Hah dah terjatuh hati letewww

5.7K 357 25
                                    


" Arus sungai ini deras, hati hati jalan atas kayu besar ini" -Hakim memberi amaran kepada rakan sepasukannya. Mereka sedang berjalan merentas sungai di atas kayu balak yang sudah' terbaring' yang menghubungkan dua tebing bersama .Seorang demi seorang berjalan dia atas kayu tersebut.

Setakat ini semua berjaya merentas kayu tersebut dengan mudah. Mereka berjalan ke arah utara dengan harapan dapat kembali semula ke tapak kem.

Anastasia mula kepenatan namun dia gagahkan diri untuk berjalan. Hutan tersebut dipenuhi banyak serangga ; antara spesies haiwan yang paling dibenci oleh Anastasia. Rasa nak tampar je nyamuk nyamuk yang ada .
Agak agak ada kelas untuk jadi penampar nyamuk professional tak?

Kalau ada serius aku nak pergi .bagi nyamuk nyamuk ini tahu jangan main main dengan Anastasia ni -getus Anastasia .

Anastasia mula rasa tidak selesa dengan semutnya, nyamuknya, tupai yang daripada tadi asyik main kejar kejar dengan girlfriendnya di sekeliling pokok tambah lagi sesat macam sesat dekat hutan Amazon. Serius bukan hari yang baik untuk Anastasia.

Hakim yang melihat Anastasia seperti cacing kepanasan itu hanya menggelengkan kepala. Dia pun berasa gatal gatal dek kerana gigitan nyamuk.

" Anastasia, kau nak ubat tak? Ubat untuk tak kena gigit nyamuk "-

Anastasia kemudian dengan pantas menoleh ke arah Hakim dan menjeling tajam. Daripada tadi aku tergaru garu macam beruk sekarang baru nak bagi ubat tu?- Anastasia merungut di dalam hati . Manakala Hakim tersenyum kambing , dia terlupa dia membawa ubat sapuan tersebut. Anastasia dengan muka tak malu mengambil ubat tersebut daripada tangan Hakim sebelum sempat Hakim menghulurkan kepadanya.

Setelah menyapu krim ubat tersebut, Anastasia menyambung perjalanan. Kali ini Hakim berjalan bersebelahan dengannya.

" Hakim, kenapa boleh sesat?" Anastasia secara tiba tiba bertanya soalan cepumas.

" Mana lah aku tahu. Dah Allah takdirkan kita sesat .Siapa kita nak halang? "

Dushh .Kan dah kena tazkirah percuma dengan abang hot sekolah.

" Eh engkau ini aku tahu lah Allah dah takdirkan, sekarang ni aku nak tahu asbab asbab macam mana kita boleh hilang daripada pandangan group lain?"

" Kena jampi dengan bunian kot, itu yang diorang tak nampak kita" -Jiman kemudian menyampuk secara tiba tiba.

" Kau ini Jiman mulut memang takde insurans ke apa? Kita dalam hutan lagi ni, nanti jadi betul betul baru kau tahu" -Jack kemudian menolak perlahan bahu Jiman. Ade ke patut cakap benda benda macam tu dalam hutan.

"Hah aku pun nak tahu macam mana kita boleh sesat" -tanya Gloria kepada Hakim

" Dah dah korang, sampai tapak kem nanti aku cerita. Jangan kecoh kecoh sangat" - Hakim kemudia cuba menenangkan mereka atau lebih kepada menenangkan dirinya sendiri.

Ini kalau diorang tahu semuanya dah dirancang memang kena makan hidup hidup aku ni-

Kuatkan diri Hakim. Kau boleh .Apa perkara buruk yang boleh jadi kan? Setakat Anastasia marah tu boleh settle punyalah.

-
-
-
-
-

Okay tarik balik - benda memang tak boleh settle kalau melibatkan seorang perempuan gila bernama Anastasia

"WHATTT?!! KAU DAH RANCANG SEMUA INI DARIPADA AWAL? SERIUS? KITORANG PUNYA LAH RISAU KAN KAU , ALIH ALIH INI SEMUA PLAN JE? WEH SIAL APA NI!"

Anastasia dengan muka yang merah mula menumbuk kuat meja yang berada dihadapannya. Abang Rom-facilitator kem juga terkejut sampai nak terjatuh daripada kerusi.

' Uishh ni perempuan ke godzilla? Suara lain macam tinggi dia. Garau pun boleh tahan'-getus Abang Rom
Mana taknya, sampai sampai tapak kem- menangis macam seminggu masuk hutan. Tu takpe lagi, ada yang Syiah sikit pergi cium batang pokok rambutan dekat kawasan tapak perkhemahan. Yang buat itu lelaki,pakai spek mata and keding keding orangnya. Hah tekalah siapa.

