Bab 1

79.1K 2.4K 49
                                    


"Ika bangun! Haiss, hari-hari nak kena kejutakan bangun pergi sekolah anak dara ayah ni" bebel ayah.

Aku sendiri rasa ayah dah naik bosan bila 5 hari seminggu kena kejutakan anak dara dia bangun mandi nak pergi sekolah. Malas wei malas.

"hmmm, akak otw nak bangun ni. Jap ayah jap"sambung aku.

Akak? Aku gelarkan diri aku kakak sebab aku anak sulung daripada 2 beradik. Tapi kalau ada kakak dan abang aku. Gelaran aku akan bertukar daripada akak ke acik. Hehe

Sebab apa kena tukar? Sebab ibu ayah aku ada jaga anak angkat 3 orang. Sorang lelaki dua orang perempuan. Tapi kakak-kakak aku dah kahwin. Tinggal abang aku sorang je belum.

Kesiankan dia? Sebenarnya abang aku pernah tunang, tapi tunang dia curang. Biadapkan tunang abang aku tu. Tapi dalam diam sebenarnya abang aku dah ada pengganti. Cun meletop wei awek baru dia. Walahhhh!

"ika ni tak habis-habis dengan otw dia hari-hari. Kalau ayah geram kang, ada yang kena simbah dengan air nanti"

Nak kejut aku bangun tidur memang senang je. Ayah atau ibu hidupkan lampu dan matikan kipas. Bebel - bebel sikit nanti aku bangunlah. Senangkan. Hahaha. Tapi kadang-kadang aku terlajak juga. Dah bangun, lepas tu tidur balik.

Aku adalah anak yang menguji kesabaran ibu ayah aku. Yeahh

"okehlah, ika bangun ni" sambil mengeliat aku bangun dari katil. Sumpah malas gila wei nak pergi sekolah. Hari-hari terakhir nak pergi sekolah? Kau ingat ada cikgu nak ajar? Buka meja dan bergosip jelah sebenarnya motif aku datang sekolah hari ni.

Hari ni hari khamis. Hari khamislah antara hari yang aku tak sabar nak tunggu. Sebab teman lelaki aku akan ambil aku dari sekolah setiap hari khamis. hehe

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now