Bab 1

254 4 0
                                    

"Dah kenapa pulak aku kena pindah kelas?"

Kedengaran nada tidak puas hati dalam ayatnya. Anne mengeluh kuat apabila melihata namanya tiada dalam senarai nama pelajar kelas 5 Bijaksanasinisitu.

"Takkanlah kau masuk kelas belakang? Habislah kau," kata Shah yang cuba menakut-nakutkannya.

"Mulut kau choiii!" Suara Farah meninggi apabila mendengar kawannya cuba membuat Anne rasa tak sedap hati.

"Aku gurau je. Mana mungkin Anne masuk kelas corot. Kawan aku ni pandai. Ni mesti ada silap ni," kata Shah sambil matanya melihat pada kertas yang ditanpal di atas pintu kelas.

" Takkan kau dah tak satu kelas dengan kitaorang? Aku taknak macam tu." Farah meluahkan rasa sedihnya. Sudah hampir empat tahun dia sekelas dengan kawan baiknya itu. Dia tak dapat nak bayangkan kalau dia tidak lagi sekelas dengan bestprenporever nya itu lagi. Cepat-cepat dia peluk erat lengan Anne yang 'sasa' itu.

Anne yang terkejut beruk dengan tindakan Farah terus menarik lengannya. "Apa ni Farah? Malu weh orang tengok kau dengan aku macam ni."

"Masyaallah kawanku," ucap Shah sambil menggelengkan kepala. Apa sudah jadi dengan perempuan zaman sekarang? "Baik kau peluk lengan aku je, Farah. 😏"

"Astaghfirullah hal azim, Shah." Anne pula menggelengkan kepala.

"Allahu!" ucap mereka tiga sekawan serentak sambil menggeleng-gelengkan kepala sesama sendiri.

Dari jauh, tiga sekawan itu diperhatikan oleh seseorang. Lee Ken Jin atau lebih dikenali Jin memerhatikan tiga sekawan itu sejak dari tadi. Entah apa yang dibualkan mereka agaknya, Jin berasa musykil. Dia pelik melihat kelakuan Anne yang asyik melihat senarai nama yang ditampal di pintu kelas 5 Bijaksanasinisitu. Perlahan-lahan dia mendekati mereka.

"Hai teman-teman."

Anne mengangkat kening melihat Jin muncul entah dari mana. Farah masih erat memeluk lengan Anne. Shah hanya memandang wajah Jin.

"Hai Jin." Jawab mereka serentak.

Jin kagum. Jawab hai kat aku pun serentak. Okey...

"Apa yang korang tengokkan dari tadi?" tanya Jin. Tiada langsung pelat Cina dalam kata-katanya walaupun dia berbangsa Cina.

"Aku peliklah, Jin." Anne bersuara. Dia memang bersahabat baik dengan lelaki Cina itu kerana mereka berkongsi minat yang sama, iaitu masing-masing melayan muzik seperti Pierce The Veil, Bring Me The Horizon, Asking Alexandrian and so so on lah kononnya.

"Apa yang kau pelik?"

"Nama Anne takde dalam list kelas ni. Aku syak dia masuk kelas cencorot lah," sampuk Shah.

"Cencorot apanya. Nama kau ada dalam list kelas aku," balas Jin.

"Kau kelas mana?"

"5 Astar."

Kelas Astar merupakan kelas yang orang boleh definisikan macam kelas paling pandai, kelas teratas, kelas budak genius, macam sekolah normal yang lain. Kalau pergi mana-mana sekolah kat Malaysia memang gaya macam ni. Sistem sekolah yang sudah wujud sekian lamanya. Yang pandai kelas depan, yang bodoh bebal kelas belakang.

"Takkanlah. But why?" Anne tak suka dengan jawapan Jin. Dia tak ingin nak masuk kelas pandai gila tu. Dia dah cukup selesa dengan kelasnya dulu walaupun kelas kedua. Kira pandailah jugak kan.

"Sebab kau pandai sangat."

"Hak ah lah, Anne. Result kau last year agak membanggakan aku." Shah menyokong kata Jin.

RomentikWhere stories live. Discover now