Selepas itu diarahkan bersihkan diri,bila kena panggil masuk pejabat.Hakim dikehendaki terangkan apa yang jadi .Hah lepas itu macam ni lah jadinya.

"Bawa bertenang Anastasia, ini bukan 100 peratus plan aku. Pihak kem dan sekolah yang rancang. Jangan marah marah " Hakim cuba memujuk. Semua ahlinya sudah menerima dengan hati yang redha kecuali Anastasia. Entah apa masalah minah ini dia pun tak tahu.

" Macam mana aku tak marah? Susah susah kita buat semua benda alih alih sesat sebab semua dah kena rancang. Aku rasa ditipu tahu tak!? AKU tak suka kena tipu! Kau faham tak?! "

" Anastasia elok awak tenangkan diri dulu. Pihak kami minta maaf sangat sangat. Hari ni hari terakhir,beberapa jam lagi bas akan sampai. Jangan marah eh. Kita 'clean and clear' boleh?. "- Abang Rom kemudian cuba menenangkan Anatasia.

Gloria kemudian menarik lembut Anastasia dan membawanya ke sungai berdekatan. Memberi peluang untuk Anastasia menenangkan diri. Gloria tahu, untuk orang seperti Anastasia ,perkara ini serius dan tidak boleh bawa main main. Anastasia kemudian mengucapkan terima kasih dan cuba untuk menenangkan dirinya.

Entah berapa lama dia duduk menikmati keindahan alam dia sendiri tidak tahu. Matanya dipejam rapat. Kemudian dia merasakan ada seseorang duduk disebelahnya.

Hakim.

Dia tahu orang itu ialah Hakim kerana bau minyak wangi yang dipakai olehnya.

" Kau dah tenang?"

" Kenapa risau ke? " -Anastasia menjawab sambil matanya masih dipejamkan.

" Kalau aku risau pun kenapa? "

" Aku akan rasa terharu"

"Anastasia yang aku kenal ni rasa terharu? Ughh serammm.." " Hakim kemudian membuat gaya menggigil sambil tangannya memeluk tubuh.

" Aku pun manusia. Masih ada perasaan "

" Kau bukan alien ke? Jatuh ke bumi daripada planet unicorn"

" Kau fikir lawak? "

"Ok ok. Aku nak minta maaf sebenarnya. Aku tak nak kau marah marah. "

"Hah tahu takut.." -Anastasia kemudian membuka matanya sambil.tersenyum.

" Aku takut? Tolonglah setakat kau ini. Aku bagi ayat manis sikit sekelip mata je kau cair " Hakim bergurau

" Tolong sikit eh, siapa kata aku boleh senang hati cair dengan kau. Melting melting macam ais krim pula "

"Ek eleh tak nak mengaku. Ape pun aku minta maaf kalau aku ada buat silap.Kau jangan emotional sangat eh."
" Macam mana kau yakin sangat yang aku ini akan maafkan kau? Kalau aku tak nak maafkan?"

" Ikut kau nak maafkan aku ke tidak. Tapi apa yang aku dah faham sangat tentang kau Anastasia, kau jenis mudah marah ,mudah memaafkan orang tapi kau bukan jenis senang melupakan atau berputus asa. Memaafkan orang lain sudah semestinya ada di dalam kamus hidup seorang gadis bernama Anastasia tetapi putus asa tak pernah wujud dalam hidup kau. Kau suka akan cabaran ,adventerous namun kau tak akan sesekali biar orang pijak kepala kau.Kau takkan biar orang lain kutuk orang yang kau sayang. Sebab apa? Sebab kau adalah kau "-

" Macam mana..a-apa .." Anastasia hanya tergamam .speechless .

" Aku boleh baca segala tingkah laku orang termasuk kau. Body languange says it all. So kawan, Maaf diterima atau tak? "

Anastasia hanya tergelak kecil. Kenapa dia berasa gementar? Jangan Anastasia, jangan jatuh hati. Anastasia kemudian senyum ke arah Hakim. Muka Hakim ditatap dengan penuh persoalan. Lelaki ini mungkin selalu bergaul dengan orang lain, namun dirinya juga penuh dengan misteri. Siapa kau sebenarnya Hakim?

Anastasia hanya tersenyum dan berkata;-

" Maaf kau diterima. Sekarang Hakim, bila nak belanja aku makan ais krim? "

Hakim hanya menggelengkan kepalanya. Dah agak dah

" No hal lah, choclate'ice cream .My treat for you. "

=====

A/n ;keep reading and comment okay!

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now