Tujuh Belas

200 1 0
                                    

"Amani! Tunggu , jangan pergi," teriak Zahiril Aydan dan dalam pada masa yang sama dia cuba mendapatkan Amani.

Akibat terlalu terkejut dan malu, Amani berlari keluar daripada rumahnya. Dengan busana pengantin yang masih lekap dibadannya . Amani tetap berlari keluar. Semua tetamu terkejut dengan perkara yang terjadi.

Amani berlari ke jalan besar dan telah dilanggar oleh sebuah kereta dengan tidak sengaja. Zahiril Aydan tidak sempat menyelamatkan Amani daripada dilanggar kereta.

Zaharil Aydan menjerit dan memanggil Amani. Dengan pantas dia menuju ke tempat kejadian dan segera mendapatkan Amani.

" Amani , awak tak boleh tinggalkan saya macam ni!" jerit Zahiril Aydan sambil merangkul tubuh Amani di dalam dakapannya.

Kepala Amani berlumuran darah . Amani dibawa ke hospital. Namun tidak dapat diselamatkan.

~

"Innalillah'' sebak namun terpaksa menerima hakikat bahawa Amani sudah tiada lagi di dunia .

Abah Zahiril Aydan telah menceritakan segalanya kepada Sofea tentang macam mana Zahiril Aydan boleh berada dibawah jagaan nya . Encik Irfan langsung tidak tahu menahu bahawa ibu kandung Zahiril Aydan adalah Sofea .

TAKDIR KITAWhere stories live. Discover now