susu

120 8 2
                                    

Susu adalah minuman yang bersejat. Sebab itu kalau cerita cerita di tv semua mesti ada susu. Sarapan susu, anak minum susu, mengandung minum susu. Aku rasa memang semua sayangkan tulang. Realiti pun macam tu. Enaknya susu--

Tapi kenapa perihal susu yang kau sibukkan. Sedangkan ada sahaja perkara lain yang boleh dibangkitkan.

Ini angkara seorang budak bernama afiq. Afiq muizzuddin.

"Afiq, minum susu dulu sebelum pergi sekolah." Laung rafizah kepada anaknya.

Afiq dari dulu pelik kenapa sebelum pergi sekolah dia kena minum susu, sebelum tidur pun dia kena minum susu. Susu ni untuk apa? Cecair putih yang berasal dari perahan tetek lembu. Bila diminum lemak tak terkata. Uhmm

Tapi afiq juga belajar tentang susu. Afiq dengar dari kawan kawan yang minum susu boleh mengantuk. Oh! Afiq sudah dapat satu jawapan untuk kenapa afiq minum susu setiap malam.

Supaya senang mama tidurkan afiq. Mamakan pelacur terkenal di daerah bangsar ni. Mana nak layan afiq lagi nak layan customer lagi. Leceh.

Tapi afiq masih buntu kenapa setiap pagi afiq kena minum susu? Mama tahu tak dalam kelas afiq selalu kena marah sebab tidur dalam kelas.

Sampai suatu hari...

"Afiq muizzuddin bin abdullah!" Suara lantang itu kedengaran nyaring di telinga kecil afiq. Dia membuka matanya perlahan sambil memisat dengan kedua belah tanganya.

Itu dia. Guru besar afiq di depan mata afiq. Kenapa ni?

"Awak dibuang sekolah" herdiknya lagi.

Herdikkannya membuatkan afiq tidak keruan. Perasaannya bercampur baur. Apa perlu dia buat?

Balik dari sekolah afiq menunggu mamanya sepeti biasa.

Afiq menunjukkan sepucuk surat kepada mamanya. Mamanya membaca.

"Inilah yang mama nak." Kata mamanya dengan senyuman di bibir lebar hingga ke telinga.

Afiq masih pelik. Mama gilakah?

"Stupid crazy bitch." Kata afiq pelik.

Mama senyum. Gila--

Al KisahWhere stories live. Discover now