Bab 54

22K 641 17
                                    

Hari ni aku kena bangun lebih awal dari biasa. Kena siapkan sarapan untuk Afi awal sebab dia nak pergi Iskandar lepas subuh. Sebelum subuhlah aku bersilat kat dapur. Dah siap buat sarapan, naik atas nak kejutkan Afi. Lagipun azan subuh dah berkumandang.

Lepas solat, Afi siap-siap nak pergi outstation. Alahh, sedihnya kena tinggal sorang-sorang.

"Sayang macam biasa" afi hulurkan tie

"Mehh sini" aku pakaikan tie

Semasa aiqa pakaikan afi tie, sempat dia tenung muka tenang isteri dia. Muka yang dia tak dapat tatap untuk sementara waktu, dia akan selalu rindu dengan aiqa. Dia jarang berpisah dengan aiqa, jadi bila terpaksa berpisah walaupun sementara, sakit rindunya tak tertahan.

Kalau tak disebabkan Aiqa pregnant sekarang ni, dia dah bawak dah isteri dia pergi Iskandar untuk teman dia. Dia tahu isteri dia nak berjalan sekarang ni pun dah tak larat, sebab tu dia tak bawak Aiqa. Aiqa cepat penat lagi-lagi baby sedang membesar dalam perut tu. nasib baiklah kandungan pertama ni tak banyak meragam.

"Thanks sayang" afi cium pipi aku macam biasa masa aku pakaikan tie.

"Most welcome dear. Okay done! Dah handsome dah suami sayang. Wangi lagi. Jangan gatal-gatal ea nanti kat sana. Kalau papa report abang gatal. Siap abang"

Afi dari pelbagai sudut aku pandang dia memang sentiasa handsome. Afi seorang yang kemas dalam pelbagai perkara terutama pakaian dia. Kemana-mana dia pergi mesti nak nampak handsome walaupun pergi kedai depan tanam.

Nasib baiklah aku bukan jenis isteri yang cepat cemburu bila perempuan lain tengok suami aku yang handsome ni. Untungnyalah aku dapat suami yang handsome macam afi.

"Haha, I swear tak akan menggatal dengan mana-mana perempuan kecuali kekasih hati yang gemok kat depan ni" afi ciut hidung aku.

"haha, I swear too tak menggatal dengan mana-mana lelaki kecuali kekasih hati yang kacak bergaya kat depan ni" aku peluk erat lengan Afi.

"Jom sarapan. Abang takut lambat je. Takut jam"

Afi pandang jam sambil berkira-kira masa untuk dia sampai ke Iskandar nanti. Dia perlu sampai ke sana sebelum jam 10 pagi. Nasib baiklah ada kemudahan Highway. Haraplah tak jam.

"okay jom"

Selesai sarapan, Afi terus pakai kasut kat beranda rumah. Kereta pun dia dah panaskan. Separuh hati aku macam tak merela pula nak tinggal sorang-sorang tanpa Afi.

"hei mama cantik! Kenapa muka macam tapai basi ni?"

"ehh, mana ada" nafi aku. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu

"Sayang okaykan duduk rumah sorang-sorang? Abang dah nak pergi ni sayang" Afi usap kepala aku.

Automatik aku jadi sebak, aku terasa aliran kasih sayang afi sebelum dia pergi masuk ke badan aku. Aku mengharapkan aliran kasih sayang tu dapat bagi aku kekuatan untuk aku tak nangis depan afi nanti.

"Sayang okay jelah abang, don't worry about me okay my dear" aku usap pipi lembut afi. terus tangan aku pergi ke bibir merah afi. aku suka sangat bibir afi.

"Yelah kalau macam tu, baik-baik ye duduk rumah sayang. Jangan lasak sangat. Sayang tu dahlah mengandung. Hmm, rindulah lepas ni dengan mama gemok" afi tarik pipi aku pula

"haha, sayang pun rindu juga dengan papa handsome ni nanti" aku pegang tangan dia yang memegang pipi aku.

tangan kasar Afi yang selalu mengusap aku dan perut aku dengan penuh manja dan kasih sayang. Tangan yang mencari nafkah untuk aku. Terima kasih abang.

"Okaylah sayang, abang pergi dulu ye. I love you. I will miss you. Assalamualaikum cinta hati abang. Papa pergi dulu ye sayang papa. Jaga mama untuk papa" Afi cium dahi aku lama.

Afi kena cepat-cepat pergi, dia sendiri tak sanggup nak tinggalkan isteri dia. lagi lama Afi melepas rindu dengan isteri dia nanti, lagi seksa dia nak tinggalkan Aiqa. walaupun sekeras mana hati seorang lelaki, hanya menatap wajah isteri sahaja dapat melembutkan hati seorang Shah Afiq.

Aku merasakan cara afi cium aku macam nak tinggalkan aku lama. Sebaknya dada. Lepas tu dia turunkan tangan dia usap perut aku. Air mata stop dulu. Jangan buat hal depan suami. Nanti hati dia tak tenang nak pergi. Sado sikit okay. Lepas dia pergi, baru kau boleh keluar nanti.

"Hmm, abang drive baik-baik ea. Jangan laju-laju macam selalu. Sayang takut. I love and miss you also and always abang. Waalaikumusalam kekasih hati sayang. Bye abang!" Aku melambaikan tangan.

Afi dah undurkan kereta, dia terus memecut tinggalkan kawasan rumah. Okay air mata, masa ni kau boleh keluar dah. Akhirnya banjir juga muka aku dengan air mata perpisahan kena tinggal dengan encik suami. Hmmm

Aku masuk rumah, terus bersiap-siap nak pergi rumah maya. Cablah jawabnya yang hantar aku.

*******

Habis study dengan maya hari lambat sikit sebab lepak-lepak dulu kebetulan hakim a.k.a pakwe maya ada hari ni. Hari ni panas sangat. Ayah kata kalau tengah hari panas, petang hujan. Fuhh fuhh janganlah hujan. Aku nak basuh baju hari ni.

Tiba-tiba tengah aku jalan nak menunggu teksi yang aku call tadi, kepala aku pening. Mata pun macam berpinar-pinar. Ya Allah, kenapa ni. Jangan jadi apa-apa kat aku yang tengah membawa benih cinta aku dengan Afi yang sedang membesar dalam perut ni.

Nasib baiklah sebelah aku ada pokok, boleh aku berpaut kejap. Adoi, tengah jalan macam ginilah nak pitam. Hold onlah dulu sampai dalam cab ye pun. Tulah tadi hakim pelawa sombong sangatkan.

Tiba-tiba ada satu kereta berhenti... pemilik kereta pun keluar dari kereta.

"Hai Aiqa!" sapa Hakim. Kawan sekelas aku merangkap boyfriend maya.

"Huh? Owh hakim. Hai" aku masih bersandar kat pokok. aku nak pandang hakim pun aku dah tak mampu sekarang ni. aku hanya menunduk memandang tanah. aku cuba untuk melawan pening aku.

Hakim merasa sesuatu yang pelik dengan Aiqa sebab lagi tadi menunduk dan bersandar pada pokok. Aiqa sakit ke? tadi okay je?

"wehh, kau okay tak ni? kau sakit nak bersalin ke? Gila ahh muka kau pucat sangat ni" risau hakim. Dia berasa bertanggungjawab dengan Aiqa sebab dia yang jumpa Aiqa.

"Aku bukan nak bersalinlah. lama lagi tarikh due aku. Aku pening gila sekarang ni kim. rasa nak pitam pun ada"

"Aku pelawa naik dengan aku, kau tak nak tadi. Jomlah aku hantar kau pergi klinik. Lepas tu aku hantar kau balik"

"Pucat sangat ke kim muka aku?"

"Sangat sangat aiqa. Dah jom." hakim tarik aku untuk pergi ke tempat penumpang sebelah pemandu.

"tapi aku dah panggil cab, husband aku tak datang hari ni"

"pasal cab tu takpe. Nanti kau call ahh dia. Aku tak buat apa-apalah kat kau, janji. Takkanlah aku nak apa-apakan isteri orang yang dah mengandung ni" usik hakim.

Haiss mamat ni, orang tengah pening dia buat lawak pula.

Jodoh I Encik SweetWhere stories live. Discover now