Rosnah tukar posisi duduk lagi. Masuk ini, sudah beberapa kali dia menukar posisi duduknya. Tapi, tiada satu pun yang dapat memberi ketenangan kepadanya. Makin membuatkan kepalanya berserabut lagi ada.
Matanya masih lagi melekat pada kaca televisyen. Tapi, cerita disiarkan ketika itu langsung tidak menarik minatnya. Alat kawalan televisyen diambil dengan rakus. Dan terus saja jarinya menekan butang alat kawalan. Mahu mencari cerita lebih menarik.
"Jangan! Jangan bunuh aku!"
"Perempuan sundal macam kau, layak mati saja!" tempik satu watak lain pula.
Rosnah kejung di situ. Dialog watak itu mengembalikan kejadian lama yang mahu dilupakan.
"Aku rayu pada kau...tolonglah..."
"Kau dah rampas semuanya daripada aku. Jadi, kau selayaknya mati saja! Perempuan sundal!"
"Tapi, aku difitnah! Aku tak pernah kenal dengan suami kau..."
"Penipu!
"Aku..."
"Diam kau, Sutinah!"
Su...tinah?
Anak mata Rosnah langsung tidak berkelip dari memandang skrin kaca televisyen. Rahangnya jatuh. Dek terkejut bila mendengar sepatah nama meniti di mulut watak itu. Dan alat kawalan turut terlepas dari pegangan tangannya.
Tak...tak mungkin! Aku silap dengar, kan?
"Kau memang perempuan sundal, Sutinah!" tempik watak itu lagi.
Prang! Rosnah dikejutkan dengan bunyi kaca pecah dengan tiba-tiba. Dia bingkas bangun dari tempat duduk. Anak matanya sudah terarah tepat pada ruang dapur. Yakin, bunyi itu datang dari dapur.
Tapi...bunyi kaca apa pula yang pecah? Dan paling penting, siapa pula yang berada di dapur? Sedangkan, ketika ini dia cuma berseorangan saja. Nabila pula sudah kembali ke Ipoh. Suaminya pula di tempat kerja.
Rosnah merasa meremang dengan tiba-tiba. Bulu romanya juga sudah tegak berdiri. Nak lagi bila teringatkan babak disiarkan pada kaca tv sebentar tadi. Babak itu hampir sama pernah dialaminya lama dulu. Dan sebaris nama yang meniti di mulut watak itu juga sama.
Sutinah...? Kebetulan apakah ini? Huh! Tak mungkin itu Sutinah. Sutinah sudah lama mati. Itu...itu pastinya kucing. Ataupun mungkin juga pencuri. Hati Rosnah berhujah sendirian. Yang mahu menyedapkan hatinya sendiri.
"Si...siapa?" tanya Rosnah dalam takut-takut.
Diam. Tiada sebarang suara kedengaran.
"Siapa tu? Aku dah telefon polis. Baik kau keluar dari sini sebelum polis datang!" soal Rosnah lagi. Kali ini, dia paksa diri untuk keraskan suaranya. Tidak mahu tunjukkan dia sudah ketakutan di situ.
Diam. Tetap tiada sebarang bunyi atau sahutan dari dapur. Lagaknya, seperti tiada sesiapa pun di situ.
Dan bunyi didengari tadi, apa? Tak mungkin aku tersalah dengar!
Perlahan-lahan, Rosnah melangkah ke belakang. Kalut jemarinya mengapai telefon tangan terletak di atas meja. Nombor telefon suaminya terus saja dicari dan ditekan.
"Abang! Abang kat mana? Balik cepat, bang!" ujar Rosnah sebaik sahaja mendengar suara suaminya di hujung sana.
"Kenapa ni Ros?"
"Baliklah, abang! Ros takut!"
"Takut, apa pulak ni?"
"Baliklah abang..."
"Abang dekat depan rumah ni, hah. Dah sampai pun."
Tanpa sebarang kata, terus saja Rosnah matikan telefon. Dan langkah kakinya sudah diarahkan pada pintu rumah. Daun pintu dibuka kasar. Lagak Rosnah, seperti sudah tidak sabar untuk melihat suaminya.
"Abang!" jerit Rosnah sambil berlari anak mendapatkan kereta suaminya.
ps : Nah! Apa kata korang? Agaknya...apa sebenarnya yang sudah berlaku? Betul ke Sutinah datang menghantui Rosnah? Tapi, kenapa? Ahaks!!!
Macam biasa, tinggalkan komen dan makasih juta-juta lemon sebab setia mengikuti citer Sutinah sejak dari awal. Wah!

YOU ARE READING
Sumpah Sundal Sutinah
Horror"Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" BLURB - (buat pertama kalinya penulis tepek blurb. Sebelum ni tanpa blurb, tapi kalian tetap gigih tunggu tiap bab. Terharu!!!) "Roh orang yang sudah mati, jangan diseru!" Setiap warga Hospital Prima tahu...