Bab 5

113 3 0
                                    

"Aku ingat kau kenal Dani tu siapa."

Anne memandang wajah Farah dengan keningnya yang terangkat sedikit. "Dia budak kelas aku kan?"

"Ya, memang pun. Tapi, diri dia yang sebenar-benarnya. Background family dia, nama sebenar dia, atau apa-apa jelah pasal dia ni... serius betul kau tak tahu semua tu? Dah berapa lama kau duduk sekelas dengan dia Anne, takkanlah kau tak ambil tahu semua tu?" tanya Farah dengan nada tidak percaya.

Anne menggeleng selamba. "Dah kenapa pulak aku nak kena ambik tahu benda alah tu semua? Macam nak pinang dia gayanya sampai kena tahu background family dia."

Shah yang tadi hanya diam tiba-tiba bersuara. "Kau tahu tak dia tu famous de amous?"

"Tu bukan jenama biskut? Sedap biskut tu. Tapi dah lama aku tak makan," jawab Anne dengan bendulnya.

"Hah yelah tu. Betul sangat." Shah mengangkat biji matanya ke atas 😩

"Dah dah. Biar aku explain. Dani Ashraff bin Tan Sri Dahlan. Satu sekolah ni tahu keluarga dia tu bukan calang-calang orang. Dani tu one of the top students in KL okay. Dan yang membuatkan ramai students gilakan dia sekarang ni, dia pandai menyanyi, kacak, hot, damn hot, hottest damn, damn damn Dani!" terang Farah dengan bersungguh-sungguh.

Anne memandang pelik. "Kau dah kenapa dok puji melambung kat dia? Jangan cakap kau admire sungguh kat dia?"

"Euw tak pun. Aku bagitahu kau je. Kejap, kenapa kau tiba-tiba tanya pasal dia? Semua maklumat ni kau boleh tahu sendiri sebab kau sekelas dengan dia. Entah- entah kau suka dia!"

"Merepek! Engko sendiri dok beriye sungguh nak kabo kat aku. Aku tanya pasal dia sebab dia cari pasal dengan aku. Daripada awal tahun aku pindah kelas hari tu. Biadap betul budak tu."

"Kau gaduh dengan dia? Apa pasal?" soal Shah terkejut.

"Aku rasa dia nak balas dendam sebab aku kantoikan dia depan kakak dia. Tapi, tak kisahlah. Memang padan muka dia. Tak baik menipu. Kan kan kan?" ujar Anne sambil meminta dua orang rakannya mengangguk-anggukkan kepala sepertinya.

Shah dan Farah mengangguk-angguk tanda setuju.

"Tapi kan, Anne... Ada sorang budak dah diberi amaran keras. Sebab Dani punya pasal, dia kena pindah sekolah."

Berkerut kening Anne apabila mendengar kata-kata Farah. "Siapa budak tu?"

"Kau ingat tak Amir Hisham. Alah yang dulu selalu tolong Puan Hamidah kat koperasi."

"Eh dia dah pindah sekolah kan? Aku baru sedar dah lama tak nampak muka dia kat ko'op," celah Shah. Rajin betul budak lelaki tu tolong Puan Hamidah. Bukan setakat tolong, kadangkala dia pernah juga ternampak Amir cuci tandas, katanya tak sampai hati tengok makcik cleaner buat kerja seorang diri. Bahkan Shah sendiri pun tak serajin Amir.

"Dah pindah? Baik betul dia. Aku kenal Amir tu. Selalu tolong kawan-kawan. Apa kaitan dia digantung sekolah dengan Dani?" Tak sabar Anne ingin tahu perkara yang sebenarnya.

Farah menarik nafas sedalamnya.

"Hamboi. Macam panjang je ceritanya. Kemain lagi sedut nafas. Cepatlah cerita. Aku pun nak tahu ni." Shah mendesak Farah. Pantang betul dia dengan cerita sebegini jenis.

