Potret by taibidzomuddin (PALAM)

25 0 0
                                    


Aku cuma diam melangkah ke arah bangku batu di taman permainan. Suasana agak suram kerana awan mendung meliputi kaki langit dan angin sopan meniup mendinginkan hari.

Satu blok kertas lukisan dikeluarkan dari beg besar. Bersaiz A3. Diletakan dia atas peha bersama easel kayu buatan sendiri.pensel kayu 2B dan 4B yang sudah diasah dikeluarkan dari poc simpanan begitu juga pemadam-boleh-bentuk yang aku beli dekat Kedai Buku Men-Men. Setelah di susun rapi, bersedialah ritual kebiasaan aku lakukan.

Satu wajah diakar kasar pada kertas lukisan sebagai lukisan asas. Entahlah. Wajah ini seakan pernah wujud dalam kehidupan aku. Cuma lukisan potret rawak dilukis.

Desiran dedaun ditiup angin juga menjadi lagu-lagu alam yang cukup mendamaikan. Dengan tenang aku menyudahkan lukisan aku itu. Tidak sampai sejam, sudah selesai satu potret.

Wajah wanita yang dilukis cukup cantik. Bagaikan seorang wanita yang cukup ayu dan sopan santun sifatnya. Senyuman wanita itu cukup manis. Aku menatap lukisan aku dengan kepuasan. Selesai satu lukisan. Aku duduk berteleku di bangku batu itu dulu. Menikmati angin dan permandangan kawasan bukit-bukau.

Jam menunjukkan 6.45 petang. Agak lama aku di situ. Perkakas lukisan aku kemas dan disusun rapi. Satu persatu dimasukkan semula di dalam beg. Apabila selesai, aku menuju ke pondok bas.

Dalam bas itu tidak ramai manusia. Cuma aku dan beberapa anak muda. Baru habis sekolah sesi petang barangkali.

Dilaporkan berita, seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah kedai roti di bandar. Punca kematian masih disisat...

Satu berita menjengah telinga aku. Televisyen kecil itu ditatap. Terpampang gambar seorang wanita yang ditemui mati itu di skrin televisyen.

"Ish... Sekali lagi? Dah berapa kes dah ni..." Pemandu bas tiba-tiba bersuara. Sejuta persoalan muncul dikepalanya. Masakan tidak, sudah 15 kes kematian yang dianggap aneh kerana pihak forensik tidak mampu menentukan punca kematian. Dia hanya diskasifikasikan sebagai 'mati mengejut'.

Hampir sejam, bas tiba di kawasan perumahan aku. Aku memerhati wajah remaja sekolah itu dengan teliti. Wajah mereka seakan 'menganjing' aku. Ya. Aku freak. Berpakaian serba hitam dengan snowcap juga hitam. Seakan mahu meratapi kematian. Tapi tidak. Mungkin.

Langkahku perlahan menghampiri rumah. Bangku kayu di halaman rumah aku rabahkan punggungku. Satu lagi kertas lukisan kosong dikeluarkan. Kali ini bersaiz A5. lebih kecil dan mudah. Satu lakaran disudahkan.

"Eh, kenapa duduk di luar, Tobi?" Asyraf menegur dari rumah sebeah.

"Ah... Saja ambik angin sikit."

"oh... hati-hati, malam ni salji turun." Asyraf aku sudah anggap sebagai adik aku sendiri. Meskipun aku sendirian di sisni. Dia yang banyak aku luangkan masa.

Pintu dikuak perlahan. Langkah aku perlahan menjejak biik studio lukisan aku. Satu papan aku gantung koleksi potretku terpampang sebaik saja pintu dibuka.

"Okay. Dua mangsa hari ni..."

Satu potret wanita yang mati di bandar. Dan satu lagi pelajar sekolah yang dijumpai dalam bas tadi.

Aku tersenyum.

***

Aku terjaga. Rupanya aku di studio di rumahku. Tanganku masih memegang pensel, dan lapik mukaku ialah sekeping kertas bersaiz A3 dengan sedikit coretan wajah si gadis. Mataku memandang ke arah gajet disisi. Masih di pukul 1.32 pasi. Telefon bimbit ditatap, terlihat beberapa pesanan diterima.

"Bro, jom lepak midnight..." Dihantar pada 1.30 pagi, oleh Asyraf,

"Jom..." Membalas.

"Datang rumah aku. Nanti kita gerak."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Al KisahWhere stories live. Discover now