Aku Pengawas? memang hancur sekolah

8.3K 409 1
                                    


" Sekejap cikgu, kalau saya penolong ketua pengawas, siapa akan jadi ketua? " tanya Anastasia dengan penuh minat. Kalau cikgu belum pilih dia boleh tolong pilihkan. Yang stok handsome je. Bolehlah dia mengorat. Cikgu Maryam yang sudah mengenali perangai si Anastasia ini terus menjawab

" Ketua saya akan pilih, jangan risau saya akan pilih yang layak dan handsome macam yang kamu selalu nak . Saya dah ada beberapa calon termasuk seorang pelajar baharu daripada SM Sains Jepang.Hakim Zachary namanya jika tidak silap saya. Apa apa pun, saya nak kamu bersedia. Sesetengah orang mungkin tidak setuju dengan perlantikan kamu as pengawas akan tetapi rekod akademik dan kokurikulum kamu amat memuaskan .Jadi itu sahaja kamu boleh masuk ke kelas sekarang

"T..tapi cikgu saya tak nak!! Nanti semuaa orang gelakkan saya then cakap ' Apalah playgirl terbesar sekolah jadi pengawas' 'Jadi pengawas tapi perangai ke laut' Semuanya nanti cakap macam itu. Tak nak lah saya. Cikgu pilih orang lain eh. Saya pergi dulu!! " dengan segera Anastasia berlari menuju ke pintu keluar.

"Eh eh tunggu sekejap Anastasia oii , saya belum habis cakap lagi."- Cikgu Maryam berkata sebelum Anastasia pergi lebih jauh.

Anastasia berhenti. Belakangnya dihadapkan ke arah guru Matematiknya itu. Dia tidak mahu bertentang mata dengan gurunya. Separuh daripada dirinya berasa marah akan tindakan pihak unit disiplin memilihnya sebagai pengawas. Penolong Ketua Pengawas pula tu!! rungut Anastasia di dalam hati.

" Anna, dengar apa yang saya cuba cakapkan. Kami buat untuk kebaikan kamu, kami mahu yang terbaik. Kamu pernah memegang jawatan ketua squad kawad kaki, pengerusi kelab muzik ,ahli debat sekolah. Semua itu melambangkan kamu tahu kerja kamu sebagai ketua. Saya tahu kamu boleh lakukan tugas ini dengan baik. Orang cakaplah kamu ini jahat macam mana tetapi kamu tak akan sekali kali pecah amanah atau lari daripada tanggungjawab. Mana Anastasia yang saya kenal yang suka akan cabaran? Apa yang lihat ini cuma seorang pengecut yang berdiri membelakangi saya. " Cikgu Maryam berkata kepada Anastasia. Dia kenal sangat dengan anak muridnya itu. Dia tahu Anastasia seorang yang baik cuma sifat nakal itu masih ada di dalam dirinya yang masih perlu diperbaiki.

Anastasia yang mendengar kata kata gurunya itu berasa tercabar dan dalam masa yang sama dia kesal berpelakuan sebegitu terhadap gurunya. Dia mengetapkan bibirnya, rambutnya yang mengurai ke paras bahu itu kemudiannya diikat menggunakan getah. Dia mengemaskan bajunya, kemudian dia membutangkan baju sekolahnya yang berada di bahagian leher.

"Apa cikgu cakap? Saya pengecut ? ini Anastasia Rey bt Khairul Amin lah ,pantang dicabar! Kerat 18 kalau berani lawan. Kalau dicabar daki gunung! Sampai awan pun saya boleh panjat tahu ,jangan main main" Anastasia berkata sambil memusingkan badannya ke arah Cikgu Maryam.

Tinggi betul confident level si Anastasia ni . -getus Cikgu Maryam didalam hatinya. Tetapi tidak mengapa, itulah sifat yang dia mahukan. Sifat seorang pemimpin. Seorang competetive dan pantang dicabar . Apabila seseorang itu ada matlamat, nescaya orang itu mampu lakukan dengan terbaik . Sama juga macam kes Anastasia ini. Dia boleh buat jika dia cuba mengasah dan memperbaiki leadership skill-nya.

Cikgu Maryam tersenyum. Kemudian berkata; " Betul kamu nak jadi penolong ketua pengawas walaupun kamu akan dipandang rendah? "

Anastasia kemudian memandang tepat ke arah anak mata Cikgu Maryam.

" Pedulikan apa yang mereka nak cakapkan cikgu. Saya tak kisah, saya akan buktikan yang saya mampu sandang jawatan ini dengan baik. Cikgu tengoklah, kalau prestasi saya baik cikgu kena belanja saya makan Pizza Hut, yang banyak cheese. Lepastu saya nak Tuttie Fruttie yang banyak. Saya nak SEMUA makanan yang ada di dunia ini !!! Bwahahha"

Anastasia berkata dan gelak jahat sambil dua belah tangannya mencekak pinggang. Dia tahu Cikgu Maryam mampu membelikan semua makanan yang dia mahu kerana Cikgu Maryam boleh dikategorikan sebagai orang kaya.

" OK. Terima kasih sebab beri kerjasama. Saya akan panggil kamu kalau ada apa apa urusan .Kamu boleh bersurai sekarang ini"

" Cikgu tengok jelah nanti!! Saya akan tangkap semua murid yang bawa bahan terlarang dekat sekolah dan jadi pengawas favourite semua orang!! Cikgu tengok je--" belum sempat Anastasia mengabiskan bicara kata katanya dipotong oleh Cikgu Maryam.

"DAH..dah keluar daripada bilik saya. Nanti saya tengok awak ye, jangan risau. Sekarang saya ada banyak kerja jadi jangan ganggu ketenteraman hidup saya"

"Ye ye ..saya nak keluar lah ni." Kata Anastasia sambil memegang tombol pintu. Kemudian dia pun keluar, namun Anastasia membuka pintu itu semula.Kepalanya dijegilkan sedikit , membuatkan hanya kepalanya sahaja yang memasuki bilik tersebut. Kemudian dia berkata ;

" Cikgu tengok jelah. Saya akan jadi pengawas paling cantik di sekolah ini"

Pintu tersebut kemudian ditutup dan dibuka semula

"SAYA JANJI BAHAWASANYA SAYA AKAN SENTIASA MENJADI PENGAWAS BERWAWASAN..DAN HIDUP AMAN HARMONI BERSAMA KUCING SAYA DIRUMAH !! UP !" Anastasia terus berikrar dihadapan pintu bilik disiplin .Badannya berdiri tegak dan tangannya membuat gaya orang berikrar. Cikgu Maryam hanya mengeluh melihat karenah anak muridnya itu.

"Berapa kali saya nak cakap .BALIK KE KELAS KAMU SEKARANG!!"

" Baik Puan!!!" "Squad!! Keluar baris" Anastasia kemudian memberi tabik spring ke arah Cikgu Maryam dan berkawad keluar. Dirinya dilihat bersemangat untuk menjadi penolong ketua pengawas namun di dalam hatinya dia berkata
;
Aku penolong ketua pengawas? Hmmm. Memang hancurlah sekolah ni

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now