"Okey macam ni. Tahun lepas, aku terjumpa Amir hari tu dekat Sentul. Dia tanya khabar kita semua. Pelik jugak aku kenapa dia tanya macam tu sebab aku ingat dia masih sekolah dekat sini lagi. Rupa-rupanya dia dah pindah sekolah. Sebab dia pindah sekolah sebenarnya dia dah tak tahan kena buli dengan Dani."

"Si monyet tu buat apa kat dia?" Laju Anne bertanya. Dia semakin geram.

"Sepanjang dia sekelas dengan Dani tahun lepas, dia tak pernah pun bercakap dengan si Dani tu. Maybe sebab Amir tu pesaing hebat, yelah aku rasa lagi pandai daripada Dani. Amir sendiri pun tak tahu kenapa Dani selalu buli dia. Simbah air dekat dia, letak gulu getah atas kerusi dia, jaja cerita bukan-bukan pasal dia dekat satu sekolah..."

"Yang pasal kononnya dia terberak dalam seluar tu?" Shah mengagak sambil matanya terbeliak. Pernah juga dia mendengar kes pelajar terberak dalam seluar di sekolah tapi tidak tahu siapa pula.

"Dia bukan terberak pun. Si Dani dengan geng monyet dia letak coklat atas kerusi Amir. Kau tahu kan coklat tu warnanya ala lebih kurang macam warna najis kau kan, Shah?" Usik Farah.

"Eh eh mana kau tahu warna taik aku macam tu? Ni mesti skodeng aku berak kan? Nakal eh kau ni!" Naik tinggi suara Shah apabila mendengar usikan kurang asam daripada kawannya.

Farah dan Anne mengekek ketawa. Geli hati melihat perangai Shah yang boleh tahan cepat melatah.

"Haah. Dan mungkin sebab tu jugak dia pindah sekolah. Semua kawan kelas pinggirkan dia. Kesian aku dengan Amir tu. Tapi alhamdulillah jugak. Takdelah dia kena buli lagi dengan geng monyet beruk makyeh tu. Aku doa sangat-sangat supaya kawan aku yang aku sayang ni tak terima nasib sama macam Amir. Kau jangan jadi berani sangat tau Anne." Bahu Anne yang besar sedikit itu dipeluk erat.

Tiba-tiba, pelbagai perasaan muncul dalam hati Anne. Berani, takut, geram, teruja pun ada. Macam-macam perasaan muncul. Entah kenapa perlu ada perasaan tu sekarang? Dan dia tahu, dia sakit hati. Tapi tak tahu pula ada sebabnya.

"Kenapa wujud orang macam dia kat sekolah yang aman damai ni?"

Shah dan Farah berpandangan sesama sendiri. Mereka sendiri menaikkan bahu masing-masing.

"Kau dah cari pasal dengan anak Tan Sri tu eh?" Shah pandai mengagak. Bukannya dia tak tahu jiran dia yang seorang ni terlebih berani orangnya. Kang tak pasal-pasal kes terberak dalam seluar akan menjadi viral sekali lagi di sekolahnya dan mangsanya mungkin Anne. Oh dia tidak mahu perkara tu terjadi. Tercirit-cirit dia dibuatnya nanti.

"Hello. Sorry sikit ye! Dia yang cari pasal dengan aku."

"Habislah kau, Anne. Habislah..." Shah menjadi menggelabah lalu menyapu wajahnya dengan kedua-dua tanggannya.

"Yang kau over sangat kenapa?" Farah naik menyampah dengan perangai Shah yang kuat drama.

"Tak adalah. Aku tak nak dia terberak dalam kain. Huhuhu!"

"Tak akan. Korang jangan risau. Aku ni kan gagah, " balas Anne dengan nada riak sedikit.

Anne nampaknya sudah siap sedia menghadapi segala onak duri yang bakal dihadapi dalam beberapa jam. Nak tak nak dia kena tanggung lah

RomentikKde žijí příběhy. Začni objevovat