Dua Belas

152 2 0
                                    

Selepas 3 tahun berlalu, Zahiril Aydan dan Amani akhirnya sudah menghabiskan pelajaran mereka di Universiti Oxford . Zahiril Aydan telah berjanji kepada Amani selepas pulang ke Malaysia dia akan membawa Amani berjumpa dengan kedua ibu bapanya.

"Assalamualaikum bu, esok orang nak balik Malaysia dah. Lepastu, orang nak kenalkan kat ibu sorang mat saleh ni," gurau Zahiril Aydan dengan ibunya yang sudah lama tidak dihubungi.

" Waalaikumsalam . Dah nak balik ya,nak. Nanti ibu jemput kat KLIA ya," jawab ibunya.

"I takut lah nak jumpa orang tua you , camne kalau dorang tak suka I ? Yelah I ni kan freehair," kata Amani.

"Takdalah. Okay je, ibu dengan abah saya okaylah. Don't worry ,okay? Saya yang nak kahwin dengan awak, bukan diorang," kata Zahiril Aydan.

~

Zahiril Aydan dan Amani sudah pun tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur dan sebaik sahaja mereka tiba, ibu angkat Zahiril Aydan sudah pun berada di tempat ketibaan.

"Ibu, kenalkan ni Amani, girlfriend orang," kata Zahiril Aydan kepada ibunya.

"Cantiknya. Muka Amani macam Aydan lah, jodoh kuat ni. Esok datang lah rumah makcik, ya. Kita makan-makan sekali," kata ibu.

Amani bersalaman dengan ibu Zahiril Aydan. Kemudian Amani membawa Zahiril Aydan bertemu mamanya pula.

"Ma, kenalkan ni Zahiril Aydan, boyfriend Amani," Amani memperkenalkan Aydan kepada mamanya .

Waktu itu Sofea telah merasakan sesuatu, naluri seorang ibu tidak pernah menipu. Sofea bersalaman dengan Zahiril Aydan.

"Alahai, kacaknya boyfriend Amani!" Sofea memuji Zahiril Aydan di depan Amani .

TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now