bab dua

521 22 0
                                    

Ollena tergopoh gopoh . Ini kali yang kedua dia terlambat sampai ke tempat kerja . Kamel demam dan meragam menyebabkan Ollena terpaksa bawa anaknya ke klinik berdekatan .

Dalam tergesa gesa dia masih merisaukan kondisi anaknya walaupun Firra telah meyakinkan bahawa keadaan Kamel tidak serius . Kamel merupakan nyawanya jika Kamel dalam sakit dia juga turut merasakan sakit , begitu sekali sayangnya dia terhadap Kamel .

Selain itu , hanya Kamel yang menghubungkan dirinya dan suaminya yang dirindui setengah mati .

Bosnya Encik Kang sudah menunggu di depan pintu . Siapa tak kenal Encik Kang lelaki singa yang begitu digeruni . walaupun hanya dua kali lambat , dia dapat merasakan bahang yang bakal bertamu . Apakan daya ? Ditahan sahaja telinganya .

"lu lagi Ollena ! Kenapa lu lambat ini kali ! Apa lagi alasan lu aaa !"

Matanya dijegil bagi menambah impak kegerunan kepada para pekerja . Namun Ollena tahu bosnya itu begitu baik hati . Kalau tidak masakan Ollena sentiasa dibenarkan balik awal setelah dia tahu bahawa Ollena merupakan ibu tunggal . Gaji Ollena sentiasa ditambah walaupun Ollena tidak melakukan kerja yang berat . jauh disudut hati , Ollena begitu menyayangi bos nya itu .

"Maaf Encik Kang anak saya sakit tadi . Saya hantar dia ke klinik"

Ollena tertunduk diam tidak berani menentang mata bos nya itu .

"Haiyaa lu aa amoii . Sudah sudah lu tak perlu buat delama lagi disini . hali ini kita ada tetamu besar ooo . Nasib lu tak lambat sangat . Lu jangan buat ini pelangai lagi aa . Lu ada faham ka?"

"Baik Encik Kang"

"Dah lu pergi siap sikalang. Pergi siapkan itu bilik meeting ."

Ollena dengan pantas menukar baju kerjanya dan mengikat rambutnya yang panjang . Ramai yang menyimpan hati terhadap Ollena kerana paras rupanya yang begitu comel . Ketinggian yang begitu ideal membuatkan dia persis model apabila berjalan dan menarik mata sesiapa sahaja yang memandang .

Dia menelek wajahnya untuk kali terakhir di cermin dan dia berpuas hati . Dia bergerak pantas kearah bilik meeting dan memulakan rutin hariannya mengemas dan menyusun air di atas meja meeting yang selalu digunakan oleh ahli koperat untuk meeting syarikat mereka . setiap kali itu lah datuk datuk tidak kira yang tua mahupun yang muda mencuba nasib namun ditepis baik olehnya . Tiada siapa dapat menggantikan suaminya . Itu ikrarnya .

"Syer saham 20% sepatutnya kau dah beli Raff , apa dah jadi ni ! Saham tu patutnya dah jatuh atas tangan kita ! Aku tak kira aku nak kau uruskan sekarang . Yang lain kita dah boleh meeting sekarang . Kau Raff uruskan syer tu aku taknak dengar alasan dah kau faham tak?"

Ollena diam membeku . Dia mendengar suara lelaki yang benar benar dikenali . Cuma kali ini suara lelaki itu begitu tegas dan garang . bukan lagi lelaki yang pernah dikenalinya . Lelaki yang dulunya penuh dengan kesopanan , tidak suka membentak orang sesuka hati .

Ollena pantas keluar dari bilik tersebut melalui pintu belakang . Nasib nya begitu baik kerana dia tidak sempat untuk bertembung dengan lelaki itu .

Setelah memastikan semuanya selamat dia kembali meninjau melalui pintu belakang itu . Hatinya begitu hancur luluh melihat lelaki yang dicintainya itu dari jauh . Sungguh pada katika itu ingin sahaja dia mendakap erat tubuh suaminya yang mulai susut namun masih kelihatan segak . apa yang dia perhatikan tiada senyuman terpalit di wajah kacak itu .

Dia terus tenggelam dalam wajah suaminya itu . Airmata menitis di wajah bersihnya .

Fared Mikail . Siapa yang tak kenal ? Jutawan muda yang begitu kacak dan berjaya di bumi Malaysia ini . Dari nama sahaja dah boleh tahu betapa ramai yang menggilai jutawan itu . Namun dalam berjuta manusia jutawan itu memilih Ollena .

Ollena ? Nama itu hanyalah nama yang dicipta oleh bapa mertuanya . Nama sebenarnya kini sudah dibawa bersama jasad yang menggantikan dirinya dalam kemalangan itu . oleh itu , sudah pasti suaminya tidak dapat menjumpai dirinya .

Sungguh tragis kehidupan gadis bernama Amalya Ally . Kematiannya dipermainkan . Namun kerana cintanya yang begitu agung terhadap Fared Mikail , dia melepaskan lelaki itu pergi . Kini jasadnya terperangkap dalam nama yang kini sudah sebati dengannya . Ollena Bahrin .

Matanya yang begitu leka memandang wajah suaminya itu tiba tiba menjadi kelu apabila lelaki itu turut bertentangan mata dengannya . Lelaki itu memandang tajam kearah Ollena . Dia yang takut terus melarikan diri . Berharap agar lelaki itu tidak syak akan apa apa yang pelik .

Dia melangkah lagi membawa hati yang lara . Dalam diam dia menjerit . menjerit akan satu kesakitan yang terpendam . Namun tiada siapa yang mendengar . Itu adalah pasti .


ANDAI KAU MEMANG UNTUKKUWhere stories live. Discover now