bab satu

1.2K 21 1
                                    

Perlahan lahan Kamel Ridzuan diangkat . Dibawa kedalam pelukan . Sungguh tatkala ini seraut wajah anaknya itu begitu mengingatkannya kepada lelaki yang dicintai setengah mati . Air matanya gugur untuk kesekian kali .

Bukan dia rela meninggalkan lelaki itu namun kerana kebencian seorang bapa mertua dia pergi membawa hati yang begitu lara .

Kini dirinya jauh merantau ke negeri orang . Hidupnya kini adalah hidup seorang yang telah mati . Bapa mertuanya begitu pandai membina strategi . Kematiannya direka reka seolah olah kehidupannya tiada makna . Kesedihan mula bertapak lagi dihatinya .

Biarpun sudah hampir dua tahun dia menyembunyikan diri namun hatinya tak pernah melupakan tragedi yang hampir meragut nyawa dia dan anaknya .

Kerinduan terhadap suaminya yang terpaksa ditinggalkan sudah sebati dengan dirinya . Tiada apa yang boleh dilakukan kerana bapa mertuanya mengawal ketat dan sentiasa dapat menghidu niatnya untuk bertemu suaminya .

Kenangan suaminya yang nakal dan sentiasa mengusik dirinya sehingga dia jatuh cinta dan mengahwini lelaki tersebut merupakan kenangan yang paling manis sepanjang kehidupannya . Dia termenung memikirkan masa depan yang bakal dilaluinya .

"Hoi ! Termenung je kerja kau perempuan"

Lamunannya dikejutkan dengan kehadiran teman sebiliknya yang merupakan teman baiknya yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang .

"Eh Llena aku lapar lah ! Jum kita pi mamak hujung jalan tu . daripada kau dok tercongok termenung baik kau ikut aku. Haa bagus tak plan aku ? Dah jum!"

"Ishh Eiman kau tak nampak ke anak aku tidur ni . Kau ni kan!"

"Alaa jomlah ! Kita bawak anak kita ni naik kereta tolak dia tu"

tidak ingin memanjangkan cerita dia pun mengikut langkah temannya sambil meletakkan anaknyaa yang sedang lena ke dalam kereta tolaknya .

Eiman dan firra merupakan teman rapatnya sejak dia menjejakkan kaki ke sini lagi . Pada ketika itu dia mencuba untuk membuka pintu rumah sewanya sambil memegang Kamel , dan Eiman yang melihat kesusahannya untuk menolak pintu serta merta membantunya . Firra pula yang beriringan dengan Eiman mengendong Kamel dan mereka terus jatuh cinta dengan anak kecil yang begitu comel itu .

Oleh kerana sikap mereka yang cepat mesra dan kasih sayang mereka yang sudah tumpah kepada ibu tunggal dan anaknya itu , mereka mengambil keputusan untuk pindah masuk bersama Ollena . Ollena sama sekali tidak membantah memandangkan dia pada ketika itu sangat memerlukan teman .

Mereka tidak pernah sama sekali mengetahui kisah sebenar dirinya yang berkahwin dengan jutawan lalu disuruh menjadi orang mati oleh bapa mertuanya sendiri . Apa yang mereka tahu , dia telah dirogol dan telah melahirkan seorang bayi .

Kadangkala mereka turut musykil kerana anak itu terlalu kacak dan mereka tertanya tanya siapa perogol itu . Kerana sudah semestinya perogol itu merupakan orang yang terlalu kacak . Mengenangkan hal itu Ollena tergelak sendirian .

'Memanglah kacak , perogolnya orang kacak juga'

dia tergelak lagi .

"Eh kau ni pahal tadi termenung , sekarang tergelak pulak . Aku rasa kau ni dah gila . Kau dah tak selamat dengan anak aku . Nyah kau !"

Eiman tergelak ketika bergurau dengannya . Eiman dan fira merupakan ibu kedua dan ketiga anak Ollena memandangkan mereka sudah terlalu menyayangi Kamel . Sudah tentu Ollena tidak kisah kerana dia tahu anaknya tidakkan merasai kasih sayang sorang bapa jadi biarlah dia menumpang kasih dengan dua lagi ibu yang ikhlas menyayanginya .

Sesungguhnyaa Ollena merasa beruntung memiliki kawan seperti fira dan eiman . Sejak mereka pindah masuk , Ollena tidak perlu lagi memikirkan hal bayaran rumah sewa . Firra yang merupakan anak Datuk Muizz telah membeli rumah itu dan kini mereka duduk tanpa perlu memikirkan hal rumah sewa .

ANDAI KAU MEMANG UNTUKKUOnde histórias criam vida. Descubra agora