bab tiga

411 17 0
                                    

Satu hari suntuk Ollena cuba melarikan diri dari apa apa pekerjaan yang berkaitan bilik meeting . Takut sungguh andainya suaminya itu bersua muka dengannya . Tidak tahu apa reaksi suaminya nanti .

Dia bukan tak tahu selama setahun selepas pemergiannya , suaminya itu berubah menjadi pemurung , menjadi pemarah dan selalu bergaduh dengan sesiapa sahaja yang mencari pasal . Lelaki itu menjadi seorang lelaki yang derita . Terlalu banyak yang ditanggungnya . Kehilangan dirinya yang sedang sarat mengandung pada waktu itu pasti lebih menambah parah dihati suaminya itu . Namun dia pasti jodoh pasti tidak akan kemana .

Suatu hari nanti dia akan menanggung amarah dan benci suaminya itu . Suatu hari nanti akan dia rayu untuk kasih lelaki itu . Suatu hari nanti dia pasti akan kecapi bahagia . Itulah harapan yang disimpan setinggi gunung .

Bilakah , kekejaman bapa mertuanya akan berakhir ? Entahlah dia pun tak pasti .

Datuk Johari , lelaki itu terlalu tamakkan wang ringgit sehingga sanggup untuk mengugut Ollena untuk melepaskan Fared jika tidak Fared akan menjadi derita tanpa satu sen pun , dan dia akan pastikan tiada satu tempat pun yang akan menerima suaminya bekerja . Ollena tahu suaminya itu tidak pernah hidup susah dan dia tidak mahu menjadi batu penghalang suaminya mengejar cita cita .

"Aku nak air yang baru , air ni terlalu manis . kau nak bunuh aku ke apa?"

Ollena yang sedang duduk dipantri tersentak apabila seorang lelaki dengan kasarnya mengkritik air yang dibancuhnya . Ollena berpusing untuk melawan namun lidahnya kelu dan dia terkejut apabila lelaki yang dipuja puja berada di hadapannya . Namun dia sedaya upaya beriak tenang .

Suaminya diperhati . Lelaki itu langsung tidak terkejut melihat dirinya . Ini menambah lagi tanda soal dalam dirinya . Apakah suaminya telah melupakan dirinya ? Apakah suaminya tahu bahawa dia masih hidup ? Apakah suaminya sudah mempunyai teman hidup baru ?

Dia mengeluh .

"Hey ! Kau mengeluh apa ? Tukar air aku sekarang kau faham tak ? I said now ! !"

Terkejut Ollena diherdik suaminya . Dengan pantas dia mengambil mug ditangan suaminya dan membancuh air kegemaran suaminya . Namun apabila dia berpusing semula , suaminya hilang dari pandangan .

Tanpa membuang masa dia menghayunkan kaki ke bilik meeting . Dari situlah bermula kisah hidup penuh onak dan duri seorang insan tabah bernama Ollena .

ANDAI KAU MEMANG UNTUKKUWhere stories live. Discover now