aireen Aileena binti Khalid Zahidi dengan mas kahwinnya RM12,000 tunai."

'Khalid Zahidi? Macam pernah kenal ...'

Getus hati kecil Puan Sri Dzaskia.

"Mummy ..."

Aireen memegang bahu mentuanya.

"Aireen. Ada apa?"

"Jomlah makan dulu."

"Pergilah dulu. Mummy nak rehatkan minda sekejap."

"Okey."

'Khalid Zahidi?'

You're The OneWhere stories live. Discover now