Jangan fikir pasal cinta lah woi. Hang baru Form5

6.1K 346 6
                                    

 A/N: Song of the day is Youth- by Troy Sivan! Check it out guys. Comment and vote okay? Enjoy my story !


--------

 " Jiman, kita berehat dekat sini lah, hari makin gelap. Aku rasa kita kena bermalam dalam hutan ini " - Hakim berkata kepada Jiman. Dia mahu keluar daripada sini, namun malang,  keadaan tidak mengizinkan. Mereka tidak boleh berjalan waktu malam. Bahaya walaupun tiada binatang buas.

  Hakim kemudian meletakkan Anastasia yang tertidur itu di atas tanah. Tempat yang mereka berhenti sekarang ini berdekatan dengan sungai, tak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Hakim kemudian memandang Anastasia, plan nya mahu membuli Anastasia dan Angelina dibatalkan. Hahaha. Yelah kan, Angelina tidak ikut sama, Anastasia pula kurang sihat. Jadi esok esok ajelah buli.

" Weh serius ke nak bermalam dekat sini? Khemah pun kita takde. Takkanlah nak tidur atas tanah. " Jiman bertanya dengan panik..

  Hakim tergelak sedikit " Mestilah tak Jiman , kita buatlah pondok kita sendiri. Aku nampak banyak buluh dekat sini dan daun pelepah jadi senang nak bina pondok "

Jack kemudian bersuara. " Betul juga itu,aku ada parang dalam beg. Just in case. Jomlah start buat pondok , aku penat ni nanti nak rehat atas pondok tu "

  Hakim hanya mengangguk, Jack menghulurkan parangnya kepada Hakim.

" Sekejap , apa makanan kita malam ini? " Jiman bertanya. Perutnya sudah macam buat konsert. Tak habis habis berbunyi. Semenjak tadi dia tak makan langsung.

" Aku rasa kita boleh makan ikan untuk makan malam .Gloria, Hariz kamu berdua pergi tangkap ikan, sementara aku ,Jiman dan Jack buatkan pondok."  Hakim berkata sambil berjalan menuju ke beberapa pokok yang ada dan mengambil ranting dan kayu yang panjang. Pisau lipatnya dikeluarkan lalu Hakim mengasah kayu tersebut agar bentuknya menjadi seakan akan lembing. Hakim kemudian memberikan kayu yang sudah diasah kepada Hariz dan Gloria.

" Gunakan kayu tu dulu, kalau tak dapat ikan juga, nanti cari serangga sebagai umpan untuk tangkap ikan itu " -

Hariz dan Gloria hanya mengangguk.Tanpa membuang masa , Gloria dan Hariz terus ke sungai untuk menangkap ikan. Gloria menaikkan sedikit seluarnya agar tidak basah .   Dengan tekun mereka berdua mencari ikan untuk makan malam. Tiba tiba dua ekor ikan jelas kelihatan. Gloria yang melihatnya ,dengan berhati hati dia berjalan dan sepantas kilat 'lembing' itu Berjaya ditusuk ke badan ikan tersebut,  Gloria menjerit kegembiraan. Gloria kemudian menangkat kayunya ke udara     " Guys!! Aku dah dapat satu!! ". . Kelihatan di satu sudut Jiman sedang bertepuk tangan sambil menangis kegembiraan. Dramatic betul lah mamat ini.

" HIDUP GLORIA! " Jiman menyorak kuat. Namun hanya bunyi cengkerik menemaninya. Masing masing sibuk dengan hal mereka sendiri. Jack sedang menyusun buluh untuk membina 2 pondok  dengan teknik binaan pondok " Double A Hut " Dua pondok tersebut akan diberi kepada Gloria dan Anastasia. Manakala tiga ahli lelaki akan tidur dengan membuat buaian di antara dua pokok. Hakim pula sedang mencari daun yang banyak sebagai penebat untuk tidur pada malam hari dan mencari kayu kering untuk menyalakan unggun api.

" Jiman ,dah buat kerja itu. Pondok ini kena cepat siap, kau nak Anastasia tidur bersandar dekat pokok tu je ke satu malam ini?" Jack kemudian menegur Jiman yang sedang menangis kegembiraan. Dia fikir dia menang award ke apa? .Menang Anugerah Lelaki Terkeding mungkin?

" Okay, sorry lah .Aku nak tolong lah ini. Ishh nak feeling sikit pun tak boleh " . Jiman kemudian menyambung kerjanya membantu Jack membina pondok. Setelah hampir 2 jam, pondok tersebut sudah pun siap dibina .Buaian tidur ahli lelaki juga sudah hampir siap. Hakim dan Jiman segera memapah Anastasia yang masih lemah tidur di atas pondok tersebut. Kelihatan Anastasia sedang tidur dengan nyenyak dan  dengkurannya sedikit kedengaran. Hakim hanya tergelak kecil lalu menyambung semula kerjanya.

Gadis Pencuri HatiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora